Cari jodoh isteri murah

Jumlah lelaki Korea yang mengahwini wanita dari Vietnam, China dan Filipina meningkat hampir tiga kali ganda sejak tahun 2002. Namun, ia mula memaparkan keburukannya.

DALAM penerbangan mencari jodoh ke Vietnam, status penumpang lelaki dari Korea Selatan dinaik taraf. Seorang pelayan menjadi pemilik restoran, sementara pekebun kecil pula bertukar kepada pemilik tanah kaya raya.

Tipu sunat itu digalakkan oleh agensi-agensi mencari jodoh dengan harapan dapat meningkatkan kadar yuran dan mengahwinkan lebih ramai pelanggan mereka. Biasanya mereka berjaya memadankan pasangan, namun ramai yang berdepan dengan kehidupan tidak menggembirakan.

“Rasa percaya antara pasangan mulai rapuh sejak awal lagi disebabkan oleh penipuan ini. Tanpa asas kepercayaan, situasi hanya akan menjadi lebih buruk,” kata Kim Yi-seon dari Institut Pembangunan Wanita Korea.

Kementerian Kesihatan dan Kebajikan bulan ini berjanji untuk melumpuhkan industri mencari jodoh dengan isteri warga asing yang kian berleluasa dan disifatkan sebagai satu perubahan tidak disenangi antara negara yang paling mementingkan rumpun bangsa di dunia.

Peningkatan industri tersebut selari dengan pertumbuhan kuasa ekonomi Korea Selatan dan perubahan gaya hidup dalam masyarakat yang konservatif itu.

Lelaki Korea Selatan kini melebihi bilangan kaum wanitanya. Jumlah mereka yang berkahwin lambat juga kian bertambah kerana ingin mengejar kerjaya.

Lelaki yang tinggal di kawasan miskin semakin menyedari bahawa satu-satunya wanita yang sudi berkahwin dengan mereka ialah datangnya dari negara-negara lebih miskin seperti China, Vietnam dan Filipina.

Jumlah lelaki Korea yang mengahwini orang asing meningkat hampir tiga kali ganda sejak tahun 2002 iaitu sekitar 30,000 orang apabila kerajaan mula mengemaskini statistiknya.

Tahun lalu, ia mewakili lebih kurang lapan peratus daripada seluruh perkahwinan dalam negara. Kebanyakannya berkahwin dengan bantuan broker perkahwinan, sekali gus menunjukkan bahawa perniagaan yang begitu menguntungkan ini mula memaparkan keburukannya.

Talian tajaan kerajaan untuk membantu para pengantin daripada golongan pendatang yang tertekan menerima lebih 1,000 panggilan sebulan dengan campur tangan keluarga menjadi isu utama.

Menurut pengurus talian itu, Kwon Mi-kyung, aduan terhadap keganasan juga semakin meningkat daripada isteri-isteri baru ini.

Kebanyakan perbalahan pasangan adalah akibat masalah bahasa, selain daripada jurang usia dan kurangnya kefahaman terhadap budaya masing-masing yang sangat berbeza.

“Mereka terus berkahwin dalam tempoh dua atau tiga hari hanya berdasarkan kepada rupa paras bakal pengantin perempuan, kemudian mereka mula menyedari tentang halangan bahasa. Itulah antara masalah utamanya,” kata Kwon.

Seorang isteri dari Mongolia akhirnya terpaksa mengemis makanan kerana keluarga suaminya enggan memberinya makan. Terdapat juga sebilangan isteri yang dilaporkan dikurung di rumah masing-masing.

Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak AS$23 juta (RM80.5 juta) untuk menguatkuasakan undang-undang tertentu terhadap perniagaan broker perkahwinan dengan memastikan setiap peraturan yang ditetapkan dipatuhi. Ia juga membangunkan lebih banyak program sokongan, termasuklah pusat-pusat bahasa dan pendidikan buat keluarga-keluarga baru.

“Usaha ini akan menyekat broker pada tahap-tahap tertentu daripada menggalakkan klien mereka supaya menipu kepada bakal pengantin,” kata Kim.

Berdasarkan bancian Kementerian Kebajikan, terdapat lebih 1,000 agensi perkahwinan antarabangsa di Korea dan banyak lagi yang beroperasi secara haram.

Lelaki Korea Selatan yang kebanyakannya 20 hingga 30 tahun lebih tua daripada isteri mereka perlu membayar antara AS$10,000 hingga AS$15,000 (RM35,000 hingga RM52,500) kepada agensi untuk mendapatkan jodoh.

“Masyarakat awam Korea Selatan tidak celik terhadap kepelbagaian budaya. Jadi mereka perlu belajar secepat mungkin,” jelas Kwon. – Reuters

2 thoughts on “Cari jodoh isteri murah

  1. -Kalau berkemampuan apa salah nya,
    -kalau pasangan dah suka dan sanggup membiayai,..kalau kekurangan.
    – Nak kahwin tidak menjadi masaalah sangat,tetapi kalau melalui pintu depan kadang kala ,tidak lulus…banyak songeh nya.
    -Jadi kalau nak elak drp ZINA elok lah “kahwin lari” asal halal dunia ahkirat.
    -atau kahwin “GHAIB” cukup sharat tampa sijil (bermasaalah jika ada anak-tapi boleh di fikirkan cara nya).
    -Kebanyakan orang terikat dgn hukum dunia, itu sebab mereka telah melakukan ZINA,nak kawin secara halal nak tu lah nak ni lah..nak timbang “kati” lah, benda dah “menggilakan” mana boleh tunggu2….jangan sangat ikut jabatan ugama..kita nak kawin, bukan mereka nak tanggong dosa..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s