Poligami tidak hanya negatif

Susunan Idris Musa

ISTERI pertama, Khadija (bukan nama sebenar) mem punyai tiga anak dan isteri kedua, Amina (bukan nama sebenar), sebelum perkahwinan kali kedua adalah janda enam anak.

Khadija dan Amina saling mengenali antara satu sama lain sebelum berkahwin kali kedua.

“Saya sentiasa mengaguminya,” kata Khadija, berasal dari Afrika Selatan.

Suaminya adalah warga Algeria manakala Amina warga Australia yang memeluk Islam.

Khadija dan Amina bersetuju ada banyak perkahwinan poligami tidak harmoni. Bagaimanapun, mereka memper cayai hakikat yang suami mereka banyak mengembara dan berfikiran matang.

Khadija sering mempertahankan perkahwinan poligami kepada sesiapa saja.

“Jika saya mengatakan sebaliknya, mereka akan mem persalahkan perkahwinan saya,” katanya.

Khadija mengakui, keadaan menjadi lebih baik apabila suaminya berkahwin lagi.

“Saya berasa dihargai sebab suami memberikan layanan sangat baik dan ia menjadikan saya lebih matang,” katanya.

Latar belakang keluarga dan budayanya mengajar dia me nerima dirinya ditetapkan dalam perkahwinan seperti itu.

“Saya memberikan sokongan dan peluang kepadanya mem buat keputusan,” katanya yang turut hadir pada majlis perkahwinan suaminya.

Katanya, Amina dan suaminya mahu dia menghadiri majlis itu.

“Saya cinta dia (suami) dan jika dia gembira, saya juga gembira. Saya mahu dicintai dan diberikan perhatian,” katanya.

Dia menyedari perkahwinan seperti itu menakutkan ramai pihak.

“Saya tidak bermasalah jika suami mahu berkahwin kali ketiga. Saya sudah melalui pengalaman ini,” katanya.

Bagi madunya, Amina, dia hairan bagaimana dapat me nguruskan kehidupan selama ini.

“Perkara paling besar bagi saya sebagai ibu tunggal ialah tanggungjawab apabila mahu membuat keputusan penting, tiada seorang pun yang dapat dikongsi bersama.”

Amina tidak pasti bagaimana keluarganya yang bukan Muslim memberikan tindak balas kerana perkahwinan seperti ini tidak biasa bagi mereka.

Khadija mula bercakap kepada mereka mengenai per kahwinan lebih daripada satu sudah lama sebelum Amina berkahwin kali kedua.

“Sekarang mereka boleh menerima perkahwinan itu kerana mereka mahukan saya bahagia,” kata Amina.

“Saya menghormati suami kerana dia juga menghormati hak setiap isteri,” kata Khadija.

Khadija dan Amina bersetuju sesetengah urusan yang menjadi persoalan suami bukannya urusan isteri.

Mereka bahagia dengan perkahwinan terbabit. Walaupun tinggal berasingan, mereka saling mengunjungi kerana jarak rumah mereka cuma mengambil masa 10 minit.

Anak mereka menerima perkahwinan itu dengan baik. Khadija bersikap lemah lembut dengan anak dan mungkin ia dipengaruhi gaya keibubapaan isteri kedua, Amina.

“Saya menyanjungi cara komunikasi Khadija dengan anak. Dia seorang ibu yang penyayang dan interaktif,” kata Ami na.

Khadija berkata, ramai rakannya memberikan sokongan, walaupun mereka tidak boleh menerima perkahwinan seperti itu.

Bagi sesetengah pihak, mereka berpendapat kehadiran isteri kedua sebagai ‘pemusnah rumah tangga’.

“Ini tidak benar kerana masing-masing ada peranan dalam rumah tangga bagi memastikan perkahwinan itu bahagia,” kata Amina.

17 thoughts on “Poligami tidak hanya negatif

  1. Saya bersetuju krn sy juga istri kedua..kebykan org menyalahkan istri kedua yg dianggap sebagai perosak atau parasit atau apa saja yg sewaktu dgnnya..bila telah melalui khidupan sbgi istri kedua, rupa2nya terlalu sukar, memerlukan kesabaran dan kebijaksanaan yg tggi..diawal perkhawinan yg telah dihidu oleh istri pertama, saya dihadiahkan dgn bermcm2 kata nista..masyallah..berkat kesabaran, kini saya boleh berbaik dgn madu saya..jika ada org yg berkata, saya mengambil suami org, saya akan sangkal dgn kata2..mana ada ambik..kalau ambik tak pulang terus, tapi hari2 saya pulang apa…walau bagaimanapun, persefahaman dan tolak ansur mesti dari semua pihak..bukan maknanya bila suami telah berkhawin lagi, dia tidak syg pd keluarga yg sedia ada, hanya menambah krn syg itu terlalu luas..kita boleh syg pd sesiapa saja tanpa mengurangkan rasa syg pd insan yg telah sedia ada..

  2. kalau kita betul2 mengikut sunnah nabi kita boleh terima,tetapi sebagai insan bisa kita ternyata-gagal.
    -kalau kita berkemampuan-tak pa.
    -bermasaalah jika kurang berkemampuan – dlm semua aspek kemahuan.
    -keadaan skg wang ringgit ia lah antidote segala2 nya.
    -membeli kebahagiaan
    -I pernah dengar “kau tak nak balik tak pa,kau tinggal aje duit belanja. aku anak anak boleh hidup.,,,,,,,,,,,

  3. nak salah kan suami, kdg2 cermin kan ckit istri tu..tp leh kata gak, si suami mmg dah lumrah..sy nak kasi tau sikit pada wanita yg bercinta ngn suami org ni, seblm bercinta tu kenali lelaki tu dulu xpa pengetahuan dia..takut nnti kalu dia tau , lelaki ni bt wayang lak..dan kalu dah suami org mintak jauhkan, cian tgk kluarga org yg bhagia jd porak peranda…kalu tak pun, bg peluang pd isteri suami tu untuk berubah penampilan or sebaliknya… kita ni manusia biasa, jgn sama kan ngan nabi..mmg nabi kawin 4 tp kaji dulu…kita manusia ‘lelaki’ ni atas nama gatal n ketagihan seks..tepuk dada tanya selera, kalu dah tak mampu tak yah gatal2 nak pasang 4..diri sendiri pun tak tau lagi macam mana

  4. kalu dia berkemampuan..stamina benda kemahuan nya setiasa ada atau memberotak seterusnya-tak kan nak tala tilam patung kot… apalah salahnya,bagi peluang secara halal atau dapat la si isteri pertama bernikmati ‘rest’ drp terus cedera parah meleceh atau keadaan tak kering2 -jemu jelak pula,sekurang2 nyo suami dgn benda tercacak ni-yg tak puas2 dkm pertarungan malam ni ada juga padang penggantian untok berjuang seterusnya,drp menyewa padang yg kurang sehat atau memakai padang haram…..dgn dosa berterusan……jadikan minda anda terbuka menerima pahal bukan bahala……..

  5. betul tu BO village tp tgk pada usia la.. beli la brg baik utk istri tu, asyik si suami jer nak barang baik… usaha tangga kejayaan

  6. dalam kes poligami ni x semestinya is3 ke2 disalahkan…saya setuju dgn pendapat tasya…pengalaman ni terjadi pd kwn sy…wpun madu dier org berpengaruh dan menggunakan pelbagai cara utk pisahkan dier dgn suami sampai si suami kena transfer ke daerah lain tp jodoh diaorg kuat akhirnya berkahwin juga dan baru melahirkan cahaya mata yang pertama wpun duduk berjauhan

  7. yer ke amy…mmber akak dulu ader gak jarak usia 10 tahun tp mengenang kan suami orang mmber akak tak jadi kawin…tp dak loving giler ngan si suami orang tu.. so mmber akak cari penganti lain sah2 bukan suami orang..akhirnya dah kawin, idup pun bhagia

  8. bab-bak poligami ni semua org yg bergelar wanita tak mahu terjadi pada diri mereka..tapi jika ditakdirkan, elak mcmana sekalipun, ianya tetap terjadi juga jika sudah jodoh..kdgkala istri pertama mati-matian mempertahankan hak sebagai isteri pertama dan anak dijadikan taruhan..memberi pilihan pada suami utk memilih satu antara dua..dan suami yg baik pula, tak akan membuang isteri yang sediada bila beristeri kedua..ia bertekad untuk bertggungjwb dan menjaga amanah allah yang diberikan kepadanya..Lelaki yang berpoligami adalah lelaki yang bertggungjwb krn ia bkn penzina..TAPI suami harus bersikap adil terhadap isteri2nya..adil dari segi bermalam dn byk segi lagi jika ianya dikupas dengan lebih mendlm..

  9. Saya isteri pertama. Cube berbaik2 ngan yg kedua… tp nampaknye tak diterima.
    Sy hormat giliran die… tp bile tibe giliran sy sms tak behenti pad suami. Tensen… sedih… dah ckp byk kali camtu jugak. nak lepaskan suami pad die sori beb… Ku.. pertahankan hingga akhir hayat…

  10. biasa lah tu beb isteri mana tak sayang /cemburukan suami….suroh suami tutup HP bila giliran di rumah u…..mungkin dia tak ada fikiran yg matang kot…..dia nak monopoly seorang aje…lumrah le……aku pun mcm tu dulu…..pekakan teliga..jgn ambil ati….

  11. iyolah… tapi kalu dah sampai 1 2 pg… sakit jiwe nih… memang pekakkan telinga, buat biase je… tp hati ni pedih… fuhh

  12. Sutera, sedihnya dgn nasib u, madu u tu x sedar diri, patutnya mcm pepatah anak cina mkn pengat, sendiri mahu igt..u sabar je dan berdoa byk2..amalkan sebelum tido baca fatihah sekali, kul hu allah hu ahad 3 x, kul falaq 3 x, dan surah al-nas 3 x..minta petunjuk allah agar semuanya akan selamat..u pulak..lipat gandakan usaha utk menjadi is3 yg baik, bila ketiadaannya sentiasa dirindui oleh suami..jgn berkasar dan tunjukkan sifat2 kewanitaan yg penuh lemah lembut dan penyayang..kerasnya hati lelaki akan dapat dilemahkan dgn kelembutan seorg wanita..BERUSAHA CANTIK DILUAR DAN DI DALAM..amalkan pemakanan herba cthnya GULA HERBA + LADYS HERBS GOLD..pasti suami akan teruja..

  13. Sutera, cuba cari tip2 atau baca buku mengenai poligami, byk ilmu yang u akan dpt..walau bgaimanapun ianya memerlukan kerjasama dari semua pihak..jika hanya seorg saja yg berusaha, smpi bila2 pun keadaan x akan berubah..yg penting suami harus bijak memainkan peranan..jgn bersikap berat seblh..

  14. syarat pernikahan tidak menjadikan wang dan harta untuk menjadi sah. saya percaya semasa mula2 menikah dulu, adakah harta kekayaan, wang dan kecantikan bukan ukuran? mengapa anda boleh menerima suamimu yang masih gi kerja naik moto atau naik bas,lebih sabar, lebih sedar diri, tak sombong, tak menunjuk2….. tetapi bila dah senang sikit mulalah ego dan pantang suaminya tertengok perempuan lain dah menjenggilkan mata. inilah perempuan yang mudah lupa diri. sepatutnya lebih rendah hati, lebih sedar diri, ini lebih berlagak, lebih angkuh, lebih sombong.

  15. Orang pompuan ni hasad dengki di hate ..sangat ngeri..walau pun tinggi menggaji..melainkan salah satu dah mati..bvaru simpati

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s