Panduan Ubah Suai Kediaman

KOS pengubahsuaian rumah biasanya amat mahal dan remeh. Banyak perkara perlu difikirkan sebelum membuat pengubahsuaian. Sesetengah orang berpendapat lebih baik membeli rumah yang agak besar mengikut kemampuan daripada bercadang mengubah suai apabila rumah siap diduduki.

Sebaiknya lakukan pengubahsuaian sebelum berpindah ke rumah baru. Bagaimanapun jika kewangan agak terhad, jangan terburu-buru membuat pengubahsuaian. Tunggu masa yang sesuai. Sebelum mengubahsuai, pertimbangkan perkara berikut:

Dapatkan beberapa sebut harga. Upah murah mungkin boleh dipertimbangkan tetapi dikhuatiri mutu kerja kurang memuaskan.

Tanya jiran, kawan atau saudara-mara, orang yang berpengalaman membuat pengubahsuaian.

Pastikan mendapat kelulusan pelan pengubahsuaian dan keselamatan daripada pihak berkuasa seperti majlis perbandaran. Ini adalah untuk langkah keselamatan.

Pastikan tahu apa yang mahu diubah. Tentukan barang yang dikehendaki, model dan konsep ruang. Ini akan memudahkan kontraktor mengikut spesifikasi yang sudah ditentukan.

Buat lakaran pelan. Dapatkan nasihat pelukis pelan.

Jangan ubah fikiran ketika kerja sudah separuh siap. Ini bukan saja melam-batkan kerja dan melengahkan masa, malah kos pengubahsuaian meningkat sekali ganda.

Cari kontraktor yang boleh dipercayai dan terbukti mutu kerja mereka. Ini boleh diperoleh dengan mendapatkan kontraktor yang mengubahsuai rumah rakan atau jiran.

Jangan bayar upah sekali gus. Ditakuti kontraktor lari sebelum siap kerja.

Pastikan anda mendapatkan bekalan bahan mentah yang berkualiti pada harga munasabah. Jangan serahkan semuanya kepada kontraktor kerana ada kontraktor menggunakan bahan mentah yang murah dan tidak berkualiti.

Perlu menjenguk sekali-sekala kerja pengubahsuaian supaya kerja berjalan lancar terutama bagi kontraktor yang mengambil upah mengikut bilangan hari bekerja.

Jika ada masalah ketika kerja pengubahsuaian, bincang dengan kontraktor untuk mengelakkan rasa tidak puas hati apabila rumah siap.

Pastikan anda memperuntukkan lebih 10 peratus daripada jumlah keseluruhan upah. Ini bertujuan untuk bekalan kecemasan mencukupi sekiranya anda memerlukan perbelanjaan tambahan untuk membeli barang.

Anda boleh berjimat dengan mengecat sendiri bahagian yang sudah siap. Di samping itu, anda boleh terus mengecat keseluruhan rumah menggunakan warna yang disukai.

Selepas selesai, pastikan kontraktor membersihkan baki bahan binaan.

3 thoughts on “Panduan Ubah Suai Kediaman

  1. nk rekemen this contractor..tokey mmg malaysian.melayu la..tapi workers dia indon tapi yg ‘halal’ laa..bukan yg takde permit nyer.. kualitinya so far alhamdulillah..oraittt…sbb tu byk cina2 buat renovation guna khidmat contractor ni..normally encik ni buat banglo n double storey house..tapi ada gak buat renovation mcm kat rest house n some others company termasuk gomen.tapi utk renovation laa..bukan buat projek besar2..sbb dia kontraktor kelas F..yg utk rumah2 nyer..bukan utk projek besar..ramai applicant dr sy ambil khidmat dia,so far dia mmg “work for client”….rasenyer dia buat area kl & sel kot…try la….

    en haffiz (0163121490)

    utk pinj perumahan:
    ikin_ishak@yahoo.com.my
    http://bpp.treasury.gov.my

  2. SKRG NI AKU TGH RENOVATE RUMAH..BINI AKU YG MENGELOLA..AKU TAK MASUK CAMPUR..TAKUT BEGADUH DI KEMUDIAN HARI…AKU TAK NAK SATU KAPAL DUA NAHKHODA….LAGI PUN DUIT DIA…TAPI AKU HAIRAN MENGAPA ORG RENOVATE RUMAH SEPANJANG BULAN NI ? …aku lihat merata tempat..BRANGKALI KEBETULAN KOT…mempuyai satu deria kot.

    KATA WAK DOL DIA MEMPUNYAI KLASS ‘B’, SUPERRVISOR DAN PEKERJA NYA INDON-generasi indon skg bukan macam yg lama, dtg bergaul tukar budaya dgn org tempatan……..mereka lebeh kurang macam ‘C’ tambahan merompak,rogol,penipuan…kebanyak perkerja ini ingin memohon kerayaatan malaysia ..kata mereka pada ku..aku kata masa dulu 80’s aku ada menyokong beberapa kawan -kebetulan..tapi tolong mereka ini seolah2 menolong anjing tersepit aje…entah mengapa..aku dah 56th ni tiada education pun raso nak lari kerja kat canada aje-(tawaran kerja biasa),tentang renovation rumah tu…MUTU KERJA AMAT MERUSINGKAN AKU,HENTAM SANA HENTAM SINI,PADA MATA KASAR AKU, MEMANG TAK MEMUASKAN..
    ORANG KAMPONG ‘TAMPA apa2 KLASS’BOLEH BUAT KERJA LAGI BAIK…macam professional….COS UBAH SUAI SEETAKAT NI RM41,000 HARGA RUMAH 13 YRS AGO RM 45,000 AKU TAK BLH CAKAP BYK SBB RUMAH duit BINI AKU….dia pun klass hidung tinggi…NAnTI dia kato nak dudok2 tak nak boleh blah…tak kan nak dudok bawah jembatan berhampiran masjid jamik kot…kalau buat rumah ‘sting garden ‘ nanti pehak berkuasa dtg merobohkan..tapi pendatang buat bunglow..rabon mato…kes ulu langat tu pun hilang bagitu ajo…dari ingatan…byk lagi di serata tempat…contoh kat tapah road..pendatang kemboja m-bemaharaja lela..tapi klu org tempatan ubah sui pun tak leh…itu nak ni nak..tapi org atasan boleh buat bunglow tampa plan atau bayar cukai..kita kutu berahak ajo jadi mangso unden unden———–tapi kalau aku lah aku jual aje dan beli rumah baru (harga rumah skrg rm85,000 +u’suai rm 43,000 +boleh beli sebijik bunglow cash……….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s