Rehat elak keletihan

‘‘WALAUPUN belum memasuki usia 40-an, masalah keletihan saya menyebabkan seolah-olah saya termasuk dalam golongan berusia.

Untuk pengetahuan pihak tuan, saya merupakan seorang eksekutif yang sering keluar daerah dan sering kali kerja lebih masa. Apakah pemakanan yang bersesuaian yang boleh diambil agar ia boleh membantu saya?’’

JAWAPAN:
Rehat secukupnya merupakan ubat yang mujarab untuk mengatasi keletihan. Kelesuan anda mungkin disumbangkan oleh kedua-dua faktor iaitu keletihan fizikal dan stres emosi akibat tuntutan kerja.

Oleh itu, adalah penting bagi anda untuk merancang dan meluangkan masa sebaik mungkin agar anda mempunyai masa untuk berehat secukupnya. Selain pemakanan yang seimbang, peranan suplemen kini turut diperakui dalam membantu kesejahteraan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan.

Vitamin B kompleks contohnya terkenal kerana fungsinya dalam membantu menangani stres, keletihan dan meningkatkan kesihatan saraf.

Begitu dengan herba tradisi, yang telah diperakui sejak sekian lama, malah sejak beribu tahun seperti gingko dan ginseng.

Kedua-dua herba ini membantu meningkatkan kecergasan. Herba yang bersifat afrodisia seperti Horny goat weed, Damiana, Tribulus territis, Withania dan Muira puama juga telah lama dikenali dan digunakan oleh masyarakat terdahulu kerana kebanyakan daripada herba-herba ini juga bersifat adaptogen yang membantu melawan tekanan dan merehatkan saraf-saraf.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s