6 Panduan Hadapi Tekanan Ekonomi

Oleh Lokman Ismail

Isu kenaikan harga barang dan perkhidmatan sudah menjadi perkara biasa dan sebagai pengguna kita terpaksa menerima hakikat itu.

Islam menyediakan garis panduan yang sesuai untuk menghadapi situasi ini dan antara yang diberi penekanan ialah:

1.Berjimat cermat atau teliti dalam mengurus perbelanjaan. Kita perlu mengutamakan nilai tambah dalam setiap perbelanjaan. Barang yang dibeli mungkin boleh digunakan untuk pelbagai tujuan.

1.Meningkatkan hayat penggunaan atau memberi kesan maksimum bagi setiap perbelanjaan kerana sikap berjimat memperlihatkan unsur kebijaksanaan iaitu berbelanja mengikut keperluan, bukannya nafsu.

2.Berhemah bermakna mengawal perbelanjaan dan penggunaan mengikut keperluan bagi mengelakkan membeli perkara tidak perlu.

Perbelanjaan tanpa kawalan menyebabkan sumber kewangan tidak dapat menampung keperluan semasa. Rezeki diperoleh perlu dihargai dengan cara memaksimumkan manfaatnya.

3.Bersederhana adalah langkah bijak bagi kesejahteraan berterusan. Kita tidak perlu berbelanja lebih semata-mata untuk memaksimumkan kepuasan kerana kepuasan sebenarnya bergantung kepada cara kita menghargai apa yang dimiliki dan dirasai.

Syaitan sentiasa membisikkan perasaan melampau, sama ada boros atau kedekut.

Sikap itu ditegah sebagaimana firman Allah bermaksud: “Syaitan menakut-nakutkan kamu, kalau-kalau kamu akan menjadi miskin, dan menyuruh kamu melakukan kejahatan.” (Surah al-Baqarah, ayat 219)

4.Elakkan pembaziran kerana Islam melarang pembaziran yang dikaitkan dengan amalan syaitan.

Perbelanjaan itu secara dasarnya memang mendatangkan kebaikan, tetapi disebabkan terlalu banyak ia menyebabkan pembaziran. Oleh itu, bijak membuat anggaran bagi mengelak pemnaziran.

5.Elak perbelanjaan tidak perlu. Islam menegah umatnya berbelanja secara sia-sia, lebih-lebih lagi jika wang digunakan kepada perkara mendatangkan keburukan.

Individu yang dikuasai syaitan membelanjakan wang untuk membunuh diri sendiri seperti minum arak, ketagih dadah dan perbuatan yang jelas membahayakan.

6. Islam sememangnya amat mementingkan soal meningkatkan produktiviti agar memperoleh sesuatu yang lebih baik.

Melipatgandakan usaha dan memaksimumkan pengguna sumber tenaga, fikiran dan kemahiran dapat meningkatkan produktiviti.

Sesiapa yang melakukan seperti apa dianjurkan dan menjauhkan apa yang dilarang agama, pasti mampu menghadapi cabaran hidup dengan lebih tenang dan setiap permasalahan ada jalan penyelesaiannya.

One thought on “6 Panduan Hadapi Tekanan Ekonomi

  1. Dalam hadis telah disebut rezeki 9/10 daripada perniagaan..jika kita bekerja makan gaji, kita hanya mengkayakan bos kita, tapi bila kita akan menjadi kaya? JIka ia bayar gaji kita RM3,000 sebulan, bermakna kita telah menguntungkan dia lebih dari RM3,000 sebulan..Dalam kehidupan ekonomi sekarang ini, kita patut melakukan atau ada satu perniagaan secara part-time atau full-time untuk meningkatkan tahap ekonomi keluarga..tak semestinya kita perlukan modal yang terlalu besar..setiap masalah ada jalan penyelesaian..dan setiap perniagaan juga perlu bermodal samada sedikit atau banyak..yang penting kita mesti berusaha dgn kemampuan yang kita ada.. setiap hari kita berdoa agar dimurahkan rezeki tapi allah tidak akan menurunkan rezeki jatuh dari langit di hadpan kaki kita tanpe berusaha..cubalah bina perniagaan dengan kemampuan yang setiap orang masih boleh melakukannya kerana perjalanan seribu langkah adalah bermula dengan satu langkah pertama..jika berminat sila e-mail jjb4601@yahoo.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s