Kemelut pengantin baru

Soalan

SAYA ingin meminta pandangan Dang Setia mengenai masalah saya, iaitu baru dua bulan berkahwin tapi rumah tangga menuju kehancuran. Hanya dua minggu pertama perkahwinan kami hidup bahagia, tapi selepas itu isteri seolah-oleh berubah hati.

Puncanya, saya berhenti kerja sebulan sebelum kami berkahwin. Bukan sengaja saya hendak berhenti kerja, tapi disebabkan pihak syarikat menukar saya ke cawangan yang jaraknya lebih jauh.

Pada masa ini saya masih mencari pekerjaan, tapi isteri seolah-olah menjauhkan diri. Puas saya beritahu dia supaya bersabar. Saya tetap mencari pekerjaan, tapi dia langsung tidak pedulikan saya bila saya ada di rumah.

Hinggalah sampai ke peringkat saya tidak dibenarkan berjumpa dia apabila saya balik ke kampung. Bila saya mengajaknya berbincang untuk menyelesaikan masalah kami, ajakan saya tidak diendahkan.

Sikapnya membuatkan saya naik marah dan hampir memukulnya. Saya buat begitu bukan kerana ingin memukulnya, tapi mahu dia dengar kata. Saya tiada niat hendak memukulnya. Disebabkan peristiwa itu, kami duduk berasingan sekarang.

Kini, kami menanti hari untuk menghadiri sesi kaunseling di pejabat agama. Dang Setia, adakah saya bersalah bila jadi macam ini? Saya sudah beribu kali memohon ampun dan maaf pada isteri, tapi sekarang dia ingin berpisah dengan saya.

Saya tidak dapat terima kenyataan ini. Walaupun berjauhan dengan dia, hati saya terlalu rindu padanya. Ketika ini saya masih mengharapkan sinar kebahagiaan kembali pada kami berdua.

Saya terlalu menyintai dia dan tidak sanggup kehilangan dia. Andai dia terbaca luahan ini, percayalah yang saya cuma ada dia dalam hati.

SH

————–


Jawapan

Sayu Dang Setia membaca surat saudara. Seharusnya dalam tempoh perkahwinan yang masih dikategorikan dalam zon berbulan madu, saudara dan isteri bergembira menikmati detik manis berumahtangga, namun lain pula yang berlaku.

Begitupun, apa yang saudara alami sebenarnya bukan luar biasa. Memang kerap berlaku pasangan baru berkahwin mengalami masalah disebabkan gagal mencari keserasian dan tempoh mencari keserasian pula berbeza di antara satu pasangan dengan pasangan lain.

Ada yang mengambil masa singkat, ada yang berbulan-bulan dan ada juga yang bertahun-tahun masih timbul masalah kerana gagal menemui keserasian yang dicari. Sedangkan ketika bercinta atau bertunang, masing-masing berasa serasi dan saling memahami.

Perkara itu berlaku kerana hidup berumahtangga berbeza dengan zaman bercinta. Biasanya, selepas berkahwin, baru muncul perkara negatif masing-masing. Dang Setia percaya, itulah peringkat yang saudara alami sekarang.

Saudara dan isteri sebenarnya masih dalam proses menyesuaikan diri. Oleh itu, jangan cepat kecewa atau putus asa dengan perkahwinan. Dang Setia yakin masih ada ruang untuk mengatasi masalah saudara dan cara berkesan dengan mencari punca masalah.

Saudara mengatakan masalah timbul selepas isteri berubah sikap dan perubahan sikapnya pula berpunca daripada tindakan saudara berhenti kerja, kira-kira sebulan sebelum perkahwinan berlangsung.

Justeru saudara tahu, untuk menyelesaikan masalah, saudara perlu mencari pekerjaan lain dan itu yang saudara lakukan sekarang, malangnya isteri yang sepatutnya menyokong mengambil sikap sebaliknya.

Secara kasar, nampak seperti punca masalah ini adalah isteri saudara, namun terdetik juga di fikiran Dang Setia, mengapa semudah itu isteri bersikap menentang dan tidak memihak kepada saudara?

Sebenarnya, apa yang ingin Dang Setia setia tekankan ialah, sebelum kita menuding jari dan meletakkan kesalahan ke atas orang lain, sewajarnya kita terlebih dulu menilai diri sendiri. Ini kerana, mungkin kelemahan pada diri kita menyebabkan orang lain bersikap tidak selari dengan kita.

Jangan salah faham, Dang Setia tidak menyalahkan saudara dalam hal ini, sebaliknya cuma mahu saudara melihat semula ke dalam diri sendiri untuk mencari kelemahan yang mungkin menjadi punca masalah. Maklumlah, memang lumrah manusia salah orang kita senang nampak, tapi salah sendiri kita sering terlepas pandang.

Pada masa sama, Dang Setia berharap saudara lebih banyak bersabar dalam menangani kerenah isteri. Jangan terlalu ikut darah muda dan ringan tangan untuk memukul isteri. Biarpun niat saudara untuk mengajarnya, tapi memukul adalah perbuatan yang terlalu sensitif bagi seorang isteri.

Memang Islam membenarkan suami memukul isteri untuk tujuan mengajar, namun ia ada kaedah dan peraturannya.

Pertama, isteri perlu diberi peringatan terlebih dulu, kedua suami memprotes dengan beralih tempat tidur dan selepas itu baru isteri boleh dipukul. Itupun dengan perlahan dan tidak mencederakannya.

Mungkin, tindakan saudara ingin memukulnya membuatkan isteri kini berkecil hati dan bersikap dingin terhadap saudara. Memandangkan saudara dan isteri kini tinggal berasingan, pergilah berjumpa dan pujuk isteri dengan lemah lembut. Tidak hilang ego seorang lelaki atau suami jika berlembut dengan isteri.

Komunikasi atau perbincangan dua hala sangat penting dalam kehidupan berumah tangga. Perbincangan juga harus berlangsung dalam suasana harmoni dengan matlamat mencari jalan penyelesaian dan bukan dalam suasana marah, untuk mencari siapa betul atau siapa salah.

Saudara juga harus memanfaatkan sesi kaunseling dengan jabatan agama yang bakal saudara dan isteri lalui. Sebagai suami, saudara ada kelebihan untuk menetapkan hala tuju masa depan rumah tangga. Jangan salahguna kelebihan itu untuk dengan mudah melafazkan talak kepada isteri.

Jikapun isteri gagal mengawal perasaannya kerana mungkin masih kurang matang, saudara sebagai suami atau ketua keluarga perlu lebih bijak mengawal keadaan dan berpandangan jauh untuk menyelamatkan rumah tangga.

~ Dang Setia

10 thoughts on “Kemelut pengantin baru

  1. Bukan senang nak ngam wooo…!! Dah berpuluh tahun kawen pun banyak benda yang tak ngam lagi tau. Yang penting kena lah telan mana yang patut dan luah mana yang patut. Nak telan kena pandai, nak luah pun kana pandai. Jangan kedua2 main suka2 telan dan luah saja.

    Bab keserasian mungkin boleh diatasi dengan adanya keserasian hubungan ibubapa mertua dan juga sanak saudara. Kalau masih ada kecelaruan rumahtangga, mungkin ada ibu bapa mertua yang prihatin memberikan tunjukajar insyaalah tak akan terbabas. Tapi yang malangnya, ada ibu bapa mertua dan adik beradik yang jadi dalang wayang kulit. Dok buat pertunjukan wayang kulit suruh orang percaya yang itu adalah cerita benar… maka di kisahkan cerita2 dongeng untuk org percaya… kesian bagi yang percaya dan terpengaruh dengan dalang tu..

  2. ..tu lah…aku ingat lagi…dulu2 masa gaji kecik amat….bini sama2 tanggung tensen
    nak settle credit card lah apa lah…belanja bulan2 asik tak cukup…tapi masa tu bini aku sama2 tanggung ….kurang itu ini…nak beli baju dia pun tunggu bonus….sian…

    ..tapi camni pun ada kan….sian….insaf2 lah sikit kalau yang keterlaluan tu…..sian kat
    laki tu…

  3. susah senang biarlah bersama kerana perkahwinan bukan utk sebulan dua tp biarlah sampai ke syurga…..byk bersabar dan berusaha…insya-Allah pasti ada jln penyelelesaiannya….jgn ketika senang sayang2…ttp ketika susah semuanya melayang-layang…….tengoklah mak pak kita dulu2 bukannya terus senang, di uji dgn berbagai dugaan…ttp mrk kekal hingga ke hari ini ,hidup bahagia hingga ke usia emas…apa yg penting SABAR…

  4. Aku setuju dengan nuriman, the big attitude SABAR itu. Kalau SH masih sayang bini buat masa ini buat tak tau aje. Terus cari kerja hingga dapat. Bila dah dapat kerja pergi jupa sekali lagi. Dia sayang kamu tak? Kalau masa itu dia sayang kamu, sahlah isteri kamu itu mata duitan. Lepas itu berbaiklah kamu dengan isteri yang mata duitan itu tetapi ingat kalau kamu nak bahagia didiklah dia supaya menjadi isteri solehah. Kamu kena didik dia supaya sifat mata duitan itu hilang. Kan kerja suami mendidik isteri.
    Anak-anak muda hari ini bukan faham semua ini. Mungkin pengetahuan ugama pun ada secalit sahaja. Kamu dan bini kamu kena rajin belajar agama. Supaya sifat redha kepada apa yang ada bersarang dihati dan jiwa. Sifat cukup pada yang ada dan sifat sentiasa berusaha akan menambahkan bahagia rumah tangga. Apatah lagi dikemaskan ikatan dengan peningkatan ilmu pengetahuan serta sentiasa bertawakal kepada Allah pencipta seluruh alam. Sentiasa bermunajat kepada Allah selepas beruasaha. Mintalah apa yang hendak diminta sebab Dia yang Maha Pemberi. TQ

  5. menginsafkan aku…..wpon belum kawen tp aku takut utk lalui jika aku tak penuhi ilmu berumahtangga dgn sebaik-baiknya…harap2 dan berdoa semoga rumahtangga yang bakal aku lalui akan dilimpahi rahmat dan rezki yg murah…utk keluarga dan anak2…..

    suka nasihat en alberangque…..mekasih

  6. pada pandangan aku la hal ni bukan berpunca dari satu pihak ja.. mesti dua-dua punya pasal gak.. setiap pompuan klu bleh nak kawin dgn lelaki yg dapat melindunginya baik dr segi kewangan mahupun keselamatan fizikal. Oleh itu dalam kes ini c suami tidak mampu utk menyara isterinya.. sapa tau suaminya tu dahla tak keja lepas tu kat ruma dok melingkar ja mcm biawak idup.. c isteri dah la penat bekerja menanggung segala perbelanjaan, menanggung utang kereta dan kad kredit c suami (mungkin..) lepas tu kena wat keja d ruma lg, memasak mengemas ruma dan melayan nafsu suami.. isteri mana yg tak bengang klu gitu?? jgn terus-terus menuduh isterinya mata duitan.. kita tak tau hal yg sebenar… bukan senang nak membiasakan diri dgn alam perkahwinan.. tambah tambah klu sebelum kawin mkn minum isteri semua d tanggung keluarga, kerja ruma org gaji buat.. tiba-tiba dah kawin semua benda tu kena wat sendiri.. mcm satu kejutan bagi c isteri.. jd pikir pikir kan la wahai sang suami apa kelemahan dari pihak sendiri pulak.. klu dah tak keja tu apa salahnya ringankan beban isteri ko p wat keja ruma lak.. jd isteri tu balik tak la menyampah tgk muka ko dok melingkar ja…

  7. Perempuan yang tak cukup sabar dan tabah, baik tak payah kahwin lagi. Bila dah berumahtangga inilah dugaannya. Senang sama2 bila susah boleh blah…….. Buat SH banyak kan bersabar. Kalau sekarang susah dia dah tak sanggup nak harungi bersama apatah lagi dilain hari…. fikirkanlah…….

  8. adusss..sedey nyer…tkt gak..skang byk pompuan gaji besor dr laki..tp persefahaman &tolak ansur pntg..klu da gaji lbh kurang tue..so lbh krg ler same2 sndiri..sorang byr duet kete,sorang byr duet umah..yg pntg dua2 kena main peranan..cmne nk kawen nie!!asyik jupe laki yg xreti smpn duet je..1 lg,pompuan bkn pndg sgt laki pangkat,yg pntg pndai smpn duet…ak yg gaji besor nie,stil jumat lg wei…SABAR>tingkatkan IMAN

  9. salam semua,

    aku nie dah lama kahwin around 3 tahun, tapi bini aku nie mata duitan sikit, duit dia semua dia invest kat mak ayah dia, pastu skang nie bapak dia pulak mintak aku duit untuk start kan modal bawak teksi, aku tertekan ,isteri saya tahu hal ini tetapi dia macam bagi green light kat bapak dia untuk tanya saya duit. bapak dia ingin menjual kereta yang dia pakai kepada saya supaya dia dapat modal. saya penat kerja siang malam pagi petang untuk cari rezeki, dalam masa yang sama saya tidak dikurniakan lagi cahaya mata dan saya dalam prosess untuk membuat IVF treatment yang kos nyer hampir 10K , dalam masa yang sama isteri saya suka berbelanja seperti orang kaya sedang kan dia sendiri takde duit. saya dah penat menasihatkan dia tetapi dia tak nak dengar.

    saya lebih muda dari dia. kadang2 saya rasa saya dikonngkong oleh nyer sehingga kawan2 sepejabat mengatakan saya takut bini dan abang2 saya jugak cakap benda benda sama.

    Nafkah zahir dan batin semua saya bagi.saya tak pernah mintak duit dia satu sen pon untuk keperluan rumah atau aper2 pon. dia berkerja dan setiap bulan saya bagi dia duit dalam 450 sebulan. Saya sampai nak berbelanjer untuk diri saya pon tak cukup. perfurm dia yang beratus2 ringgit dan make up dia yang mahal semua saya yang bayar walaupon berat tapi saya kasihan. saya ader duit atau takde duit dia tak amek perduli pon. aper yang dia tahu berbelanje dan selalu di pengaruhi oleh kawan2 sepejabatnya.

    saya pening jugak kadang2 terfikir nasib saya. saya kadang2 takde masa untuk diri saya bersama kawan2 saya. biler saya di pejabat dia asyik telephone dan tanya biler nak balik. saya dah nak muak dengan panggilan itu sebab kerja saya shift dan kekadang meeting panjang.

    ibu saya yang duduk rumah saya pon dia tidak suka sebab dia rasakan ibu saya cerewet. saya tahu ibu saya cerewet dan banyak cakap tetapi dia tidak kacau isteri saya. ibu saya hanya duduk sementara dia rumah saya sebab tempat kerja dia agak jauh dan ibu saya seorang ibu tunggal dan sudah berpencen tetapi dia masih ingin berkerja.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s