Isteri, kekasih hamil serentak

SAYA sudah berkahwin dan bakal mempunyai anak kedua akhir tahun ini. Masalahnya, baru-baru ini saya terlanjur dengan kekasih dan dia hamil. Usia kandungannya sudah seminggu. Saya tidak sanggup memberitahu kekasih saya dalam keadaan dia mengandung sekarang ini. Apakah yang harus saya lakukan?

Othman
Terengganu

————-
SAYA memahami masalah dan konflik saudara. Tentunya sukar berada dalam keadaan di antara tuntutan bersalah untuk memberitahu isteri dengan menjadi seorang yang bertanggungjawab atas keterlanjutan hingga menyebabkan kekasih mengandung.

Diharapkan saudara membuat keputusan betul supaya tidak akan menganiaya mana-mana pihak.

Seperti pepatah ‘ikutkan rasa binasa, ikut hati mati’. Dr yakin saudara sedar perbuatan mengkhianati kepercayaan isteri dan berzina (dengan kekasih) hingga mengandung adalah salah.

Namun, Dr percaya saudara menghantar e-mel ini bukan minta dihukum dan menambahkan bebanan emosi. Tentunya saudara ingin meleraikan kekusutan yang dihadapi. Dr tidak mempunyai jawapannya kerana saudara berhak membuat keputusan.

Perbuatan berzina adalah berdosa. Bagaimanapun, ruang untuk bertaubat dan memperbaiki keadaan masih terbuka. Firman Allah SWT yang maksudnya: “Katakanlah: Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri me reka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Se sungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Pe nyayang.” (Az-Zumar: 53)

Oleh itu, saudara perlu berfikir dengan tenang dan se wajarnya apa yang sepatutnya dilakukan supaya tidak mem bawa sebarang sesalan.

Pujangga Hamka mengatakan “hawa nafsu membawa ke sesatan dan tidak berpedoman dan akal menjadi pedoman menuju keutamaan. Hawa nafsu menyuruh mengelamun, berangan-angan, tetapi akal menyuruh menimbang”.

Lari dari tanggungjawab sama ada daripada isteri atau kekasih saudara akan memburukkan keadaan. Jika saudara tidak mahu bertanggungjawab terhadap kekasih saudara dan anak dalam kandungan adalah satu perbuatan tidak adil serta menganiaya kedua-duanya.

Bimbinglah kekasih saudara untuk menjadi insan lebih baik dan tidak meninggalkan dirinya dalam noda dan dosa.

Wanita perlukan bimbingan dan pimpinan yang baik untuk membangunkan potensi diri mereka.

Perbuatan menggugurkan kandungan adalah salah dan berdosa darpada sudut agama. Anak adalah anugerah dan amanah Allah swt ibu bapa dipertanggungjawabkan untuk menjaga, mendidik dan menyayangi, bukan mengabai atau memperlakukan sesuka hati.

Dilema saudara juga disebabkan tidak berani untuk mem beritahu isteri kerana takutkan kesannya kepada isteri dan saudara. Tentu sekali, saudara boleh menjangkakan apa yang akan berlaku jika memberitahu isteri perkara sebenar.

Bukannya mudah bagi seorang isteri, terutama sekali dalam keadaan dirinya mengandung apabila diberitahu oleh suami bahawa dirinya dikhianati cinta dan kepercayaannya. Hancur luluh jiwa dan raga.

Dr dapat memahami perasaan kecewa isteri saudara namun, apa yang terjadi perlu dihadapi dengan penuh keberanian dan tanggungjawab bagi meleraikan masalah.

Semoga apa yang berlaku dapat memberi peringatan dan menginsafkan saudara bahawa tanggungjawab seorang suami bukanlah boleh diambil ringan.

Tugas suami ialah menjaga dan membimbing isteri, Abu Hurairah ra berkata bahawa Rasulullah saw bersabda :”Se sempurna iman seseorang ialah yang paling baik budi pekertinya, dan sebaik-baik kamu ialah yang terbaik per gaulannya terhadap isterinya.”(Riwayat Tirmizi)

Namun, merahsiakan perkara ini dan terus hidup dalam keresahan juga satu bebanan kepada saudara. Bolehkah saudara menanggung bebanan itu? Jika tidak, berbincanglah secara baik dengan isteri. Mohon kemaafan darinya dan hadapilah apa yang akan berlaku selepas itu dengan sabar dan tabah.

Dr doakan agar isteri saudara akan bersifat memaafkan dan sama-sama membantu mencari jalan penyelesaian. Masalah saudara kini sudah membabitkan peranan yang harus di mainkan oleh isteri saudara. Memang sukar, tetapi saudara perlu menghadapi kenyataan.

Buatlah keputusan yang dapat memberi keadilan kepada semua dan membebaskan saudara daripada perasaan ter penjara, sesalan dan dosa nanti. ~ Harian Metro

2 thoughts on “Isteri, kekasih hamil serentak

  1. tah la ekkk..kenapa sblm buat tak pikir??? bila manusia tidak meletakkan agama tu sbgai panduan idup ni la jadiknya…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s