Tip penguat cinta

Dalam melayari alam rumah tangga, pujian, bahasa tubuh dan belaian mesra merupakan antara keinginan yang didambakan isteri daripada pasangannya.

BERCINTA secara fitrahnya adalah pengalaman manis dan saat yang sentiasa dinanti-nantikan wanita daripada seorang lelaki.

Namun, sebelum tiba ke puncak kemanisan bercinta, terdapat beberapa perkara kecil yang diharapkan seorang wanita dan perlu diberi perhatian setiap pasangannya.

Walaupun belum lengkap mengenali erti percintaan dalam sebuah perkahwinan, tetapi wanita sememangnya menginginkan suatu tata cara kehidupan yang lebih romantik dengan dipenuhi belaian mesra seorang suami.

Terdapat beberapa keinginan yang didambakan wanita daripada suaminya, dalam melayari makna di sebalik sebuah ikatan percintaan. Untuk lelaki, semak beberapa perkara di bawah ini:

Pujian tulus tidak terduga Wanita mana yang tidak inginkan dirinya dipuji? Bukannya pujian seribu satu kata-kata tetapi, pujian kecil yang tidak terduga olehnya.

Jika itulah yang diucapkan si suami di saat isteri menantikannya , ia pasti membuatkan isteri tersenyum lebar. Sampaikan pujian dengan penuh kesungguhan, tatap matanya dan jika perlu, lemparkan bisikan halus di telinganya.

Hindarkan pemberian pujian tanpa memfokus kepada maksud yang ingin disampaikan. Contohnya, kamu memujinya sambil tangan sibuk melakukan sesuatu kerja. Ini membuatkan pasangan berasa kesal dengan sikap yang ditunjukkan.

Bangkitkan aroma tubuh Sentiasa memanjakan diri sebelum berdampingan dengan pasangan, mengambil berat tentang penjagaan diri seperti kuku, janggut, serta membangkitkan aroma segar dari tubuh kamu. Kesemua ini dijamin akan membuatkan pasangan berasa nyaman sewaktu bersama.

Ketika berada di rumah, kamu berasa tidak selesa untuk mengenakan pakaian menutup dada. Percayalah, ‘pakaian menutup aurat’ tidak sesekali disukai pasangan ketika berada di rumah.

Sebaliknya, kenakan celana pendek potongan seksi. Ini akan membangkitkan keintiman pasangan tatkala isteri memperlihatkan keseksian tubuh ketika bersama.

Sentuhan mesra Walaupun kamu berdua begitu penat setelah pulang dari kerja, tidak salah sekiranya kamu menyelitkan bukti cinta kamu selama ini.

Kamu boleh mencipta sesuatu yang menyenangkan untuknya. Setelah selesai mandi dan bersiap untuk tidur, ambil minyak zaitun atau losen badan dan sapu di lehernya serta urut perlahan-lahan.

Biarkan pasangan kamu menikmati setiap sensasi yang tercipta daripada sentuhan jemarimu ini. Sentuhan erotik di tempat tidur ini sememangnya diinginkan setiap wanita. Tetapi, tidak hanya pada itu, wanita juga mendambakan belaian kasih sayang. Belailah rambutnya di saat dia berada di sisi kamu, atau pegang tangannya ketika dia menuruni anak tangga. Hal-hal seperti ini begitu dinanti-nantikan wanita.

Panggilan ‘sayang’ Masih ingatkah lagi panggilan ‘sayang’ di saat kamu bercinta dengannya dahulu? Sekiranya ingat, cubalah mengulangi panggilan cinta itu semula.

Jika ternyata kamu tidak pernah memulakan panggilan ‘sayang’ untuknya, tiada masalah untuk kamu menciptanya sekarang. Wanita akan merasa dirinya lebih istimewa di saat dia menyedari bahawa kamu adalah insan pertama di dunia ini memanggilnya dengan sebutan sayang. Ia sekali gus mengingatkannya semula keistimewaan diri kamu berbanding orang lain.

Sikap romantis Apa yang diinginkan seorang isteri adalah sikap romantik dan telus daripada suami. Ia tidak perlu dipamerkan setiap masa malah boleh dilakukan setiap kali anda menginginkan belaian mesra daripadanya.

Selain di rumah, kamu boleh mencipta suasana romantik sewaktu menjemputnya di tempat kerja dengan memberinya setangkai mawar kecil.

Wanita akan merasakan dirinya disanjungi dan dihormati. Malah, siapkan sarapan untuknya dan bawa ke kamar tidur. Bangunkan dia dengan sebuah kucupan lembut di dahi, kemudian hulurkan segelas jus segar. Apa yang kamu lakukan ini akan membuatkan dia berasa kamu begitu romantik.

Tidak terburu-buru Straight to the point. Ini adalah sebahagian sikap lelaki yang digelar wanita sebagai sikap terburu-buru. Cubalah sesekali kamu mengikut rentak iramanya.

Biarpun ia hanya dicipta sewaktu zaman bercinta dahulu, hakikatnya wanita menginginkan pasangannya mengerti keinginan dirinya itu.

Cium dengan perlahan tanpa ada satu bahagian pun yang terlewat. Tanya kepada dirinya apakah yang dia mahu kamu lakukan untuknya lagi.

Jangan sesekali membawa sikap terburu-buru ke kamar tidur. Peluk, belai rambutnya, bisik bagaimana kamu terlalu mencintainya sebelum kamu berdua menikmati waktu malam yang indah.

Pastinya, pasangan kamu sentiasa menginginkan kamu mengulangi langkah sebegini setiap kali kamu bersama. – NOOR HASLIZA NUSI

27 thoughts on “Tip penguat cinta

  1. penah gak wat kt hubby mcm tip kt ats tu.sampai ati dia kata “ish apa ni, geli gelemanlah” lagi kena marah adalah.

  2. Aku rase isteri patut skali skala wat cenggitu gak. pasalnya lelaki ni pun suka gak seprais2 nih. ala2 tergezut gitokkk!!! namun ramai isteri2 yg malu2 lagi ngan laki derang sendrik. nape yek? sesetengahnya masih berfikiran suami perlu memulakan dulu. Cuba la skali2 di posisi menyerang plak…bg laki kowang defend. tgk bolos ke tak? bolos saja dinding ituuu..!!!!!

  3. tak kisah siapa pun yg mulakan dulu yg penting sama2 phm kehendak masing2 kan….best per kalo sesekali romantik cam gtu….ikhhh….

  4. aku sendiri pun bt macam tu gak…hubby aku klu bangun awai, sure dia kiss aku dulu..tak pun aku yg kiss dia..tak kisah la, time bila2 pun.. kdg2 tu masa drive pun aku kiss dia, aper salahnyer kita mula dulu..hubby kita pun suka kan.. yg syoknyer anak aku yg usia 1 thn 7 bln tu pun pandai, kejap2 dtg kiss aku n hubby time kita orang tgk tv, tunjuk kan kasih syg dari peringkat awal.. tak salah kan
    aku kt umah pun sexy gak, pakai short pant… anak dah 2 bt aper malu,hehehe coz aku mmg suka mcm tu. aku pn ade maid gak tp pandai2 la control bila nak usik2 ngn hubby tu…best tau, perasaan syg semakin bertambah

  5. Sebnrnya lelaki ni makin berusia makin manja..jika ada pepatah yg mengatakan dah tua2 nak buat apa manja2..salah tu..keperluan suami bkn hanya ditempat tido je..keperluan dia nak mandi, berpakaian, ibadat, bersukan, ketempat kerja dn mcm2 lagi…wanita sbgi istri kena bijak mainkan peranan, jgn jadikan anak sbgi alasan..dan petua org tua2, jgn tunjukkan muka yg kusut masai saat suami membuka mata sebaik saja terjaga dari tido (Maknaya isteri kena bgun dulu, siap bersolek pakai wangi2)..sentiasa sambut kepulangan suami dgn senyuman, pakaian rapi dan bauan yg menyenangkan..selesai solat, amalkan sentiasa memohon maaf kpd suami (bkn masa hari raya je atau x pernah langsung)..Potongkan kuku suami, bersihkan telinga suami dll..perkara ni kecik tapi mempunyai pengaruh yg besar pd suami..

  6. aaa…betul cakap kak effa tue..lagi 1,jgn segan2 cukur bulu roma sekali hby kita,gosok belakang dia time mandi,kalu bule selalulah mandi sama2….emmm,masa berasmara tu jgn lupa buat kiss mark kat bahu dia sikit atau x pun wat comei2 kat tengkuk dia,sure dia hpy bila nampak logo tue..ekeke..:)selamat mcuba

  7. sy pun setuju gak aper kata si effa n mieee tu..aku seminggu skali sure buat facial kat hubby aku, potong kuku dia,makan pun aku suap kan bukan ngn sudu tau ngan tangan la…mesra sangat tau…tak jemu pun , kalu leh ari 2 nak suapkan nasik. minum pun syer je, tak penah minum gelas asing2 slama ni n aper2 pun kalu nak makan kena kasi hubby makan dulu baru kita..bukan ladys first tau..mans first, cuba try petua ni best sgt n insyallah umah tangga sure bhgia giler

  8. 1 lg, aku slalu bt jugak… lepas hubby mandi aku sediakan pakain atas katil n aku pakai kan buat dia…dari seluar kecik sampai seluar besar,hehe..try tgk sure hubby korang rasa bhagia sgt, dorang rasa macam budak2 kecik yg dimanjakan aje tau

  9. betul amy, kita kna jaga makan minum suami kalu tak saper nak layan…kan restoran jah janda turbo yg kna layan kot..nnti dilayan lain lak kan, kita si istri gak yg merana

  10. akak ada kawan…sebijik mcm cempaka nie….layan suami memang ‘klas’…sekarang nie suami dia tak tau nak berdikari….nak tuang air pun x boleh buat sendiri….lauk atas meja pun x reti nak ambil sendiri….seluar dalam pun kene siapkan…pendek kata sume kene buatkan…..bila dah tua, sakit sana sini…larat ke isteri nak buat semua tu lagi…berpada2 lah dik oiii…….

  11. jgn2 dlm action berperang dia pun melintang untok cendawan tumboh keatas,member menyarong ajo …kepuasan..lamo2 dia lupo nak tala ke terowong yg betul..silap2 masok terowong sampah….kata org lagi best….kes negara…

  12. btoi tp hubby i pun bt mcm i buat gak…dia pun layan macam i layan tau…sama2 kna buat la, bkn istri ja so suami pun kna amik action gak

  13. hermm…bagusla cempake ni kan..suami kadang2 mmg nk isteri layan diaorg macam baby..tapi bile xpenah buat,macam malu plak..takut nt suami kate bini aku nie,buang tebiat ker..ekekekk

  14. melayan suami amatlah digalakkan cuma si suami jangan mengambil kesempatan di atas kebaikan isteri…jika ini terjadi….mmg bahagia lah rumahtangga tu….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s