Wanita ‘kahwini’ Menara Eifel

PARIS: Perkahwinan lazimnya menyatukan dua insan, namun keadaan sebaliknya di Perancis apabila seorang wanita, Erika La Tour, 37, memilih untuk mengahwini Menara Eiffel – sebuah tarikan popular pelancong di negara Eropah berkenaan.

Malah, atas ‘penyatuan’ itu wanita pelik berkenaan sanggup menukar namanya yang kini dikenali Erika La Tour Eiffel.

Akhbar The Telegraph melaporkan semalam, Erika bukan yang pertama berkahwin dengan bangunan, sebaliknya seorang wanita Jerman, Eija-Ritta Berliner, 54, sudah ‘mengahwini’ Tembok Berlin sejak 29 tahun lalu.

Dalam majlis kelmarin yang cuma dihadiri rakan karibnya, Erika meluahkan rasa cinta, ikrar taat setia kepada Menara Eiffel yang juga bangunan rangka besi berkenaan.

Bekas askar itu yang kini menetap di San Francisco, Amerika Syarikat, mendakwa dia sememangnya sukakan objek tidak bernyawa.

Cinta pertamanya adalah Lance – anak panah yang akhirnya membantu menjadikan Erika mahir dalam sukan memanah berkenaan.

Tidak cukup itu, dia turut jatuh cinta kepada satu lagi tarikan bersejarah di Jerman – Tembok Berlin dan mendakwa turut menyimpan sebutir batu tembok yang sudah diruntuhkan, di dalam kamar tidurnya yang dilayan seperti manusia.

Namun, Erika akhirnya menyedari, berbanding semua objek itu, rasa cintanya terhadap Menara Eiffel mengatasi segala-galanya.

“Saya tidak faham mengapa ada yang beranggapan apa yang saya lakukan itu sebagai aneh. Jika ada orang yang boleh melahirkan bayi dan menyintai anak mereka, kenapa pula saya tidak boleh menyintai bangunan?” katanya kepada satu rancangan dokumentari yang memaparkan perangai pelik wanita seperti Erika.

Erika bagaimanapun menyalahkan persekitaran dan pengalaman pahit zaman kanak-kanaknya sebagai punca keanehan cita rasanya yang sukakan benda tidak bernyawa berbanding manusia.

“Semuanya disebabkan saya pernah menjadi mangsa cabul ahli keluarga sendiri. Saya dicabul abang tiri manakala ibu bapa pula membiarkan saya terumbang ambing. Akibatnya saya terpaksa tinggal di beberapa rumah kebajikan, tanpa kasih sayang.”

“Tetapi saya tidak kisah dengan apa yang berlaku sekarang dan berasa selesa biarpun berbeza daripada orang lain. Biarlah apa orang lain hendak katakan, tetapi inilah diri saya sebenarnya. Saya bahagi begini.”

Sementara itu, pakar psikoterapi Amerika Syarikat, Jerry Brooker berkata masalah yang dialami Erika dan mereka sepertinya adalah disebabkan keinginan mereka untuk menguasai sesuatu di dalam satu-satu perhubungan.

“Mereka yang jatuh cinta dengan objek boleh menguasai hubungan itu mengikut syarat mereka sendiri.

“Rasionalnya, objek yang tidak bernyawa itu dianggap tidak pernah menghampakan atau mengecewakan mereka. Tetapi, realitinya, ia menjadi petanda mereka sebagai individu yang amat dahagakan kasih sayang. Mereka juga sebenarnya kesunyian dan memerlukan sesuatu yang dapat disandarkan rasa kasih mereka, termasuklah kepada objek tidak bernyawa.” – Agensi

One thought on “Wanita ‘kahwini’ Menara Eifel

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s