Gangguan kencing malam



SETIAP kanak-kanak yang berumur sekitar lima tahun sering terdedah dengan gangguan kencing di waktu malam.


Umumnya, 10 peratus kanak-kanak berumur lima tahun dan lima peratus yang berumur 10 tahun mengalami kencing malam, manakala dua peratus kencing malam sehingga usia remaja.


Kekerapan ini sering berulang dua atau lebih dalam seminggu, sebulan dan selebihnya.


Malangnya, tidak ada jalan penyelesaian yang cepat untuk mengatasi gangguan kencing malam ini. Kencing malam boleh menyebabkan rasa malu dan tekanan kepada kanak-kanak terutamanya jika berlanjutan hingga ke zaman remaja dan ini menyebabkan kekecewaan dan penyeksaan kepada ibu bapa dan ahli keluarga yang lain juga.


Terdapat beberapa faktor yang dikenal pasti dalam gangguan kanak-kanak kencing malam ini.


Ia mungkin disebabkan oleh pundi kencing mereka yang kecil dan tidak dapat menampung kuantiti air kencing yang banyak serta mengakibatkan mereka mengalami emosi serta kencing di atas katil daripada dapat menahannya, lebih-lebih lagi di waktu malam.


Kanak-kanak juga tidak dapat mengawal pundi kencing mereka seperti orang dewasa. Mereka akan kencing di mana saja. Kanak-kanak memerlukan masa yang lama untuk mempelajari kawalan pundi kencing, ia bukan perkara luar biasa kerana seperti yang kita semua maklum, kanak-kanak membuat sesuatu perkara tanpa terfikir akan akibatnya.


Kencing malam mungkin juga disebabkan oleh satu jangkitan atau penyakit saraf yang menyerang kanak-kanak.


Selain itu, ia juga disebabkan oleh faktor keluarga atau keturunan yang pernah mengalami masalah gangguan kencing malam. Ibu bapa mereka dahulu mungkin pernah mengalami masalah ini sewaktu kecil jadi tidak mustahil anak-anak juga mengalami hal yang sama.


Namun dalam sebilangan kecil, keadaan ini mungkin disebabkan oleh masalah kesihatan seperti jangkitan saluran pundi kencing, diabetis kanak-kanak, kekurangan neurologi atau perkembangan yang lambat.


Justeru itu, jika anak anda mengalami masalah ini, jangan sesekali anda memarahi dan memukul mereka serta membuta tuli memberikan hukuman.


Adalah tidak wajar memberi didikan dengan hukuman yang keras kepada anak-anak anda tanpa mendalami emosi mereka. Anak-anak anda mungkin akan tertekan, mengalami masalah emosi, kurang memberi tumpuan di sekolah dan kecewa dengan ibu bapa.


Ramai ibu bapa berasa bimbang dengan keadaan anak mereka dan telah mula mendenda mereka! Sememangnya, lebih 70 peratus kanak-kanak berkata bahawa mereka berasa malu.


Kanak-kanak boleh menjadi risau tentang ketidakupayaan mereka untuk memberhentikan kencing malam. Sebilangan kanak-kanak kelihatan tidak terganggu tetapi agak ‘tertekan’ dengan situasi tersebut.


Namun begitu, keadaan ini tidak akan berlanjutan, tetapi tidak dapat diramalkan bila gangguan ini akan berhenti.


Apa yang jelas. Kanak-kanak mestilah dididik dengan baik oleh ibu bapa. Masalah ini boleh ditangani jika kita sebagai ibu bapa bersabar dengan kerenah anak-anak yang mengalami gangguan kencing malam ini.

7 thoughts on “Gangguan kencing malam

  1. Terdapat beberapa faktor yangmenyebabkan kanak2 kencing malam.
    1. Otot pundi2 kencing kanak2 masih belum berupaya menahan kencing.
    2. Ibu bapa tidak megajar anak2 supaya kencing dahulu sebelum tidur
    3. Kanak-kanak tersebut tertekan emosinya sehinggakan menjadi takut dalam segala segi.
    4. Untuk menarik perhatian ibu bapa supaya memberikan layanan istimewa kepadanya, walaupun dengan kemarahan ibu bapa.
    5. Bermimpi membuang air kecil.

    Tetapi kalau bapa atau ibu yang terkencing malam tu cerita lain.. haha

  2. adik ipar saya berumur 16 tahun. setiap malam asyik terkencing di tempat tidur. kadang-kadang sampai 2 atau 3 kali semalam. setiap 2 jam ibu mertua saya akan mengejutnya dari tidur supaya dia ke bilik air. itu pun kadang-kadang terkencing juga. bila diberitahu keesokan paginya, jawapannya tetap sama, tak sedar bila dikejut. berubat moden dan tradisional dah dicuba tetapi masih macam tu juga. kalau pergi ke rumah saudara atau camping sekolah, tak pulak terkencing malam. ada sesiapa boleh berkongsi petua atau pengalaman?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s