Suami berbalas mesej cinta

Bersama Dr Rubiah K Hamzah

SUDAH dua tahun saya berkahwin dan kini dikurniakan anak berusia tiga bulan. Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini hati saya begitu sakit kerana berasa tertipu. Isteri mana tidak cemburu dan marah apabila suami berbalas-balas mesej dengan perempuan lain. Bila ditanya katanya, rakan sekerja tetapi kata-kata dalam mesej itu buat saya curiga. Bila didesak berulang kali barulah suami mengaku pernah mengambil perempuan itu dari rumah ke pejabat ketika saya dalam pantang. Hancur hati saya bila mendengar pengakuan itu. Katanya dia tidak akan mengulanginya lagi, tetapi suami buat lagi selepas itu, saya ditipu.

Dia mungkir janji dan saya sudah tidak percaya lagi padanya. Memanglah kalau diikutkan hati saya mahu berpisah tetapi saya masih rasional dan mahu dia berubah apatah lagi anak baru berusia tiga bulan.

Salwa.

Jawapan

TAHNIAH kerana menjadi seorang isteri dan kini bergelar ibu. Kedua-dua anugerah itu menjanjikan kita kepada jalan lebih mudah untuk masuk syurga berbanding orang yang belum memilikinya, dengan syarat kita mestilah mencintai dan taat kepada Allah, Rasul dan suami.

Setelah menjadi ibu, puan bertanggungjawab menyediakan syurga untuk anak pula. Persoalan yang puan hadapi ini adalah masalah yang berkaitan dengan kesetiaan dan kejujuran. Ini soalan yang membabitkan fikiran, perasaan dan hati. Jika puan memikirkan dengan menggunakan fikiran memang fikiran kita akan mengatakan tidak patut berlaku perkara seperti itu, tapi jika kita ikut perasaan pula, perasaan kita akan menjawab mungkin ia boleh berlaku sebab suami bersendirian di rumah dan pada masa sama ada pihak yang sudi menjadi teman.

Mengapa ini boleh berlaku? Maka jawapannya suami belum ada hubungan dengan Tuhannya secara mantap. Dia tidak berasa dirinya sebagai seorang suami yang taat pada Allah dan setia pada isteri sebagai satu ibadah dan amanah. Maka dia tidak merasakan hubungan langsung dengan Tuhan kecuali ketika ijab kabul berlaku, tetapi amanah dan tanggungjawab sebagai suami yang dibacakan tidak membuat dia berasa perlu memikul tanggungjawab itu dengan nama Allah dan kerana Allah.

Oleh itu nasihat Umi, Salwa tanya diri sendiri, mahu meneruskan usaha meyakini yang suami akan menjadi suami yang baik selepas peristiwa itu atau tidak mahu mempercayainya lagi. Pendirian ini penting jika puan mahu kekal sebagai isteri yang baik. Jika puan berkeyakinan yang suami tidak boleh dipercayai lagi maka adalah sukar menjadi seorang isteri yang ikhlas. Jika perasaan puan terus meyakini yang suami puan boleh berlaku curang pada bila-bila masa, puan akan terus hidup dalam keadaan tertekan. Paling membimbangkan, anak puan akan terabai dan puan tidak akan mempunyai perasaan tenteram dalam diri dan kehidupan. Ini pastinya agak sulit untuk membahagiakan diri sendiri, suami dan anak.

Jika puan mahu meringankan tekanan perasaan dalam hidup puan sebagai isteri maka puan harus boleh memaafkan suami dan melupakan kisah silam sama ada dalam fikiran, perasaan dan hati. Proses ini agak sulit jika puan tidak melakukan penyerahan diri sepenuhnya pada Allah. Penyerahan diri pada Allah melalui pengetahuan bahawa semua yang berlaku ada hikmahnya, dan manusia tidak tahu apa yang terjadi pada masa depan. Banyakkan membaca al-Quran, mendengar ayat al-Quran dan terjemahannya, bersihkan diri daripada dosa melalui solat dan meninggalkan semua perbuatan yang membuat puan berdosa dan elak fokus pada keburukan suami. Jika puan fokus pada keburukannya, puan akan menemui pelbagai keburukan lagi nanti.

Fokus pada diri puan, mahu jadi isteri yang bagaimana? Baiki penampilan agar puan berasa sayang dengan diri sendiri, bersihkan fikiran daripada memikirkan yang negatif, sebaliknya memikirkan yang positif, indah dan damai. Sebab kita berkelakuan mengikut apa yang kita fikirkan. Paling penting terima kehidupan ini seadanya dan banyak berhubung dengan Pencipta kita kerana Dia memegang rekod kehidupan kita.

Belajarlah berdikari dan membina kehidupan untuk puan bersama suami atau sebaliknya. Gembiralah jadi hamba Allah dan khalifah Allah untuk menjadi ibu yang ada syurga di kaki. Selamat mencuba.

4 thoughts on “Suami berbalas mesej cinta

  1. KECANTIKAN SEORANG WANITA

    1.Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh
    mana ia dapat menahan (menjaga) malunya,
    sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak
    sejauh mana ia dapat menahan (menjaga)
    marahnya.

    2.Orang yang membujang adalah orang yang
    belum menemukan penghibur duka dan dia baru
    memperolehinya dengan berkahwin.

    3.Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan
    hidup dengan menghilangkan sebahagian
    kemerdekaannya.

    4.Wanita menghadapi banyak permasalahan
    sebahagian diatasi dengan berkhawin dan
    sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke
    liang kubur.

    5.Mata yang paling indah tetapi juga harus
    diwaspadai adalah mata kaum wanita.

    6.Jangan menyalahkan perasaan isteri anda
    kerana perasaannya yang terbaik ialah ketika ia
    menerima anda sebagai suami.

    7.Perawan tua ialah wanita yang kehilangan
    kesempatan menyusahkan seorang lelaki.

    8.Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini
    hanyalah seorang suami, dan apabila ia sudah
    memperolehinya, ia menginginkan segala-galanya.

    9.Wanita bisa memaafkan suatu pengkhianatan
    suaminya, tetapi dia tidak bisa melupakannya.

    10.Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa
    dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan
    perilakunya.

    11.Sebelum khawin, wanita hafal seluruh jawapan
    dan sesudah khawin, ia hafal seluruh pertanyaan.

    12.Barangsiapa mengawini wanita kerana
    hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya.

    13.Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki.
    Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.

    14.Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam
    menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang
    menyebabkan dia menangis.

    15.Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis
    apabila ia menginginkan sesuatu.

    16.Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia
    tidak mampu menjadikan suaminya teman yang
    termulia.

    17.Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan
    membenci, dan tidak mengenal pertengahannya.

    18.Wanita selalu tergolong manusia halus dan
    lembut sampai saat dia berkhawin.

    19.Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia
    tanpa didampingi oleh isteri yang mulia.

    20.Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta,
    sementara lelaki mencintai untuk hidup berbahagia.

    21.Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya.

    22.Seorang wanita yang bijaksana menambahkan
    gula pada kalimatnya setiap kali berbicara denga
    suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan
    suaminya.

    23.Cincin perkhawinan adalah cincin termahal di
    dunia, sebab mengharuskan pemberinya

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s