Terapi bayi atasi tekanan mental

Bersama Dr Noordin Darus (Doktor Perubatan lulusan Universiti Malaya dan Universiti London)
dnd@worldwellness.com.my

MINGGU ini, saya ingin menerangkan dua terapi lain yang berkesan untuk mengatasi tekanan iaitu terapi bayi dan muzik. Tidak ketinggalan ialah kesan terapeutik yang anda dapati daripada apa yang saya suka sebut sebagai ‘terapi bayi’.

Tanyalah ibu bapa, apakah yang menyerikan hari mereka dan membasmi tekanan mental dan ketegangan selepas sehari penat bekerja. Pastinya mereka akan memberitahu penawarnya adalah wajah anak kesayangan yang tidak sabar menanti kepulangannya di pintu pagar rumah dengan senyuman lebar lagi riang, menunggu untuk dipeluk ibu dan bapa. Sebenarnya, itulah hadiah yang paling berharga di dunia.

Memerhatikan seseorang bayi bermain, melihatnya meneroka dan mempelajari persekitaran barunya adalah suatu pengalih perhatian yang menghiburkan. Apabila anda memikirkan dunia ini dari sudut pandangan anak yang tidak tahu apa-apa itu, anda akan melupakan dunia anda sendiri yang penuh tekanan mental dan kerisauan walaupun untuk sejenak.

Justeru, apabila anda menghadapi masalah kesesakan lalu lintas atau dengan pegawai atasan anda, cubalah berbicara dengan bayi anda, lebih-lebih lagi sewaktu anginnya baik. Bayi itu bersedia bergerak balas dan senyum serta mengagah-agah dengan seronoknya dengan anda tanpa sebarang sebab tertentu kecuali dia suka anda mendekatinya. Ini bukan saja dijamin dapat melegakan tekanan mental anda, malah anda mungkin mendapati diri anda begitu gembira sekali seolah-olah terapung di udara.

Anda tidak perlu segan untuk mengamalkan teknik yang saya sampaikan sebelum ini. Anda boleh menjalankan latihan itu secara tidak ketara dan tidak mudah dilihat. Saya sendiri menggunakan kebanyakan teknik itu untuk bersantai setelah seharian penat bekerja, sewaktu saya keluar berjoging di taman atau ketika berjalan di sekitar kawasan perumahan tempat tinggal saya.

Kesan itu berkemungkinan dari segi psikologi saja namun setelah otak menerima konsep itu, otak akan terangsang dan mengeluarkan hormon yang menenangkan atau memberi tenaga yang diperlukan oleh badan untuk bersantai. Ini dapat membantu mengimbangkan semula kimia dalaman badan.

Ambil masa 10 minit untuk menyenaraikan 10 perkara utama yang menimbulkan tekanan mental dan kerisauan dalam diri anda. Cuba senaraikan lima perkara yang berkaitan dengan kerja dan lima yang tidak berkaitan dengan kerja. Anda akan mendapati yang punca masalah itu adalah sifat manusia. Hanya selepas itu barulah faktor persekitaran dan luaran lain terbabit. Dalam hal ini, jelas bahawa penyelesaian terletak dalam tangan manusia sendiri. Kenyataan seterusnya yang perlu diberi perhatian ialah bahawa bukan anda seorang yang menghadapi masalah itu. Selanjutnya, walau teruk sekali pun hari anda, semestinya ada orang lain yang keadaannya lebih buruk lagi.

Apa yang hendak saya tekankan di sini ialah bukan anda seorang saja di dunia ini yang menghadapi hidup yang penuh tekanan mental. Keduanya, tekanan mental yang menenggelamkan anda itu dapat ditangani. Tekanan mental itu tidak semestinya membinasakan anda. Ketiganya, tiada masalah yang tidak dapat diatasi. Dengan itu, sampai di sini saja mengenai teknik yang boleh anda lakukan untuk mengatasi masalah tekanan mental. Kita berjumpa lagi pada dua minggu akan datang di mana saya akan menerangkan bahawa muzik juga boleh digunakan sebagai terapi. Sebarang pertanyaan sila hubungi

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s