Adab Makan Yang Baik

1. Makan hanya bila terasa lapar.

2. Basuh tangan dan kuku sehingga bersih dengan air dan seboleh-bolehnya dengan sabun.

3. Sebelum makan hendaklah membaca ‘Bismillah…”

4. Makan dengan tangan sebagai ganti sudu dan garpu. Rasionalnya makan dengan tangan ialah kerana ia dapat membantu penghadaman disebabkan terdapat aliran yang dipanggil ‘bio-current’ yang apabila tersentuh dengan makanan , ia bertindak sebagai enzim untuk menghadamkan makanan dengan cepat di dalam perut. Ini adalah sebab mengapa makanan yang disentuh dengan tangan cepat rosak atau basi.

5. Tinggalkan kerja-kerja otak seperti berfikiran lain-lain apabila hendak makan. Badan dan fikiran perlu girang dan tenang.

6. Seboleh-bolehnya dinding bilik makan hendaklah berwarna merah jambu kerana ini boleh mendatangkan rasa girang dan membantu pencernaan.

7. Berhenti makan sebelum kenyang. Kekenyangan yang berlebihan memudaratkan jantung, mengganggu penghadaman dan menyukarkan tidur.

8. Berehat sekejap selepas makan dan jangan tergesa-gesa membuat sesuatu.
Jangan makan makanan lama. Perbanyakkan makan makannan segar. Suri rumah adalah dinasihatkan supaya menyediakan makanan yang segar, sedap,
berbau lazat, menarik pandangan dan berlainan jenis setiap kali waktu makan.

9. Suri rumah hendaklah bermanis muka ketika menghidang makannan, memakai pakaian yang bersih dan berwarna indah.

10. Pastikan dapur bersih dari pembiakan kuman dan menutup makanan dari terdedah.

11. Berpegang pada prinsip ‘makan untuk hidup dan beribadah, bukan hidup untuk makan’.

5 thoughts on “Adab Makan Yang Baik

  1. klu kta msk tak senyum…nnt mknn yg kta msk tu jd tak sedap…mmg logik la kan…klu msk masa mood tgk k.o,mmg suma jadi tak betul…men masuk ja itu ini…janji mknn siap… mood kena ok…br mknn yg kita msk tu jd sedap…

  2. yer masak ngan ati yg gembira, masakan kita pun sodap… aku penat mcm mana pun masak ngan riang nyer coz nak kasi fmali aku makan…tambahkan lagi bila dorang tambah nasik, best sgt la tu masakan aku.. kalu masak2 sodap2 hubby pun slalu nak makan kat umah, dah serasi ngan perut…hehe betol tak

  3. Jgn telalu sodap best ajo..control keno juo…. nanti perut dia naik ..bondo tak kono ajo…nanti geselpetut ajo…kepunan tak raso

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s