Terdesak tutup noda

Oleh Manan Samad, Rudy Fazrunisyam Samarudin, Mary Victoria Dass dan Nurul Aniza Paiman

JOHOR BAHRU: “Saya sanggup keluar belanja RM4,000 untuk melakukan pembedahan pemulihan selaput dara semata-mata bagi meyakinkan suami saya masih suci pada malam pertama perkahwinan,” kata Lina (bukan nama sebenar).

Dia yang berusia 28 tahun antara segelintir wanita di negeri ini yang pernah menjalani pembedahan seumpama itu di beberapa pusat perubatan sekitar bandar raya ini bagi membolehkan mereka memiliki selaput dara ‘tiruan’ sebelum menempuh alam perkahwinan untuk menutup keterlanjuran ketika zaman remaja.

Lina berkata, dia menjalani pembedahan itu di sebuah pusat perubatan di bandar raya ini awal tahun lalu, sebelum mendirikan rumah tangga seminggu kemudian.

“Biarpun dihantui rasa bersalah dek kesalahan lampau, saya lega kerana selaput dara saya seolah-olah pecah dan berdarah pada malam pertama perkahwinan kami.

“Hingga sekarang, saya tak pernah menceritakan pengalaman hitam silam kepada suami. Bukan apa, saya takut dia tak dapat menerima kenyataan hingga menjejaskan keharmonian rumah tangga kami.

“Alhamdulillah, rumah tangga kami aman damai dan saya baru saja menimang cahaya mata pertama, April lalu,” katanya kepada Harian Metro.

Mengimbau semula kisah silamnya, Lina berkata, dia dinodai bekas teman lelakinya ketika menuntut di luar negara, lapan tahun lalu.

Menurutnya, peristiwa itu berlaku kerana dia terlalu percayakan lelaki terbabit yang juga rakan sekolejnya, selain faktor berada berjauhan dari keluarga.

“Cabaran hidup di luar negara cukup hebat kerana kita bebas daripada kawalan keluarga. Seperti remaja lain, naluri saya ketika itu ingin bercinta, mencintai dan dicintai. Malangnya saya gagal mengawal nafsu hingga hilang perawan.

“Lebih malang, hubungan kami tidak berpanjangan dan terpaksa berpisah selepas kehadiran orang ketiga, juga pelajar Malaysia di universiti sama,” kata eksekutif pemasaran di sebuah syarikat swasta di sini.

Gara-gara dikecewakan, kata Lina, dia serik bercinta dan tidak mempunyai teman lelaki sehingga 2005, sebelum bertemu suaminya, seorang eksekutif muda di sebuah syarikat lain di bandar raya ini.

“Kami bercinta dua tahun sebelum memutuskan mendirikan rumah tangga awal tahun lalu. Ketika itu saya terfikir melakukan pembedahan memulihkan selaput dara selepas membaca artikel di sebuah majalah.

“Lebih mudah apabila saya mendapat tahu daripada beberapa teman rapat khidmat itu turut disediakan di beberapa pusat perubatan di bandar raya ini. Demi masa depan, saya sanggup mengorbankan sebahagian wang simpanan untuk menjalani pembedahan itu. Saya tak pernah menyesal kerana bagi saya itu pilihan terbaik,” katanya.

Sementara itu, pakar sakit puan sebuah pusat perubatan swasta yang enggan dikenali berkata, pembedahan itu disalahgunakan segelintir gadis yang pernah melakukan hubungan seks bersama bekas teman lelaki sebelum ke jenjang pelamin dengan lelaki lain.

Beliau berkata, kebiasaannya, gadis yang terdesak melakukan pembedahan itu berasal daripada keluarga berada selain sanggup menanggung kos rawatan antara RM3,000 sehingga RM5,000 kerana khuatir perbuatan tidak senonoh yang pernah dilakukan bersama bekas teman lelakinya terbongkar pada malam pertama.

Menurutnya, mereka menganggap cara itu penyelesaian terbaik dan mudah berbanding rawatan tradisional memulih dara yang mungkin lebih rumit.

“Sesetengah mereka gadis lepasan universiti sehinggalah wanita bekerja,” katanya.

Beliau berkata, proses melakukan pembedahan itu memakan masa setengah jam dan proses menjahit serta merapatkan kembali ‘dara’ tertakluk kepada keadaan selaput dan mereka akan diperiksa terlebih dulu sebelum proses rumit berkenaan dijalankan.

“Prosesnya agak rumit kerana doktor pakar perlu berhati-hati menjahit selaput menggunakan benang sangat halus, terutama bagi selaput nipis untuk mengelak lebih banyak kerosakan.

“Jahitan pemulihan dara hanya bersifat kosmetik dan ia hanya berfungsi merapatkan kembali selaput berkenaan, tapi tidak mungkin kembali seperti asal.

“Seseorang gadis dinasihatkan melakukan pembedahan pemulihan dara tidak lebih seminggu sebelum malam pertamanya dan jahitan itu hanya kekal sehingga dia melakukan persetubuhan bersama pasangannya itu,” katanya.

Pakar sakit puan itu berkata, secara lazimnya, bukan semua persetubuhan kali pertama menyebabkan pendarahan berikutan selaput dara pecah, sebaliknya bergantung kepada keadaan lapisan dara seseorang wanita.

Menurutnya, mengikut suatu kajian di luar negara, hanya 43 peratus wanita dilaporkan mengalami pendarahan ketika pertama kali melakukan hubungan seks.

Tambahan pula, katanya, selaput dara bukan penentu seseorang wanita itu masih dara atau tidak kerana perubatan moden menunjukkan ada wanita dilahirkan dengan selaput dara terkoyak.

“Selaput dara boleh terkoyak akibat aktiviti lasak atau berpunca daripada hubungan seksual. Oleh itu, tindakan segelintir gadis memulihkan daranya dengan niat buruk boleh dianggap sebagai perbuatan tidak mendatangkan sebarang faedah,” katanya.

Sementara itu, Penasihat Sakit Puan dan Ginekologi Hospital Pakar Johor, Dr Terence Teoh, berkata kebiasaannya lelaki tidak dapat menentukan sama isterinya dara atau tidak dengan melakukan hubungan kelamin pada malam pertama.

Beliau berkata, tindakan meletakkan kain putih untuk mengesan ‘darah’ seperti amalan pada zaman dulu tidak semestinya benar kerana wanita hanya akan ‘berdarah’ jika selaputnya pecah pada malam itu.

Menurutnya, secara umumnya selaput dara ada lubang sebagai laluan darah haid tetapi saiz lubang itu berbeza antara wanita, ada yang kecil dan besar sehingga tidak terkoyak atau hanya terkoyak sedikit walaupun dengan kemasukan zakar.

“Ada juga wanita yang mempunyai selaput dara elastik dan kekal walaupun banyak kali bersetubuh. Rawatan berkenaan sebenarnya tidak diperlukan. Jika masalah selaput dara boleh menyebabkan keruntuhan rumah tangga, ia tindakan tidak munasabah.

“Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga perlu berfikir secara matang kerana kebahagiaan rumah tangga bukan terletak pada selaput dara semata-mata. Terdapat banyak faktor boleh menyebabkan ia terkoyak,” katanya.

Sumber: Harian Metro

8 thoughts on “Terdesak tutup noda

  1. BILA AKU BERKAHWIN PUN BUKAN NYA TERUNA LAGI,DAH BANYAK PENAKLUKAN YG KU LAKUKAN,CUMA- tak ada bukti nacan kaum hawa dan PASANGAN KU TAK TAHU,SEBAB MUKA AKU INNOCENT aje-tambah pula di sokong kaum keluarga sahabat handai-sebenar nya aku lebeh teror berhantu raya di luar sana…semua jenis nya aku dah sapu , bagi mereka aku ni seakan akan “PIJAK SEMUT PUN TAK MATI” ……..aku juga kesian dgn MAKWE2 yg bersusah payah -menyediakan’ KAIN KESAT DGN DARAH PADA MALAM PERTAMA,BAGI mereka seolah2 WAJIb SEBAGAI BUKTI-syarat ORIGINAL LAGI-UNTOK DI BANGGAKAN-kpd musang yg berbulukan ayam,YG mereka TAK TAHU -ada juga pasangan-TAK KISAH Sangat dara tak dara-.(dara boleh hilang-koyak dlam berbagai cara-langsung tak langsung….ITU lah dunia memandang sebelah pihak aje…..AKU KESIAN DGN PEREMPUAN YG DIJANGKITI PENYAKIT KELAMIN-AHKIBAT LELAKI YG BERMAHARAJALELA DI LUAR SANA… sebelum berkahwin.

  2. dashyatnya pengakuan ko hantu gulung …ko tak takut ke ..pada hari hari yang mendatang,ialah nanti satu hari ko kan ada anak anak ..ko mesti nak anak anak yang sempurna ,tambahan ko pon nanti akan ada anak perempuan.Masa tu segala galanya akan dibalikan pada kita nanti.So .. tak usahlah berbangga sangat.

    • yan, kou dan pak ajie kat malasie nie memei pandaei kato2 berapii2 – pak sarban pun asik lecture tu harei ini harei halal..perhukumei mereka takut..kecut pelir nok ketengah kein..bah kei kawan demo keno tampo menegak hukum ALLAH dalm rumah ALLAH pun demo takut nok mempertahan kei..berbanding had ugamo laaen..padri tok siak sami kalo di buat gitiu..doh lamo mereka mogok depan2..bukan tumpang sodeh di belakang jamban..ambo orang luak pun asik terbayang kesedehan intimadating of that imam in my wholly hearth..to eternity..jalei sebagei faseh hukumei tuhei..mereka nie tahu hukum hakei..mereka inie lah yg di janjie kein ALLAH api neraka jahanam.u tahu dak brape byak kawei ambo menamaetkei diri,berbagei caro..niat mengatasi dosa2..sobab di maleysi ni ..tak do had hukumei PAK taliban..caro golap hukumei..pun demo tak berani..kalo aku lah aku tak kei korjo makei gaji..dalei hal ugamo nie.. bab kawei nok ikut perturei lak..babtangkap masiat mereka dok terror selalu..islei malesi ini tak setulien..ALLAH punyo..kito lihat bayak kes zina cuma di hukum duniowie ajoor ..sodangkei.. ugamo rasmie islei…dunio laa

  3. YAN,…..AKU BUKAN NAK BANGGA SANGAT,ITU KATO KATO HANTUGULUNG AJO…BUKAN BUKAN KESAH DAN TAULADAN..BAGI HANTU JEMBALANG TAK DO ..KISAH BONAR NYO…SEMUA NYO ILLLUSIONASI SEPANJANG ZAMAN AJO….CHAOS….c u in heavens ok

  4. ala baba dara tak dara dah jadi kebiasaan, buat ape nak jadi gitiu bodoh buat pembedahan..dara kan leh hilang kalau bersukan secara lasak, kongkek mengonkek , bertukar pasangan dah biaasa,aku dah mengonkek 22 dara semua nya dema rela..tapi semua nye dah kawen ..dah ade anka pun,cuma aku tak pernah jumpa,tapi mengongkek yang dara ini tak lah sedap sangat, berbanding dengan janda atau dah hilang dara,sebab dah biasa,ayer nya meleh sikit,melawan lak, sambil memasar sambil menjual,tapi tuhan melihat..kadang kala terasa di kejar dosa,berlegar2 di kepala semasa tue nanti…ada kah tuhan mengampuni atau jlan singkat terjun,gantung diri atau tembak sesama sendiri untok menamatkan diri,sebab malasie nama ajerr negara islam, pembesar ugama , semua belajar tinggi luak negara, peraturan itu ini tapi nak melaksan pun tak ado yg berani kan diri, hujah itu ini memang megahkan diri, hinnga kawan seugama kena tampar dalam masjid pun tak de hero , mempertahan maruah diri,zaman kini banyak pompuan hilang dara atas kerelaan sendiri…kata dol

  5. ala dara tak dara dah jadi kebiasaan, buat ape nak jadi gitiu bodoh buat pembedahan..dara kan leh hilang kalau bersukan secara lasak, kongkek mengonkek , bertukar pasangan dah biaasa,aku dah mengonkek 22 dara semua nya dema rela..(kata DOL dia nak pergi kat taliban serah diri untok dis rejab sula sampai mati, supaya dapt masuk sorga nanti)tapi semua nye dah kawen ..dah ade anka pun,cuma aku tak pernah jumpa,tapi mengongkek yang dara ini tak lah sedap sangat, berbanding dengan janda atau dah hilang dara,sebab dah biasa,ayer nya meleh sikit,melawan lak, sambil memasar sambil menjual,tapi tuhan melihat..kadang kala terasa di kejar dosa,berlegar2 di kepala semasa tue nanti…ada kah tuhan mengampuni atau jlan singkat terjun,gantung diri atau tembak sesama sendiri untok menamatkan diri,sebab malasie nama ajerr negara islam, pembesar ugama , semua belajar tinggi luak negara, peraturan itu ini tapi nak melaksan pun tak ado yg berani kan diri, hujah itu ini memang megahkan diri, hinnga kawan seugama kena tampar dalam masjid pun tak de hero , mempertahan maruah diri,zaman kini banyak pompuan hilang dara atas kerelaan sendiri…kata dol

  6. ..jagan katae kou telah di nodai, dah serah diri untok di gali..atas keinginan ati, tak guna menyesali, tunggu lah sama2 dbalasan di akirat nanti..maso kau merasai amatsedap sekali,mata berkelip kelip, disana nanti terbeliak biji mato kou…sodap sodap tak de yg nak tumpang sekaki lagi,,,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s