Befrienders ~ Terapi melalui telefon

 

 

BAGI wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Santha ini, tanggungjawab sebagai sukarelawan banyak membantunya meringankan beban orang lain.

“Selepas kehilangan kedua-dua ibu bapa, saya berasa sangat tertekan seperti hilang tempat bergantung. Oleh kerana rakan-rakan banyak membantu sewaktu sukar itu, saya mengambil iktibar untuk turut membantu orang lain yang memerlukan sokongan seperti saya,” kata Santha ketika ditemui di pejabat organisasi Befrienders Pulau Pinang, baru-baru ini.

Bantuan yang ditawarkan ialah bersedia mendengar segala rintihan dan keluhan yang lazimnya terdiri mereka yang berada di tahap kronik.

Inilah yang ditawarkan oleh badan bukan kerajaan (NGO) Befrienders Pulau Pinang yang beroperasi selama 24 jam sehari dan tujuh hari seminggu.

Pengerusi Befrienders Pulau Pinang, Saras Pillay, 50, memberitahu, pihaknya menerima kira-kira antara 500 hingga 600 panggilan telefon setiap minggu.

“Kami di sini untuk mendengar masalah orang dan membantu meringankan beban menerusi terapi mendengar dan keutamaan diberikan kepada mereka yang mahu membunuh diri,” kata Saras Pillay.

Wanita ini mempunyai pengalaman selama 20 tahun mengendalikan pelbagai masalah menerusi panggilan telefon.

Befrienders ditubuhkan pada tahun 1978 oleh Datuk Khoo Kat Siew. Organisasi yang berusia 30 tahun itu banyak berkhidmat menerusi sukarelawannya yang silih berganti.

Befrienders Pulau Pinang mempunyai 45 orang ahli aktif dan beroperasi dari pukul 3 petang hingga 12 tengah malam pada hari Isnin hingga Jumaat.

Manakala dari pukul 5 petang hingga 11 malam pada hari Sabtu dan Ahad.

Namun, Saras mengakui tidak ramai yang mahu tampil sebagai sukarelawan pada zaman ini.

“Impian kami ialah untuk memberi khidmat selama 24 jam tetapi kerana kekurangan sukarelawan, kami hanya dapat berkhidmat pada waktu tertentu,” kata Saras yang menyasarkan 100 orang sukarelawan.

Sukarelawan hanya perlu memberi komitmen sekurang-kurangnya tiga jam seminggu dan sedia untuk belajar.

“Individu yang berminat perlu menjalani sesi latihan dan tempoh percubaan antara tiga hingga empat bulan sebelum diserapkan sebagai sukarelawan Befrienders Pulau Pinang,” kata Saras.

Sukarelawan perlu bertugas selama 30 jam dalam masa enam minggu dengan memilih jadual tugas dua kali pada waktu malam seminggu.

Sebagai sukarelawan, kata Saras, seseorang bukan saja perlu mempunyai kemahiran mendengar dan berkomunikasi, malah bijak mengendalikan emosi manusia.

“Kita akan berhadapan dengan pelbagai situasi. Antaranya ada yang berniat membunuh diri, bersedia untuk membunuh diri dan ada juga pemanggil yang sudah menelan pil tidur untuk tujuan tersebut,” kata seorang lagi sukarelawan Befrienders Pulau Pinang, Philip Saw, 55.

Berkongsi banyak pengalaman secara tertutup, sukarelawan terapi mendengar perlu bijak berkomunikasi dan mampu mengubah minda serta tindakan pemanggil.

Para sukarelawan bukan sahaja membantu mereka yang tertekan, depresi atau mahu membunuh diri, malah dalam kes-kes tertentu, mereka juga boleh menyelamatkan nyawa.

“Jika pemanggil memberitahu lokasi dan membenarkan kami berjumpa, maka kami boleh berbuat demikian,” kata Philip.

Kebanyakan masalah yang menjadi topik perbincangan ialah masalah hubungan, pembelajaran, tekanan rakan sebaya, masalah kewangan, kesihatan dan sebagainya.

Secara umum, para sukarelawan bukan hanya menerima panggilan daripada pemanggil baru, malah daripada pemanggil yang sama.

Selain dapat membantu meringankan beban orang lain, apakah yang menyebabkan mereka menyertai pasukan ini?

“Kami berasa puas dapat membantu insan lain yang amat-amat memerlukan.”

 

 

2 thoughts on “Befrienders ~ Terapi melalui telefon

  1. Adik boleh cari pejabat befrienders kat Johor. Dia orang ada cawagan di seluruh Malaysia. Kalau tak pun, hubingi Befrienders kat KL dan dapatkan phone number daripada mereka.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s