Inai atasi keputihan

Pokok inai punyai pertalian rapat dengan masyarakat Melayu yang sering mengadakan upacara berinai untuk pasangan mempelai dalam majlis perkahwinan terutama ketika istiadat persandingan dilangsungkan.

Selain dipupuk pada jari atau tapak tangan dan kaki sehingga meninggalkan kesan berwarna merah sebagai tanda seseorang itu sudah melangsungkan perkahwinan, INAI juga selalu digunakan sebagai pewarna rambut.

Minggu ini, anda berpeluang mengetahui dua lagi kegunaan pokok inai iaitu daunnya yang boleh membantu merawat masalah keputihan yang dihadapi oleh golongan wanita di samping mengubati sakit kuku.

Pokok dengan nama saintifik Lawsonia inermis ini memang mudah didapati, malah ramai yang menanamnya sebagai pokok hiasan di halaman rumah.

Pegawai Penyelidik Kanan (Tumbuhan Ubatan) Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Dr. Mohd. Ilham Adenan berkata, bagi masalah keputihan, pengamal ubat-ubatan herba menghasilkan ramuan minuman daripada daun inai sebagai rawatan.

Menurutnya, beberapa helai daun inai selalunya direbus terlebih dahulu bersama-sama dengan tumbuhan tapak sulaiman dan buah temu kunci.

“Air rebusan itu kemudian diminum sekali setiap hari. Jika dijadikan sebagai amalan harian ia membantu mengubati atau mengatasi sepenuhnya masalah keputihan,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Kata Dr. Mohd. Ilham, bagi mengatasi masalah sakit kuku pula, beberapa helai daun inai perlu ditumbuk lumat bersama-sama sedikit kunyit dan kapur sirih.

Selepas itu, campuran berkenaan dilekap dan dibalut di bahagian kuku yang sakit dan diamalkan beberapa kali sehari sehingga kesannya dirasai.

“Pesakit boleh menyimpan lebihan bahan-bahan itu untuk ditumbuk semula bagi menggantikan ramuan sedia ada yang didapati telah kering.”

Oleh: Ramli Abdul Karim

15 thoughts on “Inai atasi keputihan

  1. aku ingat lg petua ma aku. .inai tu tumbuk hingga jadi halus. pastu mkn mcm makjun. hoi yoo.. kesan dia amat bagus. utk dlman dan luaran.try la

  2. selama ini, aku tak tahu khasiat nya,tetapi dari kecik sampai ke tua ni ,aku sentiasa memetik dauk nya ,atas pemintaan org….org nak tukar colour rambut pun ada guna inai ..dulu…

  3. ya la durra. klu ekou x cayo. try la dulu. aku dr muda smp anak 4. aku guna inai tu. muka x nmpk tua. dalaman jadi mcm anak dara u….

  4. persepsi…inai tu tumbuk halus….gentel bulat2 ..telan cam makjun…kalau keringkan simpan dalam botol boleh ke….boleh jugak aku buat kudap2 kat opis….

  5. fuh…..bsmgat tul cik kcing meow2 smpi na wat daun inai jd kudapan…
    la~la~la~…
    tp klu rahim ketat…x effect prgnant ke erk?

  6. serius ke nie? aku ader dengar gak orang kater pakai inai…
    tolong ler bagitau.. macamana nak buat.. adakah cuma daun inai tu shj ker atau nk kena campur ape2 lagi.. aku dah nak kawen nie… untuk suami tersayang jugak… heheh

  7. amboi.. bagus tul petua ni.. tapi betul kata ell.. camner nak buat makjun ni. maybe persepsi boleh tunjuk ajar

  8. Inai kat kat mana2 pun ada …senang dapat..depan rumah ku pun ada..skrg ni org beli yg tersedia di package aje…inai oh inai

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s