Kaitan pil cegah hamil, kanser

SAYA ada mendengar beberapa perkara mengenai pil perancang, tetapi tidak tahu kebenarannya.
Adakah benar pil pencegah kehamilan boleh menyebabkan kanser pangkal rahim jika diambil untuk tempoh yang lama? Adakah cara lain yang lebih selamat untuk mencegah kehamilan selain pil perancang? Apakah kesan sampingannya?
Adakah benar melakukan seks dengan kerap walaupun dengan hanya satu pasangan boleh menyebabkan kanser pangkal rahim?

MARIA
Kuala Lumpur

———

KINI, pangkal rahim atau pintu rahim lebih dikenali sebagai serviks. Benar ada kaitan antara pil pencegah kehamilan dengan insiden kanser serviks.

Ini berdasarkan kajian dulu yang melihat pesakit kanser serviks dan didapati lebih ramai yang pernah mengambil pil pencegah kehamilan berbanding yang tidak mengambilnya.

Maka, andaian asal adalah pil pencegah kehamilan menyebabkan kanser serviks.

Namun apabila dikaji dengan lebih lanjut, ada pendapat bercanggah mengenai hasil kajian ini memandangkan pesakit kanser serviks terbabit turut mengamalkan aktiviti seks berbilang pasangan dan mengambil pil itu untuk mencegah kehamilan.

Sebaliknya, pendapat yang menyokong hasil kajian asal mendebatkan teori kemungkinan hormon dalam pil pencegah kehamilan mengubah keadaan permukaan serviks sehingga mencetuskan pembentukan kanser.

Pil pencegah kehamilan adalah antara kaedah yang berkesan dengan syarat anda perlu mengambilnya mengikut peraturan.

Keunikan kanser serviks berbanding kanser lain ialah ia boleh dicegah kerana ia mempunyai suatu peringkat penyakit yang mudah dikesan dan jika penyakit ini dirawat, ia dapat mengelakkan kanser serviks.

Sebaliknya jika penyakit ini tidak dirawat, ia boleh berubah kepada kanser.

Penyakit ini dinamakan CIN (Carcinoma Intra-epithelial Neoplasia) yang boleh disaring menggunakan ujian pap smear dan jika disyaki, ia kemudian boleh disahkan melalui ujian histopatologi ke atas biopsi serviks.

Malangnya, di negara kita, masih ramai yang tidak menjalani ujian saringan pap smear ini.

PAKAR SAKIT PUAN bersama Dr. Adilah Ahmat

2 thoughts on “Kaitan pil cegah hamil, kanser

  1. Saya ada membuat ujian urine untuk mengetahui bahawa saya mengandung atau tidak, kerana saya lewat period selama 2minggu, sebelum ini saya dan suami merancang keluarga tanpa memakan pil perancang, dan sekarang saya sudah sedia untuk menimang cahaya mata kedua, hasil ujian urine tersebut positif, menurut kata doctor, kerana walaupun tidak terang namun ia nampak garis menunjukkan ia positif, tetapi seminggu selepas itu saya datang bulan, sedangkan sebelum ini kitaran haid saya teratur….bagaimana dengan ujian urine tersbut???

  2. Adakah pil perancang kehamilan boleh diambil dalam tempoh setahun dan berhenti -3 bulan kemudian sambung kembali bagi menggelakkan mengambilnya terlalu lama

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s