Tips Menjaga Tayar

TAYAR adalah antara komponen terpenting dalam sesebuah kenderaan. Keengganan dan kecuaian menjaga dan menukar tayar tidak berbunga atau sering disebut tayar botak boleh mengundang masalah di jalan raya.

Tayar memainkan peranan penting ketika membrek dan mesti tahan lasak untuk menangani tekanan itu serta permukaan jalan yang ada kalanya tidak rata. Tayar juga mesti memberi keselesaan ketika mengambil selekoh dan kawalan stereng dalam apa juga keadaan.

Lazimnya, pengeluar tayar utama di negara ini sentiasa menyediakan tips keselamatan tayar kepada pemandu.

Berikut adalah antara beberapa panduan berguna:

1. Segera tukar tayar jika bunganya sudah haus. Tayar begini mudah tergelincir, terjejas akibat kesan membrek dan kurang sensitif dari segi cengkaman. Dalam keadaan jalan basah, kenderaan mungkin terbabas dan menyukarkan kawalan pemandu.

2. Pemilihan tayar memang penting untuk keselamatan, keselesaan, kawalan dan ekonomi.

Membrek dengan mengejut boleh menyebabkan tayar tergelincir. Periksa tekanan tayar sekurang-kurangnya dua kali sebulan, ketika tayar dalam keadaan sejuk. Pengeluar juga menekankan keutamaan mengekalkan tekanan tayar.

3. Jangan memandu dalam keadaan tayar rosak. Tukar atau perbaikinya secepat mungkin.

4. Segera baiki tayar tidak normal. Biasakan memeriksa tekanan, penjajaran dan pusingan tayar. Elakkan tabiat buruk ketika memandu seperti memandu terlalu laju, membrek secara mengejut dan mengambil selekoh secara berbahaya.

5. Pastikan tayar gantian sentiasa dalam keadaan baik dan boleh digunakan serta memiliki tekanan angin mencukupi.

6. Jangan gabungkan tayar dengan jejari dan tayar tanpa jejari. Pada kelajuan tinggi, keadaan itu menyebabkan gangguan kestabilan kenderaan yang mengakibatkan hilang kawalan serta kecederaan serius.

7. Sentiasa pastikan skru tayar dipasang dengan betul dan tidak terlalu ketat. Mustahil dapat membuka skru tayar dengan pembuka tayar biasa sekiranya ia terlalu diketatkan dengan mesin pembuka tayar udara.

8. Jangan biarkan tayar lebih muatan. Carta berat dan tekanan angin biasanya terpapar di tempat mengisi angin di mana-mana stesen minyak.

Tayar hanya mampu menampung muatan maksimum jika ia memiliki tekanan angin maksimum.

9. Jangan pasang tayar yang sudah digunakan sesuka hati melainkan anda tahu sejarahnya. Ia bermakna, anda bertuah sekiranya kakak anda menghadiahkan satu set tayar kerana beliau ingin membeli tayar baru.

3 thoughts on “Tips Menjaga Tayar

  1. sautu ketika dulu duit tak do aku guna tayar celup,bila emergeny brake bunya nya tercabut, nasib aku baik tak masuk gaung…tayar ada lah salah satu “benda” yg amat penting patut di utamakan…..selalu cek angin sebelum memandu…ok ..”jangan mengundanga tangisan tak menentu”.

  2. tapie sekarang nie aku kee jage2 sikit bila berselisih memotong mengikut lori..takut tibe2 tayar celup yg dipakei meletup..membuat aku terkejut mati patah jantung-kemalangan hilang nyawo.

    Patut pihak berkuasae sepatut nye kene buat regulations yeng ketat-melarang keguneain tayar celup yg memudharatkan pengguna lebuh raye…menyebab kemalangan hilang nyawe.

  3. Nak cari tayar? Cuba website http://mytayar.com

    Ada > 50 kedai di kawasan Lembah Klang yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan termasuk GST, tayar dan lain2 seperti yang dinyatakan mengikut kategori. Tiada ruang akan ditipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website. 

    Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar. 

    Kita akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai.

    Nak cari bateri, package service kereta dan tayar motor pun ada…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s