Pilih pasangan ikut syariat

Islam agama yang menjamin kesejahteraan kepada ma nusia dunia dan akhirat.

Dalam memilih pasangan, Islam turut memberikan garis panduan supaya rumah tangga yang dibina memberikan kerahmatan, ketenangan dan keharmonian.

Justeru, Islam menasihati umatnya memilih pasangan yang sesuai supaya kebahagiaan dan ketenangan diidamkan men jadi kenyataan di alam rumah tangga.

Antaranya, memilih calon pasangan berdasarkan agama, taat dan berakhlak dengan keperibadian Islam.

Bagi orang yang kefahaman agamanya kurang, perbezaan pendapat menjadi melarat, bertambah kusut, dihambur ka ta-kata kesat dan diungkit segalanya, sehingga kemanisan menjadi pudar, berganti dengan kebencian.

Nabi Muhammad s.a.w ada memberikan penekanan kepada sesiapa yang ingin berkahwin agar memilih pasangan yang beragama.

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Perempuan dikahwini atas empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, ke cantikannya dan agamanya. Pilihlah perempuan yang ber agama, nescaya kamu akan diberkati Allah.” (Riwayat Bu khari, Muslim dan lain-lain)

Rasulullah s.a.w menasihati keluarga anak gadis supaya menyegerakan perkahwinan apabila dilamar calon suami daripada kalangan yang beragama dan berakhlak, malah berkemampuan memenuhi hak isteri dan anak.

Sabda baginda bermaksud: “Apabila kamu didatangi sesiapa yang kamu boleh menerima agamanya dan akhlaknya, kamu mesti membenarkannya mengahwini anak perempuan kamu. Jika kamu tidak berbuat demikian, nescaya satu fitnah besar akan berlaku di bumi serta menjadi keburukan dan kerosakan yang berleluasa.”

Fitnah akan menimpa maruah agama dan umat Islam, jika seorang pemudi beriman terperangkap dengan suami yang tidak beriman, tiada pegangan akidah, tidak bertakwa dan tiada kesedaran.

Pasangan suami isteri yang ideal juga bermula dengan keturunan yang baik-baik dan kerana itu Islam menasihati umatnya memberikan keutamaan kepada keturunan yang baik.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Jangan dekati tum buhan hijau di tempat kotor. Lalu bertanyalah kalangan pendengar kepada Rasulullah. Apa dia tumbuhan hijau di tempat kotor wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Pe rempuan cantik yang membesar di rumah yang penuh kejahatan serta keburukan.” (Riwayat ad-Dar al-Qutni, al-As kari dan Ibnu ‘Adi)

Bagi lelaki, jangan kerana senyuman seorang gadis yang menawan, rupa yang cantik dan bentuk badan yang menarik membuatkan seseorang tidak berfikir panjang, malah terus melupakan kriteria ditegaskan Rasulullah secara berkias itu.

Calon pasangan suami isteri juga seeloknya bukan daripada kaum kerabat keluarga bagi memelihara kecerdikan zuriat dan menghindari penyakit atau kecacatan disebabkan ke turunan.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Janganlah menikah dengan kaum kerabat, kerana anak daripada pernikahan itu akan membesar kurus, lemah tubuh badannya dan tidak cerdik.”

Sabda Baginda lagi: “Berkahwinlah dengan orang asing (tidak mempunyai tali persaudaraan) dan janganlah me ngahwini kaum kerabat sendiri supaya boleh mengelak kelahiran anak yang lemah dan tidak sihat.”

Bagi lelaki, Islam juga menasihati supaya mengutamakan wanita yang masih dara.

Bagi wanita yang pernah berkahwin kemungkinan ada penilaian lain pada suaminya, seperti membuat perbandingan antara suami dan bekas suaminya yang dulu.

Dalam hadis diriwayatkan Ibnu Majah dan al-Baihaqi, maksudnya: “Kahwinlah anak dara sesungguhnya mereka ini selalu berkata dengan baik, lemah lembut, kemungkinan kesuburan mereka amat besar (mendapat anak), kurang tipu helah mereka (jujur) dan mudah reda dengan yang sedikit.”

Aspek kesuburan juga elok diberikan keutamaan dalam memilih pasangan.

Tanda kesuburan ini boleh juga diperhatikan keadaan ibu dan adik-beradiknya yang sudah berkahwin. Jika keluarganya besar, ramai ahli keluarga, besar kemungkinan dia begitu juga.

Dalam hubungan ini ada seorang lelaki bertanya Rasulullah s.a.w bermaksud: “Wahai Rasulullah saya jatuh cinta dengan seorang perempuan yang berketurunan baik, berkedudukan dan kaya, cuma dia tidak boleh beranak. Adakah boleh saya berkahwin dengannya? Terus Rasulullah s.a.w melarangnya.

Kemudian lelaki itu datang dan bertanya kepada Rasulullah kali kedua. Rasulullah menjawabnya sama dengan pertama.

Lelaki itu datang dan bertanya kali ketiga. Lalu Rasulullah menjawab dengan sabdanya yang diriwayatkan Abu Daud, an-Nasai dan al-Hakim: “Berkahwinlah dengan perempuan yang boleh beranak ramai dan bersifat lemah lembut serta bermesra, sesungguhnya aku akan bermegah dengan kamu terhadap umat yang ramai.”

12 thoughts on “Pilih pasangan ikut syariat

  1. tak jugak kalau anak orang surau sekali pun.dah hatam pulohan kali ..klu tidak memahami atau ada hati untok mengikut cara kehidupan ugama pun tak guna … …perasaan, otak kena guna juga.zaman berubah mengikut masa kekayaan..paras rupa..pengetahuan ugama..keturunan pun boleh berubah mengikut masa,,,susah nak dikirakan lagi

  2. I tak kisah kalau dara tu leceh sikit,nak pecah dulu le,tak lalu hambo nak menokan,I suka jando ado experiences sikit……

  3. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk
    lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan
    biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

    Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu
    sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita
    benar² mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

    Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar² membahagiakan.
    Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda,
    pasti ada baik buruknya.

    Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama,
    sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di
    samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai
    org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

    Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam
    berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan
    hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut
    banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa
    seterusnya jambatan ke neraka?

  4. Tidak, Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia
    bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya
    jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya
    singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35
    tahun belum apa² kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk
    membina kecemerlangan.

    Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu
    dalam doa² lewat sembahyang. Allah mendengar.

  5. kiranto penasihat berkeliber……tetapi pada pandanganku org baik selalu temui orag jahat,yg tak cantik dapat yg cantik,ini ada lah lumrah alam……’mengapa ye,sibibah tu amat cantik baik budi perkertinya -berkawin dgn man kerbau yg huduh tu…..dah terpaksa kot….

  6. aku setuju dengan kau demo …aku teringat dekat kampung aku ,ada satu kakak sebelah rumah cantik dan berugama orangnya tapi … lakinya hisab dadah …

  7. wanita baik utk lelaki baik mmg da termaktub dlm al-quran..tp klu mereka dikurniakan psgn yg b’mslh.itu adalah dugaan/ujian yg Allah turunkan bg mika2 bimbing psgn mika2 tue..
    cmner lak klu da temui psgn yg ade2 ciri islamik tp fizikal lak…sedap mata memandang penting kaan..hu2

  8. yer la… manusia ni tuhan dah aturkan perjalanannyer..dugaan/ujian dari Allah tu kita kna tempuhi..tp ader gak yg menderita sampai keakhir hayat.nak buat macam mana kan, dan yg tak sanggup menempuhi dugaan ini mencari penyelesaian ngan bercerai…nahuzubillah

  9. 2 ar..Allah Maha Adil…kdg2 kat opis..brader2 yg agak ensem(sedap mata memandang kaan)..wife nyer biase2 jer..mungkin ati kaan…rase nyer..SEKUFU lebih baek spt yg disarankan agar kebahagian berkekalan…
    kdg2..da ok tp smoking lak..kan nk myselp&our children cergas&cerdas..dugaan lg..2 ar smpi skang i’m stil alone..ohhh….

  10. advise me how to find d truth person(soulmate) ..tqvm!tkt gak dgr kwn2 da dpt baby..da kawe,da tunang..hu2..but i’m still single&available..most of guys think..i da b’punyer..& xpercaya klu ckp i’m still single..konpius2…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s