Pengguna tampon bimbang hilang dara

SAYA berusia 22 tahun serta aktif dalam bidang sukan. Setiap kali datang haid, saya menggunakan tampon kerana apabila menggunakan tuala wanita, tepi kemaluan saya berasa gatal.

Adakah penggunaan tampon menyebabkan saya tiada dara kerana waktu kali pertama memakainya, saya terasa perit dan sakit pada kemaluan.
Adakah saya perlu meletakkan ubat pelincir sebelum meng gunakannya? Adakah cara lain menggunakan tampon tanpa rasa sakit?

Saya juga ingin tahu, adakah kekerapan memasukkan jari pada kemaluan boleh membuatkan seseorang itu sukar hamil?

MICHELLE
Kuala Lumpur

PENGGUNAAN tampon boleh menyebabkan koyakan pada selaput dara, tetapi tidak semestinya kerana ia ber gantung kepada jenis selaput dara dan bukaan lubangnya.

Begitu juga dengan memasukkan jari pada lubang faraj. Memandangkan tampon menyebabkan anda berasa sakit, anda boleh memilih untuk bertukar kepada penggunaan tuala wanita. Dalam kedua-dua keadaan, yang lebih penting adalah seseorang itu perlu kerap menukar atau menyalin pema kaiannya terutama pada hari pendarahan yang banyak.

Penjagaan kebersihan yang lebih teliti ini juga perlu se kiranya seseorang banyak berpeluh seperti selepas melakukan aktiviti senaman atau aktiviti luaran yang lain.

Ini dapat mengurangkan risiko jangkitan (yang lebih mudah berlaku dalam keadaan persekitaran lembap) dan geseran kulit akibat kelembapannya sehingga menyebabkan kega talan.

Penggunaan tampon dilaporkan boleh menyebabkan jang kitan pelvis. Ada keadaan di mana wanita terlupa untuk mengeluarkannya dan membiarkannya untuk tempoh yang lebih lama sehingga menimbulkan masalah.

Memasukkan jari ke dalam kemaluan memberi peluang kuman pada jari memasuki faraj dan boleh memberi risiko jangkitan faraj sehingga jauh ke dalam membabitkan rahim serta anggota pelvis lain.

3 thoughts on “Pengguna tampon bimbang hilang dara

  1. sah jenis kuat berangan, tak pun saje buat projek, dah tu nak cari alasan, nak tunjukkan dia ni terlalu naif dan menjadi mangsa keadaan,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s