Tiada perasaan terhadap suami curang

Bersama Dr Rubiah K Hamzah

Soalan:

Saya sudah berumahtangga hampir 10 tahun tetapi belum dikurniakan cahaya mata. Namun saya menerima keadaan ini sebaiknya. Kami suami isteri berpendidikan dan berkerjaya.

Sebenarnya, tidak lama dulu suami berlaku curang tanpa alasan yang munasabah. Hanya saya dan Allah yang tahu mengenainya. Saya tidak bercerita mengenai hal itu pada kawan-kawan atau keluarga. Semuanya atas dasar menjaga nama baik suami. Bagaimanapun, suami terlebih dahulu bercerita kepada keluarganya tanpa memikirkan bagaimana saya memendam perasaan untuk menjaga nama baiknya.

Banyak perkara berlaku yang saya simpan sendiri. Semuanya kerana kami berkahwin atas dasar cinta kononnya. Malangnya, luka yang saya alami ini begitu dalam. Ya, saya telah memaafkan perbuatannya, tetapi saya tiada perasaan terhadapnya lagi. Sebolehnya saya tidak mahu berkongsi apa-apa kisah keburukan dia dan menyimpan dalam hati saja.

Oleh kerana semua itu, saya minta dilepaskan dan saya berdoa semoga dia ditemukan dengan seseorang yang lebih baik daripada saya. Puan, adakah tindakan saya untuk hidup bersendirian ini terlalu mementingkan diri? Atau adakah saya harus menjadi isterinya dengan keadaan memendam perasaan dan hipokrit sehingga ke akhir hayat saya bersamanya.

Rose

Jawapan:

Puan Rose yang setia, terima kasih kerana sudi berkongsi sedikit kisah hidup dengan saya. Berdasarkan maklumat yang puan berikan jelas terpapar bahawa puan sudah bosan dengan kehidupan yang puan miliki sekarang. Justeru, bercadang mencari jalan penyelesaian yang lebih selamat dan melegakan.

Langkah pertama yang puan harus buat, mengumpul kekuatan untuk berbincang secara terbuka, santun dan jujur sejujurnya dari hati ke hati dengan suami puan mengenai perasaan yang sedang puan alami iaitu tidak mampu berpura-pura dalam hidup berkeluarga, tidak mampu melayan hubungan intim bersamanya, tidak ada perasaan sayang lagi dengannya dan tidak sanggup menderita lebih lama hidup berpura-pura bersamanya. Justeru, puan berhasrat memilih untuk hidup sendirian demi kelangsungan hidup yang lebih damai dan tenteram. Terangkan juga hasrat puan untuk hidup sendiri dengan sebab-sebab yang benar dan jelas.

Puan, berterus-teranglah kerana Allah menjadi saksi setiap perlakuan kita dan Allah tahu apa yang kita ucapkan dan yang tidak kita ucapkan. Serta percayalah Allah juga tidak mahu hamba-Nya membiarkan diri tenggelam dalam penderitaan dan kepura-puraan seumur hidup atas alasan bersabar. Bersabar maksudnya berusaha membahagiakan diri dengan jalan keluar yang baik menurut agama dan baik menurut pertimbangan keluarga serta masyarakat.

Bercakaplah dalam nada bersahaja, santun dan penuh hormat agar alasan-alasan puan dapat didengar dengan jelas dan teratur. Ketika bercerita, jangan terlalu emosional (seperti menangis) sehingga mengganggu tumpuan kekuatan bercerita dan mengganggu pihak suami yang mendengar. Jangan juga menyinggung mana-mana pihak atau merendahkan pihak suami.

Akuilah kelebihan suami dan kekurangan anda sebagai isteri, dalam perbualan tumpukan mengenai ketidakmampuan puan menjadi isteri. Jangan hanya fokus pada kelemahan suami saja hingga suami tercabar egonya dan membuat dia berdendam dengan puan dan menyulitkannya untuk menerima dan menyetujui hasrat puan untuk berpisah.

Terangkan hasrat dan perancangan puan dengan jelas agar tindakan puan tidak diragui oleh suami seperti (menuduh puan ada lelaki lain ) dan sebagainya. Setelah itu selesai, puan bolehlah membuat permohonan untuk berpisah dengan suami di pejabat agama berdekatan di mana puan tinggal.

Puan perlu mengisi borang dan menyatakan dalam permohonan itu sebab-sebab utama puan memohon perpisahan itu dengan memberi tumpuan kepada sebab-sebab ketidakmampuan, ketidakrelaan dan ketidaksanggupan puan sebagai isteri kepada suami. Contoh alasan seperti tidak mampu lagi melayan keperluan seks dengan suami kerana hati dan cinta sudah dikhianati dengan kecurangan suami masa lalu, tidak mampu lagi hidup berpura-pura demi untuk menjaga nama baik di hadapan keluarga dan orang lain serta mungkin juga puan boleh gunakan alasan puan tidak sanggup lagi menjalankan tugas sebagai isteri kepada suami kerana cinta sudah mati dan kosong.

Mohon sangat agar puan ikhlas melakukan dengan memohon doa dan perlindungan dan petunjuk dari Allah. Kemudian tunggulah proses perceraian di mahkamah. Semoga puan terus mampu berdikari dengan petunjuk Allah dan doa daripada keluarga dan rakan-rakan. Selamat melalui liku-liku kehidupan dengan tabah, berhemat dan berakhlak dan beriman. Insya-Allah puan akan ditemukan dengan fajar pagi yang lebih cerah untuk lebih dekat dengan Allah.

Sumber: Berita Minggu

35 thoughts on “Tiada perasaan terhadap suami curang

  1. Puan Rose,
    Saya amat bersimpati dan amat-amat memahami perasaan yang Puan alami kerana saya pun diuji oleh Allah dengan ujian yang sama. Sampai detik saya menaip email ini hati saya merintih kerana di tipu oleh suami sepanjang perkahwinan kami selama 9 tahun. Sampai saat ini saya menyimpan apa yang terpendam seorang diri. sakitnya hanya Allah yang tahu. Sampai saat ini saya masih bingung dan tidak pasti apa yang harus dilakukan. Kekadang tidak dapat mengawal perasaan ini dan amat mengganggu kerjaya dan dalam mengurus anak-anak yang masih kecil. Minta tolong Dr Rubiah sarankan khidmat kaunseling atau psikitri yang dapat membantu.

    Sekian terima kasih

  2. Salam…jangan terlalu sensitif dan emosi hanya kerana sebab perangai suami..cuba bertanya dengan kaum lelaki mungkin soalan ini boleh terjawap dengan lebih…….daripada putera-info

  3. Sy turut simpati dgn nasib yg menimpa kwn2 kita ni. mungkin hari ni hari mereka..esok lusa hari kita sapa yg tau ye tak? so sy jgk terpanggil utk melontarkan sedikit nasihat dan perangsang moga2 dgn izin Allah akan berguna…insyaAllah.
    1) Kembali memohon rahmat Allah amat penting krn dgn bimbinganNya shj yg mampu buat kita kluar dari sebarang mslh. panjatkan doa xputus2 mengharapkan petunjuk dariNya. mohon dikluarkn dari mslh ni…dibukakan pintu hati suami utk berubah…dibukakan jg pintu hati kita supaya kembali mencintai suami seperti mula2 kenal. bergegar Arash Allah bila perkataan cerai dilafazkn.
    2) Berusahalah utk meminta nasihat pakar2 yg berpengetahuan luas dlm bidang ni. ingatlah, mslh xkn selesai kalo diceritakan pada yg tidak layak utk mendgrnya.
    3) Teruskan khidmat kpd suami mcm biasa. moga2 dia akan nampak akan keberuntungannya mengahwini anda dan akan menghargai usia 10thn perkahwinan tersebut..semoga anda akan lebih bersabar dan bersyukur dgn nikmat yg dikurniakanNya…jdkan cerai jln yg penghabisan skali dan jgn sesekali putus asa dgn rahmat Allah…selamat berusaha…sama2lah kita pesan memesan dgn kebenaran dan kesabaran…insyaAllah…amin.

  4. Fauziah … memang sakit jika hati terluka.Luka ditangan boleh nampak, jika diubati boleh sembuh,tapi luka dihati hanya tuhan yang tahu … betapa sakitnya .Anda kena lepaskan kepedihan itu ,janganlah dikenanag kenang kisah yang lalu, kita tak boleh nak perbetulkan kisah yang berlalu, banyak lagi kemanisan yang menanti dihadapan.
    Anda maseh ada anak anak … itulah kemanisannya melihat anak membesar didepan mata.Pujuklah diri sendiri … mungkin tuhan nak menduga ,kesakitan ini mengambil masa yang lama untuk sembuh .. tapi percayalah selepas segala galanya berlalu anda akan jadi kuat dan tabah.Kalau situasi ini menggangu kerjaya dan hidup anda seharian dapatkan bantuan pakar psikitri di hospital.Anda tidak bersaorangan … ramai lagi yang senasib dengan anda.

  5. Sekiranya curang yg puan maksudkan itu zina, semestinya puan berhak menuntut penceraian, kerana curangnya suami puan bukan sahaja pada puan, yang paling pokoknya suami puan itu `curang` dalam agama dan dia tidak layak bergelar suami untuk puan, kerana penzina hanya layak dijodohkan dengan penzina juga. ketepikan soal hati, kerana “hati anak adam itu berada diantara dua jari Allah”, pohon kepadaNya bagi mengubat hati yang terluka, sementelahan pula puan belum ada cahayamata. kekesalan, keluhan, kekecewaan itu semuanya bersifat sementaram, malah diri kita ni pun sementara, sampai masanya ia pasti pergi. kalau curang yang puan maksudkan itu nikah sorang lagi, patuhlah kepada suami puan, Allah hanya membeban hambanya mengikut kadar kemampuan hamba itu sendiri, banyakkan `banyakkan alam nasrah dan `wal `asr` luka puan pasti terubat dan ganjaran Allah pasti menanti, insyaAllah

  6. -Kalau memendam…kemarahan..kepedihan… terlalu lama akan mengahkibat kan penyakit kronik atau gngguan mental dan jiwa yg tidak tenteram…’memakan diri sendiri’
    -membataskan gerak geri,pemikiran dan kebolehan
    -prestasi harian menurun
    -jalan keluar ada lah yg terbaik buat semntara waktu……

  7. Bila pasangan bermain kayu tiga dibelakang kita, hanya kita yg tahu betapa sakit dn pedihnya..mrk pandai menggunakan kata2 sebagai mainan lidah yg x bertulang..pandai mengambil kesempatan atas kelemahan wanita..sumpah janji hanya dusta..apatah lagi jika kita sendiri yg menangkap basah pasangan kita berdua2an dgn wanita lain dibilik hotel..jln terbaik tanpa menoleh kebelakang..harus di tinggalkan saja..bkn baru sekali berlaku curang..tapi dh berulang kali dn dgn org yang berlainan..Allah maha adil, pasti akan terbalas smua perbuatannya..

  8. Life must go on..walau patah hati tapi kita harus kuat..suatu hari dia pasti akan menyesal tapi smuanya is too late..

  9. Sorry …tertekan tadi .. effa … agak tersentuh membaca perjalanan hidup effa …semuga effa terus tabah mengharungi hidup ini …

  10. kesian effa..

    tapi effa..kalu saya tak curang pun tapi wife ckp its too late utk berubah…apa harus saya buat?
    sbb dia pun ada buat salah..ego pun tinggi dan pemendam..jadi saya katakan kita sama2 ada buat silap dan kita betulkan balik…tapi dia ckp its too late jugak..kecik ati saya..nasihat pasal agama pun dia perlekehkan jugak..tapi Allah maha adil…saya hanya mampu berdoa skrg ni.

  11. cian bini2 sekarang ni kan…..

    sebagai lelaki kat sini….I dont blame u at all kalau dah takde perasaan langsung…

    tapi mungkin bagi yang baru terhidu atau nampak tanda2 laki nak curang tu….jangan
    pendam2 perasaan…tanya laki tu….diagnos problem….find solutions….harap2
    dapat elakkan laki curang ni……

    tabah lah ye sume….Salam

  12. tapi jie…mintak maaf lah ye sebelum apa2…bagi saya…curang ni is = irreversible
    error…..dia akan terpahat kat mangsa…..so…sama ada tahap penerimaan semula ni
    tinggi ke tidak untuk menerima kembali….itu je issuenye….dan tak sume org sama..
    kalau sume org sama..dunia aman…..

    parut di betis bleh taruk gamat….mungkin hilang…parut kat hati….takkan hilang…
    kita terima balik ke tak terima balik ke…bende tu tetap terbuku kat hati sampai
    bila2…di kala masa2 tertentu..walau pun kita dah berbaik2…tetap akan terlintas di hati
    dan otak apa yang laki / bini kita dah buat ….

    so…sume org…..janganlah curang…..endless nanti akibatnye..

    salam sume

  13. Paham ek ele…. respect ur point of view……

    Err kalu tegok sebotol gamat rasa2 boleh hilang ker parut kat hati tu ar????

  14. Ha…. ayer musoffa itu elok…. digalakan bagi yang rasa hati tak tenang dan gundah gulana… salah satu usaha…..

    Thanks aku

  15. gojila..knp la wife u jadi mcm tu?..Sy rasa ia sengaja mencari sbb supaya u hilang sabar..cuba selidik knp dia jadi mcm tu..intip kalau perlu..adakah perbuatan dia itu krn ada org ketiga..jawapan pasti ada..setelah itu senang utk mencari jln penyelesaian..

  16. saya baru mengalami masalah ini ..saya dah berkahwin dgn suami hampir 16 thn dan dikurniakan 4 orang cahayamata. selama ini hidup kami aman bahagia. sehinggalah suami mengenali seorang perempuan dan mereka telah terlanjur. rahsia mereka telah sampai ke pengetahuan saya yg diceritakan sendiri oleh kakak perempuan tersebut. hancur berkecai hati saya. sekarang suami saya memohon maaf pada saya dan beliau ingin bertaubat. suami saya menangis di kaki saya dan mengatakan dia x mahu berpisah dgn saya. kalau saya tinggalkan nya dia pasti akan membuat perkara yg dilaknati allah . Permpuan tersebut juga telah memohon maaf dari saya dan mengatakan perkara tersebut terjadi kerana dia yg terlalu menggoda suami saya. Dia pernah minta suami saya mengahwini nya tapi suami x mahu…apa yg harus saya buat..saya buntu ..tinggalkan nya atau maafkan peruatan nya..tolong saya….

  17. Kecewa dengan perangai suami

    Saya telah berkahwin dengan suami selama 15 tahun. Atas perkahwinan kami, mempunyai seorang anak lelaki yang sekarang berumur 14 tahun. Sebelum berkahwin, saya mempunyai 3 orang anak dengan suami pertama. 1 lelaki dan 2 perempuan. Saya amat kecewa dengan perangai suami saya, dia cuba nak menodai anak perempuan saya. Nasip lah waktu itu, saya terhidu perbuatannya yang tak bermaruah. Bila saya tanya, dia cuba menafikan, malah menuduh anak saya yang memulakannya. Sedangkan anak saya berkata jujur dan menanggis yang bapa tiri (iaitu suami saya) cuba nak menodainya. Saya kecewa bila saya tanya suami dia tak mengaku dan marah. Sekarang dia pergi tinggalkan rumah tanpa meninggalkan pesan dengan saya. Haruskah saya ambil keputusan utuk berpisah dengan suami, agar perkara ini tidak berulang lagi.

    Mohon bantuan.

  18. Sarah, saya nasihatkan anda berpisah demi menyelamatkan maruah anak2 awak. Tak perlualah ada lelaki macam tu. Eloklah hidup tanpa suami dan halakan cara hidup anda kearah aktiviti yang boleh memberi faedah dunia dan akhirat dari mengahwini lelaki yang kita tak tahu tembelangnya. Mereka ini hanya nampak baik sebelum kawin…

  19. Sarah ..perkara ini boleh terjadi kepada sesiapa saja .. walaupun dengan ayah kandung sendiri .Memiliki anak gadis dirumah kita kena pantau pergaulan nya terhadap ayah dan saudara kandung lelakinya sungguh pun mereka adalah muhrimnya .Janganlah kita biarkan anak gadis kita berseluar pendek atau berkemban berkeliaran didalam rumah dihadapan ayah dan saudara saudara lelakinya .Nafsu tidak mengenal siapa ..Sediakan satu bilik tidur khas yang berasingan untuk mereka dan jadikan tempat larangan untuk saudara lelaki mahu pun ayahnya keluar masuk sesuka hati .
    Sarah .. anda lebih mengenali suami setelah hidup dengan nya selama 15 tahun lama nya .Mungkin ada sesuatu yang anda terlepas pandang .Suami telah meninggalkan rumah kerana dia malu .Hanya anda yang boleh membuat penilaian sebelum mengambil keputusan yang sewajarnya ..

  20. sy pon nk join..sb sy snasib ngn awk gk…awk cekal ek…skg sy lak nk wat cm ne..ati dh tawa,x de prasaan dh kat die…tp die still x nk lepas kn gk…

  21. cian nyer sy dgr citer lia ni..sy pun mengalami mslh mcm tu..tp sy xpasti suami sy pnh bersm atau x dgn pempuan tu,hny msj je..nper la pempuan slalu jd mangsa keadaan mcm ni

  22. ..mungkin lelaki tu sakit mental kot,,,Mungkin dia juga mempunyai famili yg porak peranda..pergaulan dgn “lanun lanun” darat kot..dan kaki botol kot..

    Kebiasaan manusia normal -berfikiran waras walau pun ‘tidak mendalami ilmu keagamaan, ia tidak akan melakui ..kerja2 sebodoh tu.

  23. Suami u tak bermoral,barangkali juga tidak akan menginsafi kesilapan nya..di hari hari mendatang (dia mengugut u untok berterusan dgn adengan2 maksiat nya.,jika u tidak menerima dia kembali), kalau i berkeadaan macam tu i akan berpisah ….tak guna nak meneruskan kehidupan dgn dia…melainkan ada peristwa..yg kurang manis semasa muda2 dulu bersama nya…bagi aja dia menerus kehidupan dgn perempuan tu…orang berzina kena berkawin dgn penzina..lagi pun dia ingin bersama kembali,oleh sebab u mempunyai kelebihan “untok hidup”….

  24. Zaman skrg ni…kalu si jantan main kayu tiga ke…suka menghilangkan diri ke..kalau dia bertanggongjawap tentang nafkah harian .. tak pa lah.(sebab wanita sekarang ni serba berkebolehan)

    Tapi kalau ada macam belangkas pun, asik nak bertaut kat kito ajo mana leh.lomas jugo raso nyo….abis bondo..duet di tarah dek demo ajo..kalau yg berakal tu ..tak po lah

  25. terimakasih atas pendapat kalian semua…suami sy mmg seorang yg sgt bertanggungjawab ttg anak2 dan nafkah zahir batin..tapi 1 sj yg dia gelap mata…x tahan dgn godaan perempuan. Dia sgt rapat dan syg kan anak2nya. Skrg sy ambil keputusan meneruskan kehidupan dgn nya(setelah mohon petunjuk dr Allah) kerana x mahu rumahtangga kami hancur. Sy kesian kan anak2 saya, apa alasan yg sy nak bgtau mereka klu sy nak berpisah sbb sy mmg x pernah bertengkar dgn suami depan anak2. Skrg sy hanya bertahan demi mereka…semoga Allah SWT beri saya kekuatan dan dlm fikiran sy skrg sy akan menjalankan amanah Allah sbb sy akan kembali padaNya jua. Semoga keputusan yg sy ambil ni x salah dan sy ingin memberi peluang kedua pd suami. Mgkn ada yg x setuju dgn keputusan sy tpi ini sj jalan yg sy ada demi anak2.

  26. macamna pulak bila ayah minta kahwin lain..sedangkan rumahtangga tiada masalah, dan emak mesti kecewa.. kita sebagai anak apa yang boleh kita buat.. ada tak kata-kata semangat untuk emak.

  27. saya dan suami telah berkahwin selama 3 tahun dan tidak mempunyai anak, suami saya baik, ambil berat terhadap saya tetapi dibelakang saya dia tidak jujur dan keluar dengan perempuan 1 ofis dengan nya. saya terlalu marah sehinggakan berhasrat untuk bercerai apakah tindakan saya itu benar atau terlampau

    • Norly,

      nasib kita sama.so karang mcm mana keadaan awak.dah ok ke dgn suami.mcm mana nak lupakan yg dia pernah curang.walaupun dia dah berjanji x buat lagi tp kita tetap rasa kecewa sbb kita sygkan dia tuhan je yg tahu

    • niasa lah ..di masa kini..hari hari makan ikan jerr nak tasa jugak daging korma…tambah lak tanam benih tak tumboh2…

  28. saya baru saja mengetahui kecurangan yang berlaku 4 tahun lepas…. malangnya saya pula pregnant 8 bulan sekarang… saya ajak anak saya lari, tapi dia taknak.. anak dah nak masuk tiga, saya tak cukup kuat utk menghadapi perkara ni. Walaupun dia dah minta maaf, saya x dapat terima kerana perempuan tu pun baik dgn saya.. sampai hati… luka saya parah. Saya mungkin boleh memaafkan..tapi tidak boleh melupakan.. perlukah saya jadi wanita yang lemah, hanya berserah pada takdir? Atau mencari kehidupan lain? Atau memaafkan dan memberi peluang, berkorban utk anak2…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s