Bulan madu kedua

MENIKMATI percutian bulan madu yang indah dengan ditaburi bunga-bungaan segar, diterangi cahaya lilin di setiap sudut kamar dan di kelilingi lautan yang terbentang luas, sememangnya menjadi impian setiap pasangan pengantin sebaik sahaja selesai upacara perkahwinan.

Ritual bulan madu merupakan sebahagian perkara penting dan wajar diberi perhatian sewaktu memulakan kehidupan baru bersama pasangan.

Namun, ia bukan bererti pasangan yang sudah lama mendirikan rumah tangga tidak boleh berbulan madu untuk kali yang kedua, ketiga atau selanjutnya. Justeru, pasangan semestinya menikmati bulan madu secara berduaan demi menyegarkan kembali keintiman dan komitmen perkahwinan mereka selama ini.

Meskipun tidak sama keterujaannya seperti awal perkahwinan dahulu, tetapi ia dapat menyegarkan kembali hubungan bersama.

“Sama ada untuk memulihkan hubungan yang dingin atau meluangkan masa bercuti bersama pastikan anak tidak bersama dalam bulan madu ini.

“Pasangan seharusnya sedar bahawa mereka memerlukan suasana yang baru,” jelas pakar psikologi, Dini Sugestia dari Lembaga Konsultasi dan Bantuan Hukum untuk Wanita dan Keluarga Indonesia.

* Manfaatkan masa bersamanya. Definisi bulan madu kali kedua sebenarnya bertujuan untuk memperbaharui kondisi sifat pasangan yang sekian lama inginkan pemerhatian dan belaian mesra.

* Setelah bertahun-tahun mendirikan mahligai perkahwinan, kesibukan bekerja dan mengurus hal rumah tangga seringkali menyebabkan pasangan merasakan diri mereka semakin renggang. Malah, komunikasi antara pasangan juga dilihat bertambah lemah, berbeza sewaktu di awal pernikahan dahulu.

* Menikmati bulan madu kedua seharusnya dimanfaatkan agar perhubungan dapat dibangkitkan semula dengan keghairahan cinta yang kian pudar. Ia boleh dilakukan dalam pelbagai cara atau posisi bersama pasangan.

* Apabila kamu berdua melakukan hal-hal yang luar biasa, inilah saat paling tepat untuk diungkapkan. Tentu sahaja ia harus disampaikan dengan cara yang tepat, sehingga rencana bulan madu itu sendiri berjalan dengan penuh nikmat dan intim.

* Hanya berdua.

Terdapat pelbagai destinasi percutian yang boleh diterokai dalam merencanakan bulan madu. Yang penting hanya kamu dan si dia tanpa mengajak orang lain, termasuk anak-anak.

* Sebelum mengaturkan perjalanan, kamu sebaiknya mencari seseorang yang boleh dipercayai untuk menjaga anak-anak atau bayi sepanjang melayari percutian bulan madu.

Cara sebegini membuatkan kamu lebih senang dan tidak risau tentang mereka dan berpeluang menghabiskan masa bulan madu bersama.

Paling penting, persiapan diri termasuk penampilan jiwa dan raga perlulah diutamakan agar keghairahan seksual dapat dirasakan bersama seperti pasangan yang baru berkahwin. – NOOR HASLIZA NUSI

One thought on “Bulan madu kedua

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s