Al-Wisoyah bahagi harta pusaka

Soalan:
SAYA mempunyai sebuah rumah yang didaftarkan atas nama saya dan isteri. Rumah tersebut dibeli secara pinjaman bank dan kami masih lagi berhutang dengan bank berkenaan sehingga tahun 2020. Kami bercadang untuk memberikan rumah tersebut kepada anak perempuan kami yang berumur 17 tahun. Kami bimbang jika berlaku apa-apa kepada saya dan isteri, hidup anak perempuan kami nanti tidak terjamin.

Tetapi, bolehkah pemindahan nama ini dilakukan sedangkan rumah itu masih di bawah pinjaman bank?

Sophan Sofian,

Pahang

Jawapan:
Apabila sesebuah rumah dibeli melalui pinjaman bank, sebagai jaminannya, pihak bank akan mensyaratkan pembeli mencagarkan rumah tersebut. Ini untuk melindungi pihak bank jika peminjam gagal membuat bayaran pada masa depan.

Pada kebiasaannya, apabila adanya perjanjian cagaran, pemilik rumah tidak dibenarkan memindah milik rumah tersebut tanpa kebenaran pihak bank. Seperti yang telah diterangkan, tujuannya untuk memberi jaminan kepada pihak bank terhadap wang yang telah dipinjamkannya.

Namun begitu, ada caranya untuk menjamin masa depan anak saudara. Kami di Sisters In Islam memahami niat saudara yang ingin melindungi anak perempuan saudara.

Salah satu cara pembahagian harta yang diiktiraf dalam Islam, tetapi kurang popular praktisnya ialah al-Wisoyah. Al-Wisoyah ini merupakan satu konsep amanah, sama dengan konsep amanah (trust) di bawah undang-undang sivil.

Apabila sesuatu harta atau kepentingan terhadap harta ini diletakkan di bawah jagaan pemegang amanah, maka harta atau kepentingan terhadap harta ini bukan lagi dikira sebagai harta pusaka.

Sebaliknya, pemegang amanah itu berhak sepenuhnya melaksanakan terma-terma yang ditetapkan dalam suratcara amanah tersebut.

Apa yang saudara dan isteri boleh lakukan ialah melantik seseorang atau institusi yang boleh dipercayai sebagai pemegang amanah kepada rumah tersebut bagi pihak anak saudara. Malah, saudara atau isteri saudara boleh menjadi pemegang amanah.

Kerana rumah tersebut akan habis bayarannya pada tahun 2020, saudara boleh meletakkan syarat bahawa rumah tersebut akan dipindahmilik kepada anak saudara pada tahun 2020 nanti. Dengan syarat ini, pihak bank tentunya tiada bantahan kerana pertukaran pemilik hanya akan berlaku apabila bayaran pinjaman selesai. Tetapi, saudara perlu mendapatkan kebenaran pihak bank untuk membuat amanah ini.

Adalah elok sekiranya al-Wisoyah dibuat secara bertulis agar tidak menimbulkan kesulitan dan keraguan di kemudian hari. Kelebihan al-Wisoyah ialah syarat-syaratnya boleh diubah jika saudara, sebagai pemberi amanah, bertukar fikiran kelak. Silalah rujuk kepada badan professional yang menyediakan perkhidmatan untuk membuat satu surat ikatan amanah yang sah di sisi undang-undang.

* Segala kemusykilan boleh dikemukakan kepada Razlina Razali, Senior Policy Officer, Sisters In Islam No. 7, Jalan 6/10, 46000, Petaling Jaya, Selangor, atau telefon ke talian TeleNisa 03-77843733 pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat atau e-mel: telenisa@sistersinislam.org.my

2 thoughts on “Al-Wisoyah bahagi harta pusaka

  1. terima kasih kerana info ini. saya rasa kalau harta yang kita ada tidak banyak, elok buat al-wisoyah ini untuk mengelakkan perebutan di kalangan keluarga, maklumlah sekarang ni ramai sangat orang yang tamak tanpa mengira ahli keluarga.

  2. apakah yang perlu untuk proses ini al-wisoyah, kerana sebelum ini harta peninggalan orang tua saya tidak dapat di selesaikan….kerana permasalahan orang ke tiga, saudara ipar telah berminat untuk mengambil milik kami dan saya tidak mahu ahli keluarga saya khususnya anak anak saya mengalami perkara sama , selepas ketiadaan saya nanti..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s