Korup penyakit masyarakat

Oleh MD.ASHAM AHMAD

Apabila pemimpin yang korup diberi kepercayaan menjalankan tanggungjawab ini merupakan satu petunjuk bahawa masyarakat lemas dalam krisis pengetahuan.

ANDA mungkin telah mendengar ungkapan Inggeris, power corrupts, and absolute power corrupts absolutely. Ia secara ringkas bermaksud seseorang yang berkuasa akhirnya akan menjadi korup.

Ia berlandaskan anggapan bahawa manusia secara semula jadinya adalah jahat dan mementingkan diri. Sesiapa yang berpegang kepada anggapan ini juga akan percaya kuasa boleh menyebabkan yang salah dianggap betul, atau pewaham yang bermalas-malas, yang putus asa, akan menolak apa-apa cadangan untuk memperbetulkan kepincangan manusia ini.

Kebanyakan orang, bagaimanapun, percaya manusia adalah baik secara semula jadi dan benci kejahatan. Mereka memandang pepatah di atas sebagai peringatan serius bahawa kuasa boleh disalah guna, oleh itu, ia hanya perlu diamanahkan kepada mereka yang boleh dipercayai.

Dalam erti kata lain, kuasa itu bukan baik atau jahat, hanya manusia yang menggunakannya untuk tujuan baik atau jahat. Oleh sebab itu, mereka membantah apa-apa bentuk penyelewengan dan mencari jalan memperbaharui pentadbiran korup atau satu sistem yang menggalakkan amalan buruk yang merosakkan.

Bagaimanapun, kita perlu akui yang pemimpin-pemimpin korup tidak muncul dengan tiba-tiba dan diberi tanggungjawab secara spontan untuk memimpin masyarakat. Kepimpinan korup bukan masalah kita tetapi ia hasil daripada satu lagi masalah.

Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas, dalam nukilan pentingnya Islam dan Sekularisme, menganalisa dengan mendalam masalah ini dan menyimpulkan bahawa punca akar umbi semua bentuk penyelewengan adalah kerana pengetahuan yang tercemar.

Analisis dan kesimpulan beliau perlu diberi perhatian dan difikirkan semula.

Pemimpin korup hanya boleh muncul dan bermaharajalela dalam masyarakat korup. Pemimpin korup ini tidak layak untuk menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka.

Tetapi mereka tetap diberi amanah oleh masyarakat, satu petunjuk yang masyarakat lemas dalam krisis pengetahuan sehingga mereka tidak dapat bezakan antara pemimpin sebenar dan penyemu. Dalam masyarakat seperti ini pemimpin sebenar tidak dapat diterima dan diberi pengiktirafan.

Walaupun semua orang mahukan apa yang baik, bukan semua yang mempunyai tanggapan jelas akan apa yang ditakrifkan sebagai ‘kebaikan’. Oleh kerana itu, seseorang mungkin diperdayakan oleh individu korup yang boleh memanipulasi sentimen antikorup seseorang untuk berkuasa.

Kebebasan untuk memilih Dalam sebuah masyarakat demokratik orang ramai diberi kebebasan untuk memilih kerajaan. Andaian asas ialah rakyat mengetahui secara semula jadi apa yang baik bagi mereka, dan hanya mahukan yang terbaik bagi mereka; oleh sebab itu, mereka hanya akan memilih pemimpin di kalangan yang mereka anggap boleh menggalakkan kebaikan secara keseluruhan kepada masyarakat.

Ini membawa kita kepada persoalan asas akan apa yang baik dan buruk, yang betul dan salah, yang benar dan palsu, yang sebenarnya bukan persoalan baru, yang wujud sejak tamadun manusia bermula.

Sudah tentu kita ingin gaya hidup yang kita mahu, masyarakat yang bagaimana kita mahu wujud, jalin dan pertahankan dan siapa yang harus mengetuai kita ke arah ini.

——————————————————————————–

Jadi, jika pada akhirnya pemimpin korup yang dipilih, kita mesti menyimpulkan bahawa wujud penyakit masyarakat. Sama ada mereka kekurangan kapasiti untuk mengiktiraf pemimpin jujur atau mereka tidak berani untuk berbuat demikian, kedua-duanya menjadi akar umbi bagi semua bentuk penyelewengan.

Ahli politik retorik Ahli politik, dulu dan sekarang, terkenal kerana retorik mereka. Mereka tahu tidak ramai yang cukup bijak untuk menimbangkan hujah dan menentu sahkan bukti-bukti yang disampaikan oleh mereka.

Hari ini, retorik ditambah dengan kempen pengiklanan dan perhubungan raya yang digunakan dengan meluas untuk mempengaruhi pendapat umum. Retorik merupakan penggunaan bahasa tanpa logik, sementara pengiklanan dan perhubungan raya memanipulasi imej-imej dan perkembangan untuk mengelirukan orang ramai.

Mereka yang menguasai media deng mudah mengawal pilihan dan keputusan seseorang. Demokrasi ialah mengenai siapa yang menikmati sokongan majoriti, bukan siapa yang betul atau salah.

Penyelesaian kepada masalah ini bukan boleh ditemui dengan mendesak bagi media yang bebas. Media yang bebas daripada pengaruh atau naungan politik, tidak menjamin yang orang ramai akan mempunyai kebebasan membuat pilihan.

Kebebasan merupakan sebahagian daripada ciri jiwa kita dan apa yang kita panggil sebagai ‘kebebasan untuk membuat pilihan’ tidak mungkin berlaku tanpa adanya pengetahuan. Orang ramai perlu dibebaskan daripada kejahilan.

Mereka perlu mempunyai kesedaran akan anggapan, kecelaruan dan percanggahan ahli-ahli politik terhadap isu-isu utama yang membabitkan mereka. Siapa lagi yang boleh melakukannya dengan berkesan selain daripada golongan cendekiawan.

Bagaimanapun, tidak boleh berlaku jika golongan cendekiawan sendiri korup. Ia lebih buruk daripada ahli politik dan pentadbir awam yang korup.

Universiti-universiti tidak harus menjadi tempat mengeluarkan pemimpin korup yang tidak mempunyai integriti intelektual dan moral.

Seorang profesor yang berpihak kepada pemimpin politik berkuasa sebenarnya tidak harus mengajar di universiti-universiti kita. Mereka akan hanya meneruskan kesinambungan sifat pengecut and kaki ampu. – BERNAMA

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s