Isteri boleh tuntut taklik ikut kesesuaian kes

SAYA ingin bercerai dengan suami kerana tidak bersefahaman lagi. Suami tidak pernah menghargai saya sebagai isterinya. Saya sudah beberapa kali meminta suami menceraikan saya tetapi beliau hanya mendiamkan diri . Suami juga tidak memberi nafkah hampir setahun. Apabila saya meminta wang, suami memberitahu saya mempunyai gaji sendiri dan tidak perlu memberi nafkah. Oleh kerana saya yang mahu bercerai, suami berkata tidak perlu memberikan nafkah. Saya tidak kisah mengenai nafkah, apa yang saya mahu ialah bercerai tetapi beliau tidak bersetuju. Hasil perkahwinan, kami dikurniakan tiga cahaya mata berusia tujuh, empat dan satu tahun. Bagaimanakah saya boleh bercerai dengan suami.

Isteri mahu cerai,
Petaling Jaya.

Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 memperuntukkan perceraian melalui talak. Mengikut Seksyen 47, jika pihak satu lagi tidak bersetuju untuk bercerai maka mahkamah akan mengarahkan untuk dilantik jawatankuasa pendamai terdiri daripada wakil setiap pasangan dan dipengerusikan oleh pegawai agama.

Tugas jawatankuasa adalah untuk mendamaikan pasangan dan jika masih gagal maka penimbangtara atau hakam pula akan dilantik. Hakam mempunyai kuasa untuk menceraikan pasangan. Kaedah hakam terdapat dalam Arahan Amalan berhubung hakam yang diikuti di mahkamah syariah.

Puan juga boleh menuntut taklik terhadap suami jika beliau sudah melanggar taklik dilafazkan oleh suami selepas akad nikah. Puan perlu meneliti semula sijil nikah puan dan melihat taklik yang dilafazkan itu. Jika ada perlanggaran taklik, maka puan boleh memohon pensabitan lafaz taklik itu.

Selain taklik, puan boleh memohon cerai fasakh daripada mahkamah syariah berdasarkan alasan yang dinyatakan dalam Seksyen 53 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Ada 17 alasan boleh digunakan bagi memfasakhkan perkahwinan. Terpulang kepada puan untuk meneliti alasan berkenaan sama ada sesuai dengan apa yang puan alami atau tidak.

Jika tiada kecacatan atau keaiban pada pihak suami, tetapi isteri masih mahukan perceraian atas alasan tertentu, isteri boleh memohon tebus talak di mahkamah syariah. Dalam keadaan ini isteri perlu membayar sejumlah wang yang dipersetujui kedua-dua belah pihak atau ditentukan mahkamah bagi menebus talak daripada suami.

Namun ada beberapa implikasi terhadap isteri jika memohon tebus talak seperti akan dinafikan hak mutaah atau mendapat sagu hati perkahwinan akibat diceraikan tanpa sebab munasabah.

Berdasarkan penjelasan, ada beberapa cara bagi membubarkan perkahwinan. Puan boleh memilih mana-mana cara di atas mengikut kesesuaian kes puan.

Walau bagaimanapun saya ingin mengambil kesempatan untuk menasihati puan supaya memikirkan semasak-masaknya mengenai perceraian ini kerana perceraian adalah perkara halal yang paling dibenci Allah. Adalah amat baik jika puan dapat melakukan solat istikharah bagi memilih jalan terbaik buat puan sebelum membuat sebarang keputusan.

Puan juga dinasihatkan mendapatkan pandangan dan nasihat daripada pihak ketiga yang boleh dipercayai bagi membaiki perkahwinan puan dan suami. Mungkin puan dan suami boleh berjumpa dengan perunding atau kaunselor bagi membincangkan masalah ini.

Dalam banyak keadaan, keretakan rumah tangga adalah akibat tiada atau kurangnya komunikasi yang berkesan antara pasangan. Pasangan tidak faham keperluan masing-masing dan tidak berbincang secara terbuka serta berhemah mungkin akibat tekanan kerja, komitmen di tempat lain dan juga sebab tidak dapat dielakkan.

Selalunya jika berlaku perceraian, kedua-dua pihak sudah melakukan kesilapan, Cuma yang membezakannya ialah ratio kesilapan itu saja. Kesilapan sering dilakukan ialah kurangnya komunikasi dan membiarkan sesuatu perkara begitu lama, tidak mencegahnya di peringkat awal.

Sekali lagi saya menyarankan puan supaya berfikir semula mengenai keputusan itu dan cubalah berbincang dengan suami untuk memulakan episod baru perkahwinan puan. Fikirkanlah juga nasib anak selepas puan dan suami bercerai kelak.

Sudah tentu anak akan kehilangan salah seorang daripada ibu atau bapa. Mereka juga terpaksa mengubah cara hidup setelah perpisahan itu dan ini sedikit sebanyak akan mendatangkan keresahan kepada mereka. Anak sudah tentu akan merindui ibu atau bapa mereka setelah berpisah nanti.

Sebaiknya puan dan suami bersembahyang istikharah bagi memohon petunjuk daripada Allah apakah jalan terbaik yang harus dipilih bagi menempuh hari mendatang.

INFO
Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor

  • Jika pihak satu lagi tidak bersetuju untuk bercerai, mahkamah akan mengarahkan untuk dilantik jawatankuasa pendamai terdiri daripada wakil setiap pasangan dan dipengerusikan pegawai agama.
  • Tugas jawatankuasa mendamaikan pasangan dan jika masih gagal, penimbangtara atau hakam akan dilantik. Hakam berkuasa menceraikan pasangan. Kaedah hakam terdapat dalam Arahan Amalan berhubung hakam diikuti di Mahkamah Syariah.Jawapan ini disediakan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Zainul Rijal Abu Bakar 
  • 36 thoughts on “Isteri boleh tuntut taklik ikut kesesuaian kes

    1. Kalau salah satu dah tak setuju-tidak menimbulkan-menambahkan kepayahan hidup-elok lah ceraikan sahaja-kalau tidak macam ‘duri dalam daging’ aje-sentiasa bermasaalah aje.
      -mahkamah syariah cuma ikut undang2 aje-yg menderita pasangan.
      –jangan terlalu ikut sangat .
      -biasa mereka terpaksa tidak berbuat sedemikian oleh sebab anak,hutang bersama,harta benda,lain2 masaalah peribadi .

    2. Kakak saya berkerja dijabatan kerajaan 22 thn dan telah mendirikan rmhtangga selama 18 thn, dikurniakan 5 org cahaya mata berumur antara 2 thn ~ 17 thn..2 thn lalu abg ipar telah berkhawin diluar daerah tanpa pengetahuan kakak saya dgn seorg ibu tunggal ada seorg anak berusia 12 thn..sblm mrk berkhawin kakak saya kenal baik dgn madunya, setelah perkara ini terbongkar bbrp bln selps mrk bernikah, kakak saya sgt marah dan menyerang dgn kata2 yg begitu hina..bbrp bln slps itu, dlm terpaksaan kakak saya berbaik semula dgn madunya dan mrk jadi seperti kwn..boleh pergi shopping dan berjln bertiga dgn suami jika ada kesempatan..lama kelamaan kakak saya bersikap menjadi marah hingga memaksa suaminya membuat pilihan satu antara dua..kakak saya mahukan suami memberi lebih perhatian pada dia dan anak2nya selama 5 org itu dgn alasan isteri kedua blm ada tggungjwb iaitu anak..setiap hari cuti dan ahad suami mesti bersama beliau dan anak2..sdgkan abg ipar membuat giliran dimana yg mana jika 2 hari bermlm dirmh kakak saya, maka 2 hari juga ia akan bermlm dirmh istri keduanya..begitu juga pada hari ahad, jika mggu lepas ia bersama kakak saya, maka minggu berikutnya ia bersama isteri keduanya..dan begitulah seterusnya..kakak saya merasakan itu tidak adil untuk beliau dan anak2..kakak saya membawa kes ini ke pjbt agama dan mahu menuntut cerai..blhkah keadaan ini berlaku sdgkan abg ipar bertggungjwb pada kelurga? Kakak saya merasa suaminya tidak adil dengan keadaan yg dia lalui skrg..hingga terjadi pada masa abang ipar bersama isteri keduanya, kakak saya melemparkan kata2 yang tidak sepatutnya..suami sial, ayah jahanam, ayah puaka, knp tak mampus je dn mcm2 lagi..keadaan ini selalu berlaku jika abg ipar bersama isteri keduanya..tapi jika abg ipar bersama kakak saya, dia jadi biasa2 je..

    3. kakak awak ni … maseh tak boleh menerima hakikat yang dia bermadu.Hatinya maseh sakit dengan perlakuan suaminya.Betapa rapuhnya keimanannya … suaminya baik tapi … dia seolah olah tidak dapat menerima takdirnya.Tapi kalau saya pun macam tu juga … kita dirumah penat penat jaga anak ,suami dengan madu bersenang senang diatas katil ….

    4. Sepatuat nya terima aje apa yg telah belaku:

      -membahagi 2 hari begeliran sudah mencukupi
      -kakak u dah ada 5 org anak(sudah mencukupi dlm hidup saorang perempun -tujuan asal untok berkahwin-disamping keluarga yg bahagia)

      Jka berpanjangan ke M-SYARIAH berkemungkinan tidak dapat menyelesaikan tuntutan-membazir masa.imeg diri,keputusan belum pasti, berpanjangan menghantui diri.kadangkala tidak membawa apa2 kepuasan diri. (melainkan dah terpaksa jika abang ipar tidak mempedulikan langsung keluarga kakak u, tiada nafkah zahir batin …

    5. Kakak U harus ingat dia dah berumor mungkin dah tak menjaga diri dan berkeadaan ….. 5 anak…0 longgar 0..tidak memberi kepuasan pada suami ..lelaki beroriginal lagi..benda akan berfungsi dgn baik hingga ke mati…..sekurang2nya.. dia berkawin mengikut peraturan…tidak bersekedudokan….sekurang2 sekarang ni dia membahagi masa dia di antara kedua isteri…kakak U harus sedar diri sikit…kalau bercerai dia sendiri yg rugi…walau pun keputusan nafkah diberi …..akan hilang dikemudian hari …….dulu kedua2 bertanggong jawab keatas anak2…kini dah pasti dia sendiri…lagi pun dia dah dikejar hari……

    6. longgar … setelah melahirkan anaknya seramai 5 orang , madu yang diberi.Yang buat longgar tu .. si suami jugak bukannya orang lain.Lelaki pun ada jugak expire datenya bukan perempuan aje.Egonya aje yang tinggi .. kalau dah tua ..dah banyak penyakit .. tahulah .. nak kawin dua konon ..

    7. THANKYOU VERYMUCH FOR SHARING…. THE INTERNAL FEELINGS OF SADNESS-SORROWFULNESS, OF UNFORGIVING NATURE OF LIFE…mungkin gambaran macam kumbang mengisap madu..bila BUNGA da layu di hisapmadu nya.. ia nya akan hinggap di bunga lain….mungkin yang lebeh mekar…….life always like that….lots of love…take cares….

    8. Amboi-amboi kau org ni..igat saya ni pakar sakit puan ke apa? Walau mcm pun, petua pasti ada..lelaki ni bila dah berumur, semakin nak dimanja dn dibelai..jgn igt lelaki ni asyik nak bersama je…silap besar tu, sdgkan dlm hidup kita ni masih byk perkara yg perlu kita lakukan..Jumlah anak bkn ukuran ia telah cukup kesempurnaan..adakah sbgi is3 ia telah menjlnkan tugas dn tggungjwb? Tggungjwb is3 bkn hanya sekadar melayan suami ditempat tidur, layanan masa mkn, masa mandi, masa beribadat, masa nak bertugas dan mcm2 hal lagi..kdg kala perkara remeh yg kita rasakan, adalah sgt besar pengaruh kpd suami..brp byk kah is3 skrg yg sentiasa solat berjemaah dgn suami dan meminta maaf sejurus selepas bersalaman? Brp byk is3 yg sanggup memotong kuku suami, membersihkan teliga suami dan perkara yg remeh2 tu?..
      Mengurut suami tanpa diminta akan diberi ganjaran oleh allah 7 atau 9 dulang emas disyurga..fikir2kanlah..IS3 MESTI CANTIK DILUAR DAN JUGA DIDALAM

    9. Terima kasih atas respon yang diberikan..tak sangka ianya mendapat sambutan yang luar biasa..tadi saya lupa nak beritahu, suami kakak saya berkerja di bandar B dan isterinya yang kedua juga menetap di kawasan yang sama..jarak perjalanan antara rumah kakak saya dengan bandar B memakan masa 1 jam lebih..atas permintaan kakak saya, jika hari persekolahan, abang ipar kena menghantar anak-anaknya kesekolah..dan jika kebetulan giliran abang ipar bersama isteri kedua, dia akan pulang kerumah kakak saya sebelum subuh untuk menghantar anak-anaknya..dan akan kembali semula ke bandar B setelah kakak ipar saya pergi pjbt..abang ipar akan meninggalkan istri keduanya selama 4 jam untuk perjalanan dan pulang kerumah sebentar bertemu kakak saya dan anak-anaknya..Walaupun abang ipar bergilir tapi setiap hari kedua-dua orang isterinya dapat bertemu beliau..abang ipar bekerja sendiri sebagai peniaga dalam bidang pemasaran..jika abang ipar outstation, kakak saya boleh pula menghantar anak-anak kesekolah, tak ada mslah..mslah hanya berlaku jika abang ipar bersama isteri keduanya, maka abang ipar terpaksa berulang dlm satu perjlnan yg jauh semata-mata utk menghantar anak kesekolah dan pada sebelah mlm akan pulang kerumah kakak saya pula kerana giliran..Saya lihat abang ipar banyak bersabar dgn perangai kakak saya..jika lelaki lain saya tak pasti apa yang akan dilakukan..saya cukup-cukup hormat pada abang ipar kerana kesabarannya..pernah juga abang ipar dipukul oleh kakak saya dan tindakan kakak saya memecahkan kereta abang ipar juga dia masih lagi bersabar..Saya pernah menasihatkan kakak saya tapi dia seolah-olah tak percaya pada takdir..kdg kala saya melihat abang ipar mengalirkan air mata kerana tindakan kakak saya..kakak saya menghantar sms kpd abang ipar dgn kata-kata semoga abang ipar mati cepat atau terbalik kereta dalam perjlnan..perkara ini sering terjadi sekiranya abang ipar bersama isteri kedua terutamanya pada hari ahad..sdgkan pada hari ahad juga abang ipar akan bergilir..saya tak nampak dimana ketidak adilan abang ipar sepertimana yang kakak saya sering katakan..abang ipar hanya dpt berdoa semoga hidayah allah akan sampai kepada isterinya iaitu kakak saya..walaupun abang ipar telah membawa kakak saya mengerjakan haji pada tahun lepas, nampaknya kakak saya tetap begitu..peristiwa terbaru ialah pd bulan lepas, ayah kepada isteri kedua abang ipar telah meninggal dunia dan abang ipar membawa isteri kedua pulang ke kg..biasanya kenduri arwah adalah 7 hari berturut-turut..kerana menghormati, abang ipar berada di kg isteri keduanya selama 3 hari 3 mlm..kakak saya menghantar sms, abang ipar sebagai menantu tidak wajib berada di sana, tggungjawab pada dia dan anak-anak lebih penting..abang ipar memberitahu kakak saya bahawa ianya kematian dan ia harus menghormati keluarga mertua..dan jika perkara ini berlaku pada keluarga kakak saya, dia pun akan melakukan perkara yang sama..kakak saya jadi marah dan menghantar sms menyatakan knp abang ipar tak mati saja dan ditanam satu liang dengan ayah mertuanya jika dah sayang sangat sampai tak boleh nak balik kerumah kakak saya..
      Walau bagaimanapun, abang ipar telah menggantikan hari yang dia tidak pulang kerumah kakak saya selepas itu iaitu bermlm dirumah kakak saya selama 4 mlm berturut-turut..saya masih tinggal bersama ibu bapa dimana rmh saya berhadapan dgn rmh kakak saya..segala kejadian saya tahu krn akrabnya hubungan saya dgn abang ipar..Jika saya berada ditempat abang ipar, saya pun tidak tahu apakah saya akan sesabar beliau.

    10. Duyung … pada pendapat saya sikap abang ipar awak yang terlalu baik membuatkan kakak awak tidak menghormatinya.Abang ipar awak kena bertegas dan garang sikit bila berhadapan dengan sikap kakak awak.Ingat … lelaki berhak mendidik para isterinya.Abang ipar awak perlu beri pengajaran sikit pada kakak awak …

    11. apa lah nak menyiksa perempuan kalau dia minta / menuntut cerai melalui mahkamah syariah bagi aje le,nak buat apa nak simpan2…mungkin dia dah ada “penunggu” setia.
      # ini ada lah peluang untok dapat yg baru,lagi panas.
      # tak payah tuntut apa2-melainkan harta sepencarian,dah lah.
      # anak2 terpulang pada beliau,biasanya mereka nak monopoly saorang.(he he buleh buat lain..)
      # bagi aje talak tiga
      sebab bila dah cerai mungkin dia berkawin/berkawan bebas,kemungkinan sana tala sini pun tala..amat seasons sekali…jadi telaga burok
      # bila mereka minta cerai maknanya ‘dayus’ lah lelaki,yg tak mahu melepas nya.
      melainkan ada suami yg tidak berbuat demikian oleh sebab ada anak yg sakit atau kurang upaya atau kesemua anaknya perempuan…agak nya.
      #kalau tidak ceraikan,harus ingat ianya sentiasa memakan hati,jiwa tidak tenteram.
      #kdg kala masa main nak cepat melepas aje,atas kebencian
      #sentiasa tidak aman..perbalahan.
      sentiasa aje yg tak kena.
      (sorry for any uncomfortable feelings)

    12. Abang ipar saya sebenarnya bekas tentera dan pangkat terakhir sebelum dia berhenti adalah leftnen muda..abang ipar mengambil pendekatan, berkasar bkn caranya..keadaan akan bertambah buruk..lagipula ia berpendapat, mmg salah dia krn dia berkhawin tanpa pengetahuan kakak saya..tapi dia telah membuktikan bahawa dia bersikap adil pada kedua-dua org isterinya..masalahnya skrg kakak saya yang tak dapat menerima hakikat bahwa dia telah bermadu..bila saya tanya knp dia boleh berbaik dengan isteri kedua abang ipar..kakak saya kata, dia tak ada masalah dgn madu dia, cuma abang ipar tak adil..patutnya abang ipar lebihkan masa untuk dia dan anak-anak (hari ahad dan cuti mesti bersama kakak saya) tapi abang ipar mengambil jalan pertengahan sama rata..giliran yg dibuat begini..( waktu bekerja abang ipar adalah dari tghari hingga jam 11 mlm ) jika mlm ahad dan mlm isnin bermlm bersama kakak saya, mlm selesa dan mlm rabu akan bermlm dirmh isteri kedua, mlm khamis bermlm di rmh kakak saya, mlm jumaat dirmh isteri kedua, mlm sabtu dirmh kakak saya, malam ahad dan mlm isnin dirmh isteri kedua, mlm selasa dan mlm rabu dirmh kakak saya, mlm khamis dirmh istri kedua, mlm jumaat dirmh kakak saya, mlm sabtu dirmh isteri kedua, mlm ahad dan mlm isnin dirmh kakak saya dan begitulah seterusnya..bila saya lihat jadual ini, tak ada yang berat sebelah..dan kakak saya bertekad ingin memohon berpisah dari abang ipar..bila saya menasihatkan kakak saya, dia tetap tak boleh terima..saya kata..apa hak mahkamah atau pjbt agama ingin memisahkan mereka sdgkan abang ipar tetap balik kermh pada hari2 biasa, walaupun giliran dia bermlm dirmh isteri kedua, pagi-pagi abang ipar akan sampai untuk menghantar anak-anaknya ke sekolah, walaupun jarak perjlnan antara rmh istri kedua dan rmh kakak saya mengambil masa 1 jam..Yg abang ipar tak balik kermh isteri yang di tinggalkan hanya pada hari ahad sahaja..saya katakan pada kakak saya, dia boleh memohon berpisah dengan abang ipar sekiranya abang ipar tidak bertggungjwb dan menghilang setelah berkahwin lagi..tapi setiap hari pun mrk masih blh berjumpa..Saya rasa kakak saya membuat tindakan supaya abang ipar hilang sabar dan bersetuju untuk berpisah..tapi abang ipar kata, sampai kiamat pun perkara ini tidak akan terjadi..dia berkhawin bukan untuk berpisah..

    13. Masalahnya dia maseh sayang kan isteri pertamanya … dah 18 tahun berkahwin … ingat senang senang nak lepaskan.Sayang sayang jugak nak berbini lain berbini lain jugak.Itulah lelaki …

    14. KALAU SAYA DI TEMPAT ABANG IPAR YG DAYUS TU (kata2 komen aje-kdg kala ada penulis lebeh teruk lagi drp apa yg ditulis) I DAH LAMA CERAIkan dgn talak 101… KALAU ADA SYSTEM TALAK BERIKUTNYA) ….KAK YU ADA MENTAL PROBLEMS AGAKNYA ATAU DIA TELAH MEMPUNYAI “CITA2” UNTOK BERKAWIN dgn pak we pilihan sebelum diragut oleh abang ipar u kot…jadi silap sikit boleh mengungkit kembali kenangan penyesalan tak kesudahan, itu lah kali kita jgn paksa orang berkahwin dgn kita tampa kerelaan hati diri-untok penyerahan…wallahuaalam

    15. Duyung … abg ipar awak seorang yang baik dan cuba berlaku adil .Tapi .. lumrahnya seorang isteri hati sakit bila mengenangkan dia diduakan.Perkataan cerai tu hanya permainan dimulutnya bila dia marah … tapi sebenarnya tidak … dia boleh menerima madunya tapi kemarahannya dilepaskan pada suaminya.Dia marah hanya ketika bila dia memerlukan suaminya .. suaminya tiada disisi.Maknanya dia tak mahu bertolak ansur.Duyung … abg ipar awak kena bersabar dengan sikapnya .. mungkin disatu hari nanti ada dugaan dugaan yang datang yang menyebabkan kakak awak tersedar dari marahnya.

    16. kebiasaan nya pekara saperti ini akan berterusan bemasaalah,walau pun salah saorang drp mereka ditakdirkan pergi selama lama nya…berkemungkinan cabaran untok menyenangkan diri di (kemudian hari).
      Jgn merampas kekasih org
      Jgn bertepuk sebelah tangan aje
      Jgan membuat hubongan sex haram
      kawini suka sama2 suka
      pilihan sendiri

    17. Saya mmg kesian dgn abang ipar, rupanya selama 18 thn berkhawin, setiap kali hari raya kakak saya tak pernah meminta maaf dari abang ipar kalau abang ipar tak mulakan, dan kdg kala terlupa..nak minta maaf pada hari-hari biasa jauh sekali..abang ipar saya ni jenis home-type..dia suka buat kerja rumah, membasuh, lipat baju, memasak dan mengemas..sampai baju kerja kakak saya pun kdg kala abang ipar tlg gosokkan..saya pernah tanya pada abang ipar knp khawin lagi ? Abang ipar kata, sejak 7 thn lps, ada org mengatakan bahwa abang ipar bakal beristeri dua..selama tempoh itu ia mencari-cari kebenaran sehinggalah dia berjmpa dgn isteri keduanya dlm satu seminar..kiranya cinta pandang pertama la tu..abang ipar cuba nak berkenalan dgn lbh rapat, tapi tak diendahkan..bebrp bln selepas itu, mrk terserempak semula dan abang ipar cuba mendekati wanita itu..entah mcm mana wanita itu blh menerima dan nak dijadikan cerita, wanita itu sanggup menerima lamaran abang ipar walau baru 3 bln kenal, sbb abang ipar berani sgt..terus terang berjumpa dgn keluarga wanita itu..wanita itu telah hidup sendiri sejak anaknya blm sampai sethn lagi..mgkn krn kebaikan dan kesungguhan abang ipar membuat wanita itu bersetuju menerima abang ipar sebgai suaminya..berbalik kpd persoalan knp abang ipar berkhawin lagi itu, abang ipar berkata, di tempat kerja ia seorg yang disanjung dan dihormati krn ia adalah pengurus besar bahagian pemasaran di ibu pjbt…tapi bila dirmh, dia merasa tidak dihargai dn dihormati..cthnya..bila ia sampai dirmh tidak diendahkan oleh kakak saya, nak makan atau minum ambil sendiri, kebetulan jika abang ipar sampai dirmh dan kakak saya sdg menonton tv, ia akan terus disitu tanpa mempedulikan suami yang baru pulang..panggilan kpd abang ipar dari panggilan abg bertukar menjadi ayah sejak anak sulung berumur setahun..dan mcm-mcm perkara remeh temeh dlm rmhtangga tapi menjadi duri dlm daging..setelah abang ipar berkhawin kali kedua, barulah kakak saya mula berubah sikit..tukar panggilan kpd abg..tapi ianya sudah terlambat untuk mengubah kejadian..kesilapan abang ipar adalah dia tidak mahu bersikap tegas dengan kakak saya sehingga kakak saya berani membuat tindakan dan kata-kata hinaan serta maki hamun yang tak sepatutnya dilemparkan oleh seorg isteri kepada suaminya..abang ipar tidak mahu bergaduh dihadpan anak-anak..sebab itu ia lebih suka mendiamkan diri..jika keadaan mendesak, abang ipar akan membwa kakak keluar untuk berbincang..tapi kakak saya makin seronok dengan perbuatannya..sebab ia tahu, walau apa saja yang dia buat atau kata pada abang ipar, abang ipar tak akan membalas apa-apa..seblm abang ipar berkhawin kali kedua, abang ipar telah menukarkan hak milik harta yang ada kepada nama kakak saya iaitu rumah kos sederhana 2 buah dan sebuah kereta yang agak mewah juga..mgkin jika mereka berpisah, abang ipar akan tinggal sehelai sepinggang..tapi itu bukan masalahnya..saya hanya mahukan kakak saya sedar atas tindakannya selama ini tidak memberi apa-apa faedahnya..lagi pula abang ipar bukan seorng yang kejam atau zalim seperti kebanyakan lelaki di luar sana.

    18. awak ni .. lebih mengenali abg ipar awak dari kakak sendiri.Dari cerita awak … alasan alasan yang biasa diberikan oleh lelaki bila hendak berkahwin dua, isteri tak layan dirumah ,isteri tak hormatinya.Lelaki kalau nak kawin lagi satu , semuanya menyalahkan isterinya pada hal dia yang angau . Usia perkahwinana kakak awak 18 tahun dengan anak lima ,menunjukkan kemakmuran hidupnya.Sebenarnya hal rumahtangga ni dia dua orang saja tahu.

    19. Saya membesar dihadapan mereka dan duduk di hadapan rmh mereka..saya memang rapat dengan abang ipar sejak kecil dan saya lebih mengenali abang ipar dan kakak saya..tak ada sebab saya nak memburuk kakak kandung saya sendiri..cuma sebagai adik, saya t ak mahu kakak saya tergolong dalam golongan isteri yang derhaka pada suami…sia-sia sahaja kebaikan yang dia buat selama ini jika ia terus bersikap begitu dan jika matinya nanti tanpa keredhaan daripada suami.

    20. ko ni lelaki duyung … aku ingat perempuan … patutlah ko memahami masalah abg ipar kau … aku bunga .. tu sebab aku tahu perasaan kakak kau.

    21. Saya ni bunga, kdg kala tumpang sekali juga membaca buku-buku poligami yang abang ipar beli..dan saya tertarik pada satu ayat yang menyatakan bahwa wanita-wanita syurga itu kebanyakan wanita yang berpoligami dimana mereka redha dan ikhlas dengan ujian allah..Sebenarnya tidak ada ujian yang lebih berat bagi seorg wanita selain berpoligami..Ujian yang diberi boleh menghapuskan dosa dan meninggikan darjat seseorg disisi allah..Suami diuji bagaimana untuk berlaku adil kepada isteri-isterinya, isteri pertama diuji dgn bisikan-bisikan yang tidak baik, isteri kedua diuji dengan anggapan sesetgh org sebagai perampas dsbnya..sdgkan sejak azali lagi seseorg wanita itu sudah di catit akan menjadi isteri pertama, kedua, ketiga atau keempat..SIAPA YANG BOLEH MENOLAK TAKDIR? Rezeki, jodol, ajal maut bukan di tangan kita..

    22. Memang diakui tiada manusia yang sempurna di dunia ini, akan tetapi hidup kita ada pilihan..jika telah kita ketahui dihadapan kita ada satu jurang yang sgt dlm, haruskah kita terus melangkah kedepan utk jatuh kedlm jurang itu..mengapa tidak ia mengambil iktibar dan hikmah sebalik kejadian yg berlaku.

    23. mana ada manusia berfikiran normal ingin berpoligami…..rasa nya l/k bini aku mana aku nak bagi org kongkek…klu aku tahu aku tondang dio pergi turun katl….lucifer kata u ikat kat katil bagi anjing jilat…..

    24. duyong 14/7 hai u ni ketinggalan zaman mano u berado skrg….dari dulukala hingga ke malasie ni tak habis2 main sesama spesis…rasa nya ktat …sodap..misti ada kenakan nya….cerito tak habis2

    25. Sorry la kawan..saya balik kampung la minggu lepas..nama buku tu POLIGAMI YANG DISALAHERTIKAN tulisan Nor Atiqah Ghazali, harganya cuma RM8.00 je..dan ada lagi TIP-TIP POLIGAMI tulisan Imran Yusuf, harganya cuma RM16.00 je..

    26. Assalamualaikum

      Saya juga mempunyai masalah yang hampir sama dengan puan. Saya seorang isteri berusia 28 tahun dan telah mendirikan rumah tangga selama 5 tahun serta mempunyai seorang anak berusia 4 tahun. Di awal perkahwinan saya bahagia bersama suami tetapi suami mula berubah sikap ketika saya mengandung 5 bulan.
      Selam 5 tahun mendirikan rumah tangga saya terlalu banyak makan hati dengan sikap suami yang sering membuatkan saya menangis sendirian. Dia boleh dikatakan seorang yang panas baran. Dia juga tidak pandai menjaga hati dan perasan saya sebagai isterinya, gurauan yang kasar dan adakalanya menjatuhkan air muka saya tidak kira di depan kawan-kawan mahupun keluarganya. Pernah sekali saya melarikan diri dari rumah kerana berselisih faham dengannya dan dia menampar saya.
      Dia juga seorang yang suka memaksa sama ada melakukan hubungan intim atau sebarang aktiviti. Saya seringkali menolak untuk bersamanya kerana keletihan dan adakalanya memberi pelbagai alasan walaupun saya tahu ianya berdosa. Pernah saya rasakan saya tidak ikhlas melakukan hubungan suami isteri dengannya. Sikapnya itu membuatkan saya mula tawar hati dan perasaan kasih, sayang dan cinta mula pudar .
      Sebagai seorang isteri tentunya masalah yang dihadapi hendak dikongsi bersama suami. Tetapi dia tidak pernah mahu mendengar masalah yang saya hadapi sedangkan saya boleh menjadi pendengar yang baik setiap kali dia mengadu masalah. Kebiasaanya masalah yang saya hadapi saya selesaikan sendirian tanpa melibatkan dia. Saya banyak berkorban untuk dia, sebahagian wang gaji dihabiskan untuk membayar segala bil-bil dan belanjawan. Mungkin disebabkan saya bekerja dia tidak pernah memberi wang nafkah kepada saya sepanjang perkahwinan kami.
      Setiap kali berselisih faham, kami pernah duduk berbincang tetapi saya sering dipersalahkan kerana dia cukup pandai menjawab dan memberi seribu satu alasan untuk melepaskan diri sedangkan saya hanya mampu mengalah, walaupun ianya bukan berpunca daripada saya. Untuk pengetahuan semua, saya tidak pernah merasa bahagia bersamanya malah saya pernah mengambil keputusan untuk berpisah tetapi saya masih memberi dia peluang agar dia berubah sayangnya 4 tahun yang saya berikan dipersia-siakan olehnya hingga membuatkan rasa cinta dan sayang saya lenyap terus padanya.
      Disebabkan terlalu lama memendam rasa, menanggung derita baru-baru ini saya telah mengambil keputusan yang begitu sukar untuk saya lakukan iaitu berpisah. Saya mula mengasingkan diri tidak tidur sebilik dengannya, menghabiskan masa di dalam bilik, tidak mahu bercakap dengannya dan tidak mahu melakukan hubungan suami isteri.Kini hampir 4 bulan kami tidak bersama. Saya tahu saya berdosa, tetapi saya sudah tidak mempunyai perasaan sayang lagi padanya. Apa gunanya saya terus menjadi isterinya, andai saya tidak pernah merasa bahagia dan tidak mempunyai walau sedikit perasan sayang padanya walaupun dia telah berubah sekalipun. Masa dan peluang saya berikannya padanya terlalu lama untuk dia berubah.
      Saya tahu dia masih sayangkan saya, tetapi saya tidak berupaya untuk berkongsi hidup dengannya lagi. Selama ini saya tidak pernah redha dia menyentuh saya, orang lain melihat saya seolah-olah bahagia tetapi di dalam hati ini hanya Allah Maha Mengetahui.
      Saya tahu penceraian itu tidak digalakkan dalam islam tetapi seperti yang saya katakan andai saya masih menjadi isterinya, saya tidak mempunyai perasan sayang padanya dan tidak mahu melakukan hubungan intim dengannya semua itu tidak akan memberi apa-apa perubahan dan mungkin saya akan lebih tersiksa. Walaupun saya beri dia peluang tapi itu hanya dimulut sahaja sedangkan dihati tetap tidak dapat menerima dia semula. Saya benar-benar telah nekad untuk berpisah dengannya setelah bertahun-tahun saya memikirkan keputusan ini.
      Saya harap anda dapat memberi pandangan dalam menyelesaikan masalah ini kerana saya tidak sanggup lagi hidup dengannya dan dari terus melakukan dosa lebih baik dia melepaskan saya. Terima kasih.

    27. U maseh muda-masa depan u maseh panjang- dlm kedaan yg u ceritakan..kalau betul .. u kena berpisah ( i tak paksa u berbuat sedemikain)sebab tak guna u hidup dlm kepiluan selalu atau tidak di hargai lagi,lambat laun memakan diri (hati) sendiri dlm emosi.. bila umur u meningkat keadaan dah terlambat..(contoh nya saham dah jatuh, tindak tanduk berkurangan.. takut takut bila keadaan macam tu ..dia kata apa pasal u tak belah awal2 lagi-apa pasal tunggu i lagi-i boleh cari seribu lagi- u nak belah lah-berkeadaan masa lewat ni tak kan berguna lagi meratap tangisan -walau pun menjadi tambahan sungai pahang melempahi-sakit nya di hati- hidup ini tiada erti lagi-) u kena fikirkan dan cekal untok melalui tindak tanduk seterusnya..dia memikirkan diri nya saja..tak menghargai jasa bakti u …bila nak dia gasak aje..u suka tak suka terpaksa kasi..berkeadaan berakit atas batang pisang yg amat sejuk tu sama sekali..macam kes guard main mayat di hospital yg perkatakan tempoh hari..dia yg puas syok u menderita..jiwa raga..memang betul dosa belaku setiap detik perilaku bersama nya.,, jadi kalo benar berpisah lah mu dgn keiklasan hati..di hari siang sentiasa menanti

    28. TOK MAT kata ..bini nya ada teman sebelum berkahwin dgn nya ..berkeadaan berbelah bagi kot di pemikiran nya masa bererkahwin dgn mat ..brgkali dah berjanji untok bersatu dgn teman lagi satu tu.. tapi dapat kat mat..brgkali “power mat dah mendahului kot “..mungkin jugak si telaga ni dah rasa bersalah dipersimpangan jalan berkawin dgn tok mat kot.. dah kawin mungkin si mat mat ni tampak kekurang nya drp apa yg di impikan..atau lagak awalan bertemu..terigat lak sitelaga ni kat teman lalu..jadi berselerak lah di pemikiran pandangan pasangan si mat ni..menyenbahkan purak puranda..si mat ingat si telaga maseh setia dgn teman la,si telaga lak mengagak dkm ingatan si teman awalan dlm hati nya lebeh baik.

      Itu lah lelaki leh ada beribu teman tapi pompuan jangan gitu ya..

      • pakibuang ni cakap apa. kalau tak tau tulis, jangan tulis. cuba guna ayat bahasa melayu dengan betul. bukan merapu tak tentu pasal.

    Tinggalkan Jawapan

    Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

    WordPress.com Logo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

    Twitter picture

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

    Facebook photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

    Google+ photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

    Connecting to %s