Suami kemaruk nak kawin dua

Bersama Dr Rubiah K Hamzah (Pakar Motivasi)
bminggu@bharian.com.my

Soalan:
SAYA sudah berkahwin 16 tahun lamanya dan dikurniakan tiga anak yang sedang meningkat remaja. Malangnya rumah tangga saya bergolak sejak tiga tahun lalu kerana suami menjalinkan hubungan cinta dengan seorang anak dara tua.

Sepanjang percintaan mereka, saya menanggung derita emosi dan mental yang sangat teruk. Bukan saja dikhianati, malah saya dikasari, dipukul dan yang terbaru diceraikan kerana suami mahu meneruskan hubungan dengan wanita itu.

Dengan izin Allah, kami rujuk semula malangnya sikap suami tidak berubah. Kami bersatu sebagai suami isteri tetapi nasihat dan pandangan saya tidak diendahkan. Mata dan hatinya seakan buta untuk memandang kami anak beranak.

Kedudukan kewangan suami sangat meruncing dengan hutang keliling pinggang dan surat mahkamah dari beberapa bank sudah banyak kali tiba di rumah. Saya pelik dalam keadaan ini, di mana rasional suami untuk berpoligami. Dia mengenepikan kepentingan anak demi sikap egonya yang tinggi. Saya benar-benar tertekan dalam keadaan ini sekarang. Apakah nasihat puan?

Jawapan:
Isteri setia, terima kasih sudi berkongsi masalah. Persoalan puan adalah persoalan biasa pada seseorang isteri yang sangat takut dimadu kerana tamak dan tidak cukup memahami kemahuan suami.

Persoalan poligami adalah persoalan yang dibenarkan agama tetapi bersyarat. Ia juga tidak memerlukan banyak wang daripada pihak lelaki andainya calon isterinya mampu menyara hidupnya sendiri, tanpa bergantung pada pendapatan dan tanggungan suami.

Melihatkan puan sudah tahu kemahuan suami yang bulat hati untuk menikahi gadis itu mengapa dihalang-halang, sedangkan suami menjadi begitu kejam dengan memukul anda, tidak pedulikan anda dan tidak menghargai anda sebagai isteri dan juga anak-anak. Maka, berpisah adalah langkah menyelamatkan diri puan dan anak-anak.

Apa yang menghairankan saya, puan sudahpun berpisah, sepatutnya itulah masanya puan berfikir dan membuat iktibar mengenai apa yang sudah berlaku dalam rumah tangga. Andainya mahu berbalik semula pastikanlah dia sudah benar-benar insaf dan berjanji tidak mengulangi semua perangai buruknya dan beri syarat yang sepatutnya.

Kini puan sudah bersama semula, ini bermakna puan bersedia masuk ke lubang buaya sekali lagi, tidak belajar dari pengalaman. Ini bermakna puan sudah bersedia menghadapi kerenahnya. Justeru, tidak perlulah merasakan itu satu masalah. Hadapi saja apa yang mendatang, sama ada dia bertanggungjawab atau tidak pada keluarga, dan puan tidak sepatutnya lagi menganggap ini satu penderitaan. Berani terima, beranilah tanggung. Sebabnya, dengan rujuk kembali bermakna puan sanggup melalui kehidupan bersama dalam keadaan apa sekali pun.

Maka janganlah susah hati! Apa saja surat hutang datang, bagi dia untuk selesaikan. Buat apa puan pening kepala, lalui saja apa yang ditemui dengan tabah dan banyakkan masa untuk mengadu kepada Tuhan. Banyak-banyakkan doa agar Allah berikan kekuatan untuk menjadi isteri yang tabah dan sabar dengan semua kerenah suami anda demi anak-anak anugerah Allah.

~ Berita Minggu

2 thoughts on “Suami kemaruk nak kawin dua

  1. MAAF ZAHIR BATIN DONG…..SERONOK2 AJO

    — KADANG KALO I JEMU LAH DGN KERETA LAMO,ASIK BAGI PROBLEMS -sempot AJO,engine nya selalu berdengong tampa sebab,asik nak maintainace ajo,biasa nya kereta baru housing piston tetap mandat…dah tentu pickup nya pun memberangsangkan,tiada bemasaalah-kurang sakit hati-tidak membebankan kewangan,wang masuk tiada keluar.

    Kebiasan nya kewangan ada lah punca atau bapak segala masaalah,nak sembahyang pun tidak khusuk,jiwa tidak tenteram,boleh hilang pertimbangan-pertengkaran-perpisahan-kematian pun ada,hilang mood nak “”makan””. rasa meluat aje.

    Biasa nya kalau ada wang,kita dapat menyelesaikan segala masaalah-hutang piautang,biasa nya kalau tiada ”benda” tak dapat pun pun tak pa….asal ada wang tiada hutang.

  2. Ye le kalau dia berwang kemaruk nak kawin 4 pun boleh,dia berpoligami supaya dapat bantuan kewangan-tempat mengadu nasib -meredakan keadaan-berihat daripada segala masaalah,dia pukul memukul sebab hilang pertimbangan ahkibat masaalah hutang-gangguan saikologi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s