Keimanan Rapuh Punca Hati Resah

Bersama Dr Juanda Jaya

PUNCA-PUNCA kesedihan – jika ada satu alat yang sesuai untuk mengukur kekuatan iman, tentulah alat itu adalah ‘hati’. Allah SWT menjadikan hati itu hidup dan berfungsi sebagai pusat kawalan bagi anggota badan manusia. Seseorang yang suka menyentuh hatinya dan merawat dengan baik akan semakin mengenali dirinya sendiri.

Jika gelisah, sedih dan putus asa menguasai diri, dia akan bertanya kepada hati apakah sebabnya? Kemudian ilmu diperlukan untuk menjawab soalan, akal diguna sambil hati memandu cuba merungkai penyebab kesedihan itu. Akhirnya ditemukan jawapan punca kesedihan, kemurungan, gelisah dan tekanan pada diri manusia iaitu;

1. Suka membuang masa. Hiburan dan permainan boleh merehatkan hati dan menjadikannya lebih bertenaga, tetapi apabila terlalu berlebihan ia boleh membunuh. Orang mukmin membahagikan masanya kepada tiga bahagian, iaitu;

Pertama untuk Allah SWT; kedua untuk dirinya sendiri yang meliputi fikiran, perasaan dan tubuh badannya dan ketiga untuk keluarga dan umatnya. Sikap membuang masa biasanya dipengaruhi oleh persekitaran. Manusia akan mudah terpengaruh dengan apa yang dilihat dan didengar daripada pergaulan. Berkawan rapat dengan orang yang suka membaca boleh mempengaruhi minat kita kepada buku, begitu juga bila suka iktikaf di masjid mendengarkan syarahan agama akan menjadikan kita dekat dengan ilmu.

Kita sentiasa berhadapan dengan dua pilihan dalam hidup ini, jalan baik atau yang buruk. Kawan yang jahil atau soleh, situasi mengingatkan kita pada Allah atau melupakannya. Membuang masa menyebabkan kemalasan yang berakhir dengan kegagalan, sedih dan tertekan. Seorang mukmin yang benar imannya sentiasa berada dalam situasi jihad iaitu bersungguh-sungguh mengisi masanya dengan perjuangan dan pengorbanan untuk memenangi pertarungan melawan iblis dan syaitan.

2. Kesedihan juga berpunca daripada sifat dengki dan mengikut nafsu. Ada orang berasa sedih menyaksikan orang lain yang mengatasi kehebatannya. Lebih berjaya, kaya, berpangkat, cantik dan bergaya. Risau dan tertekan bersarang di hati, ditambah dengan sifat dengki dan dendam yang pasti akan memalapkan cahaya iman.

Ubat bagi kesedihan sebegini adalah dengan melihat siapa yang berada di bawah anda. Bukankah ramai manusia yang tiada apa-apa untuk dimakan pada hari ini? Rumah mereka musnah oleh banjir dan badai, anak dan isteri mereka mati di hadapan mata kerana tembusan peluru, kehancuran bangsa dan negara oleh kekejaman perang. Mengapa perlu bersedih jika kita masih memiliki orang yang tersayang, mengapa risau jika harta kita dilindungi Allah SWT, jika ia berkurangan bukankah selama ini Allah memberi jumlah yang banyak tak terhitung? Semenjak dari rahim ibu lagi rezeki sudah dikurniakan kepada kita. Sudikah kita jika seseorang mahu menukar kedua mata, kaki dan tangan kita dengan wang berjuta? Tentu ia lebih berharga daripada wang. Kenikmatan yang Allah kurniakan itu terlalu banyak, tetapi hanya sedikit manusia yang mahu bersyukur.

3. Kesedihan kerana melupakan Allah. Bagaimanakah keadaan orang yang melupakan Allah? Dalam surah Al-Hasyr ayat 19 Allah SWT berfirman yang maksudnya: “Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang melupakan Allah. Lalu Allah menjadikan mereka melupakan diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasiq.”

Makna melupakan diri mereka sendiri adalah mereka meninggalkan amal soleh yang boleh menyelamatkan diri mereka di dunia dan akhirat. Orang yang melupakan Allah SWT mempunyai ciri-ciri seperti berikut;

Hari dilalui tanpa ibadat, lupa berzikir, mengabaikan sembahyang, tidak membaca ayat al-Quran, menjauhi ilmu dan meninggalkan amal soleh. Kehidupan dunia menjadikan mereka buta, tidak dapat menjejaki jalan ke akhirat. Keadaan mereka seperti binatang kerana mereka hidup semata-mata untuk makan, minum, tidur, berkahwin dan memuaskan nafsu saja.

Ini sesuai dengan firman-Nya yang bermaksud: “Dan sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka jahanam kebanyakan jin dan manusia, mereka memiliki hati tapi tidak dipergunakan untuk memahami ayat-ayat Allah, dan mereka memiliki mata tetapi tidak dipergunakan untuk melihat tanda-tanda kebesaran Allah dan mereka memiliki telinga tetapi tidak dipergunakan untuk mendengar ayat-ayat Allah. Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.” (Surah Al-A’raf: 179).

Benarkah orang yang kaya tidak berasa sedih, putus asa dan tertekan? Sebenarnya, ia bergantung kepada sumber hartanya dan untuk apa ia dibelanjakan. Kekayaan yang sebenar adalah kaya hati. Iaitu hati yang sentiasa bergembira kerana iman kepada Allah dan bersyukur serta reda dengan qada dan qadar-Nya.

INFO: Hati sebagai alat kawalan manusia

Allah SWT menjadikan hati itu hidup dan berfungsi sebagai pusat kawalan bagi anggota badan manusia.

Orang yang merawat hatinya dengan pelbagai amalan dituntut syariah pasti akan mengenali diri.

Hiburan berlebihan, sifat dengki, mengikut nafsu dan lupa kepada kebesaran Allah SWT penyebab kepada ‘kesedihan’ hati.

Mukmin yang hatinya sentiasa menekankan tuntutan syariah akan membahagikan masa untuk Allah SWT, diri sendiri dan untuk keluarga serta umat

14 thoughts on “Keimanan Rapuh Punca Hati Resah

  1. bagaimana cara yg terbaik nak tegur ibu mertua yg selalu berburuk sangka terhadap menantu2 dan orang2 yg dia jumpa….dia selalu mengumpat…dan hobinya ialah mengadu domba….

  2. meow meow … banyak jugak le ..aku jumpa orang tua yang berperangai macam ini.Munkin fungsi otaknya sudah kurang.PERSONALITI PARANOID mempunyai perasaan syak wasangka dan tidak percayakan orang,suka menuduh orang bukan bukan.Munkin ada kejadian kejadian semalam yang membuatkan dia jadi macam tu ..
    Rasanya … susah juga nak menegur perangai orang tua ,sebab dia sendiri pon tak sedar apa yang dia buat.So ..kita yang maseh muda dan berfikiran maseh jelas ni .. kena menghadapinya dengan positif … seeloknya bila berhadapan dengannya kita diam saja..kalau dia bercerita yang agak kurang enak .. masuk telinga kanan … keluar telinga kiri … bersabarlah menghadapi karenahnya … sebab kita pon akan tua juga,mana tau kita pon jadi macam tu tanpa kita sedari.

  3. Salam,
    Betul kebayan, kita semua akan tua satu hari nanti. Dan kita tak tahu pula seburuk mana pulak perangai kita dan anak menantu nak toleransi. Sebaiknya jika ada perangai buruk mak mertua or bapak mertua kita, sabar dan senyapkan aja. Jangan pula digalakan atau kita ikut syok jugak 🙂

  4. + biasa lah tu hukum alam.bila dah tua ‘screw loose sepenohnya atau sikit’ shj. di kejar bayangan..sandirwara lakunan di pentas yg telah kita lakukan sepanjang perjalan dlm hidup ini…klu kena rogol paksa bergilir2 atau biasa……bila dah tua..gangguan ‘peristiwa itu akan datang menjelma kembali bermain2 di fikiran..menghantui jiwa raga…kdgkala menjerit2 meronta2 tampa sebab…..meracau2….kita yg bormal,misti mepunyai fikiran waras untok memahami bahawa bukan semua manusia itu,mempunyai fikiran…otak…yg bergeliga ….++++++++++++++++++

  5. …..++++++++cara terbaik jgn menegur perbuatan nya….jangan banyak bercerita atau berseloro dgn nya ++++++ semacam kita berbual orang biasa,sepatah dia cakap sepatah kita jwb soalan nya dgn ringkas..jgn cerita kes2 org atau apa2 komen,sentiasa berlembut dan menolong nya….picit badan …kalu sakit…++++ jgn sekali2 meninggikan suara atau perbuatan terhadap sesiapa di hadapan dia…….akan di simpan dalam hati dan otak nya..hingga ke mati…hati org tua lebeh sensitive drp daun semalu…sentiasa beringat umpama nya lah…bomb atom di depan u ,kena berhati2 slow and steady….hati org tua sensitive++++++laksana kaca terhempas ke batu++++++

  6. Dalam umur sebagitu..kita kena ambil hati seberapa yg boleh,bukan tampat borak-berbincang-berseloroh-bercerita atau berpendapatatau pengaduan…tetapi membantu tampa menganggui atau menghantui fikiran…..+++++++++++++++++

  7. perogolmalam … sungguh pun ko perogol tapi ko perogol yang baik dan berwibawa.Apa pasal lah ko punya nickname ko perogolmalam … kami kaum wanita disini takut bila lihat ada perogolmalam ..

  8. …Just type name on web I promise to appears before u..nama tu dah di gunakkan ..baru2 nie aje..dlm ilham tiba2 mendatang, Thankyouverymuch for words and asking..goodlucks

  9. aduh hai suspen jorr.. ala zaman kini apo nak gerun kan namo..baby 20 paun pun terkeluak dgn spotan jorr..kawin satu dayong perahu enom bolas pun biase jerr..satu ompek pakei sekali gus pun dah biaso..tak gerun pun..apa ado atas namo…namo

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s