Amalan Hijau Membeli-belah

Rancanglah tempat-tempat yang anda perlu pergi, kalau boleh elakkan dan memandu kenderaan atau berjalanlah setelah meletakkan kenderaan pada satu tempat yang terdekat. Cara ini mejimatkan pertrol dan masa.

Rancang pembelian anda untuk mengelak dan membeli barangan yang tidak perlu yang akhirnya menambahkan bahan buangan.

Bawa bersama beg anda semasa membeli-belah untuk mengisi barangan yang kecil. Ini akan mengurangkan penggunaan beg plastik.

Beli bateri lampu suloh, permainan dan alat-alat rumah lain yang boleh dicaj dan tanpa kadmium.

Jangan beli barang-barang yang diperbuat daripada haiwan atau tumbuhan yang dilindungi.

Guna bahan bebas CFCs, perkakas yang mesra alam atau kecekapan tenaga. CFCs boleh merosakkan lapisan ozon dan menyebabkan pemanasan bumi.

Bawa bekas mengisi makanan sendiri apabila membeli makanan untuk dibawa pulang. Ini akan mengurangkan penggunaan bekas ‘Styrofoam’ yang tidak boleh Iupus.

Pilih barang yang kurang menggunakan bungkusan. Bungkusan akan menambahkan buangan pepejal. Beli secara pukal, ia juga lebih murah dan mengurangkan bahan pembungkus. Beli barang yang boleh diisi semula kandungannya.

Beli barangan terpakai seperti buku, perabot, alat memasak dan lain-lain. Ia merupakan salah satu amalan penggunaan semula.

Sumber Dari : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s