Adab Membaca Al-Quran

Disunatkan membaca al-Quran selepas berwuduk dan dalam keadaan bersih, sebab yang dibaca adalah wahyu Allah.

Mengambil al-Quran dengan tangan kanan. Sebaik-baiknya memegangnya dengan kedua-dua belah tangan.

Disunatkan membaca al-Quran di tempat yang bersih seperti di rumah dan surau. Paling utama di masjid.

Disunatkan membaca al-Quran menghadap ke kiblat. Membacanya dengan khusyuk dan tenang.

Ketika membaca al-Quran, mulut hendaknya bersih, tidak berisi makanan. Sebaiknya sebelum membaca al-Quran bersihkan mulut dan gigi terlebih dulu.

Sebelum membaca al-Quran disunatkan membaca ta?awwudz yang berbunyi: A?udzubillahi minasy syaithanirrajim. Sesudah itu barulah dibaca Bismillahirrahmanir rahim. Maksudnya, diminta lebih dulu perlindungan Allah, supaya dijauhi daripada pengaruh tipu daya syaitan, sehingga hati dan fikiran tetap tenang pada waktu membaca al-Quran.

Biasa juga orang yang sebelum atau sesudah membaca ta?awwudz itu, berdoa dengan maksud memohon kepada Alah supaya hatinya menjadi terang. Doa itu bermaksud: ?Ya Allah bukakanlah kiranya kepada kami hikmat-Mu, dan taburkanlah kepada kami rahmat dan khazanah-Mu, ya Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.?

Disunatkan membaca al-Quran dengan tartil iaitu dengan bacaan yang perlahan dan tenang.

Bagi yang sudah mengerti maksud ayat al-Quran, disunatkan membacanya dengan penuh perhatian dan pemikiran ayat yang dibacanya. Cara pembacaan seperti ini yang dikehendaki iaitu lidahnya bergerak membaca, hatinya turut memerhati dan memikirkan maksud yang terkandung dalam ayat yang dibaca. Dengan itu, ia akan sampai kepada hakikat sebenarnya iaitu membaca al-Quran serta mendalami isi dalamnya.

BACALAH ANDA SEMBELUM ANDA DIBACAKAN DENGAN ALQURAN DAN YASSIN

One thought on “Adab Membaca Al-Quran

  1. Membaca Al Quran biasanya dilakukan pada majlis-majlis tertentu sahaja bagi orang-orang melayu di Malaysia. Kalau berkumandang di radio kedengaran ayat-ayat Quran terutama yang di baca oleh Sheikh Abdul Basit, akan ada orang tertanya-tanya pemimpin manakah yang meninggal disebabkan bacaan nya mengikut tartil dan lagu yang unik. Tetapi kalau pernah siapa-siapa melihat di Masjid Nabawi atau di negeri Arab dan Mesir, AlQuran itu selalu dikilik kemana-mana oleh anak2 dan juga orang dewasa. Walau pun tak semua berbuat demikian tetapi masih ramai yang berkelakuan demikan. Mereka meletakkan Al Quran sebagai yang utama, tertinggi dalam segenap ruang kehidupan. Berbanding dengan kita di Malaysia ini yang rata2nya sudah khatam Quran menganggap dalam diri bahawa mereka sudah bebas dan tak pperlu membaca Quran lagi sehinggalah siapa2siapa yang mati dalam keluarga barulah Quran itu di ambil semula lalu di baca. Baca pun dengan terhenjut-henjut entah betul entah tidak. Habis semua tajuid tonggang langgang.

    Ok lah kalau mau juga membaca, tapi kalau tak mau langsung membaca lagi susah hati. Biasanya dalam masa kematian, sesiapa sahaja yang boleh membaca Quran asalkan ‘boleh’membaca. tapi tahukah kita bahawa simati, selepas dia mati dia boleh berbahasa Arab dan faham bahasa Arab. Bayangkan apabila suami mati, maka isteri pun mulalah membuka AlQuran dan membaca disebelah suami dengan harapan nak sedekahkan pahala membaca Quran itu kepada suaminya. Suaminya pula yang tahu berbahasa Arab masa itu, tersiksa kerana bacaan isterinya itu salah, bukan sahaja salah tajuid malahan salah makna juga. Maka terjerit-jerit lah simati (orang hidup tak dapat dengar tu) meminta supaya baca betul-betul. lalu dia menyesal kenapalah dia tidak mengajarkan isterinya membaca Quran waktu diahidup dulu. Kenapalah dia tidak menghantarkan isterinya belajar membaca Quran waktu dia hidup dulu. Sekarang isterinya bukan sahaja tak boleh baca tapi salah baca. Salah baca berdosa dan dosa di tanggung oleh suami.

    Lalu datang pula anak-anak yang nakmembaca Yasin pada si mati.. pun begitu juga jadinya..menjerit2 simati suruh berhenti sahaja membaca kerana salah sangat maknanya seolah2 menghina AlQuran. Itulah penyesalan simati, sisuami, atau sibapa yang gagal untuk mengajar AlQuran kepada keluarganya.

    Dalam kes yang lain pulak disebabkan isteri atau keluarga tidak dapat membaca AlQuran maka di upahlah para-para pembaca dari Maahad Tahfiz untuk membaca di perkuburan. Bayangkan, lagi sekali si mati yang didalamkubur berhempas pulas tersiksa kerana sanggup keluarganya mengupah orang membaca Quran dengan harapan pahala sampai kepada simati. Roh Simati sebenar-benarnya mengharapkan keluarganya yang membaca AlQuran dan berdoa supaya rohnya dicucuri rahmat, sejuk dalam kubur, cerah kuburnya dan luas kuburnya. Walaupun ada khilaf ulama mengatakan bahawa pahala bacaan dari sihidup kepada simati tidak sampai,namun ada ulama bersepakat menyatakan bahawa ikhtiar adalah jalan terakhir untuk simati mendapat keredhaan Allah.

    Lagi satu masalah orang-orang Melayu di Malaysia adalah membaca Yasin di malam Jumaat. Bukan tak boleh baca, boleh! Tapi adakah itu tuntutan ugama kita? Manakah dalil atau nas dari hadis mana2 perawi yang mengatakan bahawa bacalah Yasin di malam Jumaat? mana ada.. takpercaya cari sendiri kalau jumpa. Yang ada hanyalah hadis yang menyuruh baca surah Al Kahfi dimalam Jumaat.

    Disebabkan sudah terbiasa orang-orang melayu mambaca Yasin maka semua pak2 lebai mengikut sahaja membabi buta dari dulu sampai sekarang. masalah timbul pula adakah bacaan Yasin malam Jumaat yang cara ikut-ikutan dari dahulu sampai sekarang itu jadi adat atau ibadat?

    Walaubagaimanapun aku berpendapat bahawa adalah lebih baik membaca walaupn Yasin di malam jumaat dan di malam2 lainnya daripada tidak membaca langsung.

    Alangkah syahdunya dalam keluarga sekiranya malam jumaat, walaupun seminggu sekali, suami, anak dan isteri.. berkumpul selepas solat Maghrib buat bulatan lalu si suami atau ayah membaca Quraan jadi tekong kepada anak2 dan isterinya baca beramai2 secara serentak sampai habis si suami tadi pula membacakan doa selepas baca Yasin dalam bahasa melayu. Ohhh… aman rasanya rumah itu. Setelah selesai Baca yasin terus pula bertahlil semuanya. Habis sahaja bertahlil suamipula jadi tekong untuk baca doa tahlil yang isi kandungannya memohon keselamatan keluarganya dan memohon kepada Allah memberikan keampunan dan rahmat sejahtera kepada roh2 simati dari kalangan keluarganya.

    Disamping itu, boleh juga di niatkan tahlil tersebut untuk kesemua umat Nabi Muhammad baik yang hidup ataupun yang dah meninggal.

    Tips: Bacalah Al fatehah atau apa saja ayat Al Quran setiap hari dan niat sedekahkan kepada semua umat Muhammad. Walau Baca 1 kali fatehah tak luak disisi Tuhan. bahkan pahala nya sama saja Allah hantarkan kepada semua yang kita hajatkan. Tak rugipun. Dengan Allah Taala, tuhan kita yang bersifat penyayang dan pengasihani, dia tak lokek pahala alFatehah semua dapat benefit yang sama.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s