Isteri terseksa diperlaku seperti diri tak wujud

Saya sudah berkahwin sejak 10 tahun lalu dan dikurniakan tiga anak. Suami saya baik dan walaupun tidak romantik tetapi tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya. Malangnya sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dia menjadi semakin pendiam. Dia tidak berbual dengan saya kecuali saya yang mulakan. Dia juga tidak akan menyentuh saya jika bukan saya yang mulakan. Rumah kami sepi dan hanya suara anak-anak mengubat kesepian. Saya pernah bertanya apa salah saya, katanya saya tidak buat salah tetapi dia masih melayan saya seperti tidak wujud. Saya pernah luahkan semua yang saya rasa melalui surat kerana tidak mahu bersemuka, bimbang bertengkar panjang tetapi dia tidak melayan luahan hati saya dan berkelakuan seperti tidak ada apa yang berlaku. Apa pandangan doktor?

Isteri Sepi.

Jawapan:

Isteri sepi yang dikasihi. Tahniah kerana menjadi isteri dan ibu. Ini satu lagi kesempatan untuk beribadah, kerana ibu saja yang dianugerahkan syurga di telapak kakinya untuk anak-anak.

Masalah yang puan hadapi adalah satu situasi yang mencabar kehidupan berkeluarga atau tanda-tanda rumah tangga diselaputi awan kelabu. Jika awan kelabu tidak berjaya dibendung dan ditangani dengan bijak, ikhlas serta rasa tanggung jawab, ada kemungkinan boleh mengakibatkan rumah tangga dilanda ribut.

Dalam keadaan ini puan harus benar-benar berani berterus terang, berbincang empat mata dengan suami dan minta dia dengan jujur menjelaskan apa masalah yang dihadapinya. Apa yang dia mahu dalam kehidupan berumah tangga dan apa dia mahu puan lakukan sehingga menyebabkan dia bertindak membisu di rumah.

Puan juga harus mampu meminta dia menjelaskan apa sebab dia bersikap demikian dan apa yang diharapkan daripada sikap yang dia ditunjukkan itu. Puan juga harus berani menjelaskan perasaan tidak senang, kecewa, rasa terhina dengan layanan dan sikap yang dilakukan pada puan. Nyatakan juga kebosanan puan dengan cara hidup yang sedemikian, melakukan puan sebagai orang gajinya untuk menguruskan rumah dan anak-anaknya saja tanpa rasa dihargai oleh orang bernama suami.

Terangkan padanya yang puan sudah tidak mampu terseksa dilayan sedemikian. Nyatakan juga jika dia tidak suka dengan puan, minta dia buat penjelasan dan tindakan yang sewajarnya. Puan juga harus menjelaskan kehidupan berumah tangga tidak cukup hanya makan minum saja tanpa ada hubungan komunikasi yang baik dan mesra dengan ahli keluarga.

Jika usaha ini gagal, puan wajar membuat pengaduan di pejabat agama untuk mendapat hak sebagai isteri. Jika puan terus berdiam puan akan menderita dan mengalami tekanan perasaan yang serius. Keadaan itu juga boleh menyebabkan puan mudah diserang penyakit kemurungan dan kecelaruan emosi yang serius sekali gus mengundang penyakit yang lebih serius seperti barah, darah tinggi dan gangguan saraf.

Selamat berusaha mendapatkan hak puan sebagai isteri sepenuhnya, hak yang ditentukan oleh Allah. Ketenteraman perasaan puan amat bermakna pada anak-anak. Oleh itu berusaha dan berjuanglah dengan iringan doa dengan Allah tanpa henti kerana Allah tidak pernah menolak doa orang yang teraniaya. Berusaha dan berserah pada Allah sebagai penentu hasilnya.

Bersama Dr Rubiah K Hamzah

9 thoughts on “Isteri terseksa diperlaku seperti diri tak wujud

  1. Saya ni jenis lelaki yang tak banyak bercakap, tetapi isteri saya pandai memainkan peranannya..dia selalu mengajak saya membahas satu-satu isu atau topik dengan cara bertanya, apa pandangan abang jika ia begini atau begitu..kadang kala dalam hidup berumahtangga, kita akan kehabisan idea berbeza dengan zaman masa bercinta..jika kami dalam perjalanan yang jauh, isteri akan bertanya, hari ni kita nak cerita pasal apa? Makanya keadaan yang tadinya senyap dan sunyi akan terisi dengan topik-topik yang dibincangkan dan tak sedar dah sampai ke destinasi..paling penting, isteri kena bijak memainkan peranan jika suami pendiam dan begitu juga sebaliknya..

  2. abg bulu … aku bersetuju sangat dengan kau .. sifat pendiam kadang kadang memang dah semula jadi .Tapi jangan dibiarkan ..jika dibiarkan akan menjadi jarak pada perhubungan suami isteri.Sepatutnya kita kena ada sikap berlawanan .. kalau suami pendiam ..bininya kena banyak bercakap ..kalau bini pendiam suaminya kena banyak bercakap.Kehidupan bersama seharian jangan dibiarkan sunyi dan sepi ..cetuskan perbualan biar pun yang remeh temeh .. lagi elok kalau diselitkan dengan gurau senda.
    Apa apa pun .. abg bulu memang suami yang baik ….

  3. Terima kasih kebayan..mudah-mudahan saya akan menjadi suami mithali dan dapat membimbang anak isteri ke jalan allah..

  4. Tapi suami kita tak mcm tu…bila kita ajak berckp…dia kata..bising ar..lama2..kita pun jadi
    jadi tawar hati..dan terus menyendiri..hdp ni betul2 sunyi.

  5. Istilah bising (bebel) atau berbincang tidak sama sebutan dan maknanya..isteri kena pandai mainkan peranan, waktu bila nak ajak suami berbincang..waktu yang sebaiknya adalah ditempat tidur..bukan diwaktu suami pulang dari bertugas sudah dihujani dengan bermacam-macam pertanyaan..penat pun belum hilang lagi…tu yang jadi hot temper..

  6. 11 Titik Rahsia Wanita Yang Lelaki Wajib Tahu

    Suami hanya menyentuh di daerah sekitar dada dan paha? Aduh, dia wajib baca tulisan ini.

    Perempuan mempunyai banyak titik peka yang wajib dieksplorasi bukan hanya sekitar wilayah dada sahaja. Tangan dan kaki, jika disentuh secara tepat akan menghasilkan sensasi tidak terkata!

    Sebenarnya, from head to toe, itulah wilayah peka wanita, sayangnya banyak laki-laki yang tidak mengetahui hal itu. Sebahagian besar lelaki cepat menginginkan pasangannya berbaring di tempat tidur dengan kaki terbuka lebar dan meninggalkan bahagian tubuh lain. Kuno sekali!

    Inilah saatnya lelaki fokus pada bahagian tubuh pasangan yang selama ini mungkin diabaikan. Minta si dia melakukan sesuatu yang berbeza kali ini.
    Jika dia belum tahu wilayah mana yang peka terhadap sentuhan, tunjukkan saja tulisan ini padanya. Selamat mencuba!

    1. Kepala
    Minta pasangan menggunakan hujung jari dan tengah-tengah jari untuk mengelus pelipis anda. Kemudian, gunakan tangan untuk memainkan rambut sebelum dia menggunakan hujung jari untuk membelai kepala. Lakukan perlahan-lahan. Rebahkan kepala anda di pangkuan sementara dia melakukan urutan untuk bersantai dan reaksi yang apresiatif.

    2. Leher
    Tidak masalah menggunakan tangan atau mulut. Sebahagian besar wanita menyenangi saat pasangan mengeksplorasi bahagian leher, baik dengan mengelus, mencium atau mengecup ringan. Ciuman dan kucupan daerah sekitar leher dijamin menghasilkan sensasi luar biasa.

    3. Punggung
    Minta pasangan mengucup mulai rambut kepala sehingga ke punggung sementara tangan merangkul pinggang.

    4. Paha
    Minta pasangan mengskplorasi paha bahagian dalam dan luar, serta menghindari organ genital, dengan tangan atau mulut. Jangan cuba menggigitnya. Kucup daerah antara labia luar dan kemudian selesaikan sampai paha bahagian atas dengan lidah.

    5. Belakang lutut
    Anda telentang, angkat kaki, sandarkan di tubuh pasangan. Minta dia menyelusuri lutut bahagian dalam. Cium dan kucup perlahan-lahan daerah tersebut dan sekitarnya.

    6. Tangan
    Pegang tangannya dengan telapak saling berhadapan dan gunakan kedua jari untuk meraba telapak tangan dengan lembut. Minta dia meraba seluruh permukaan tangan anda. Letakkan jari tengah di mulut pasangan dan hisap perlahan-lahan. Lakukan hal yang sama terhadap suami anda.

    7. Pergelangan tangan
    Pegang tangan dengan telapak tangan berhadapan, dan gunakan hujung jari untuk menyelusuri pergelangan tangan. Setelah beberapa minit mengelus, gunakan bibir, gigi dan lidah untuk mengucup dan gigit perlahan-lahan bahagian dalam pergelangannya.

    8. Telinga
    Sampailah ke telinga dan bisikkan sesuatu seperti, “malam ini adalah malam milikmu”. Minta dia mencium bahagian atas telinga, gigit perlahan-lahan. Jangan terlalu keras nanti akan sakit!

    9. Perut
    Minta si dia memeluk pinggang anda dengan kedua tangan dan hirup aromanya ketika hidung dekat dengan perut pasangan. Minta dia mencium perut dari hujung satu ke hujung yang lain, dan secara tiba-tiba biarkan lidah menjilatinya.

    10. Pergelangan kaki
    Tak peduli Anda tengah bercinta atau memulai foreplay, tempatkan pergelangan kaki di bahu pasangan. Minta dia menyentuhnya. Elus salah satu dengan tangan dan cium dari satu sisi ke sisi lain.

    11. Kaki
    Minta si dia mengelus atau memijat ringan dengan minyak pijat atau krim. Oleskan di telapak kaki, perlahan-lahan naik ke ibu jari kemudian ke tumit.

    Sabda Rasulullah SAW:

    Barangsiapa yang hafal dan
    mengamalkan tujuh kalimah ini akan
    dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan
    akan diampuni dosa-dosanya walau
    sebanyak buih di lautan..

    1.bismillahhirrahmannirrahim:pada
    tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

    2.alhamdulliah:pada tiap-tiap
    habis melakukan sesuatu.

    3.astagfirrullah:jika tersilap
    mengatakan sesuatu yang buruk.

    4.insyaallah:jika ingin mùelakukan
    sesuatu pada masa akan datang.

    5.lahaulawalaquataillahbillah:bila
    tidak dapat melakukan sesuatu yang
    agak berat atau melihat sesuatu yang
    buruk.

    6.innalillah:jika menghadapi
    musibah atau melihat kematian.

    7.laailaahaillallah:bacalah
    sepanjang siang dan malam sebanyak-
    banyaknyaamalkanlah selalu moga-moga
    kita tergolong dikalangan orang yang
    terpilih oleh Allah.

  7. betul kata kebayan tu, memang kita ni kena balance, salah sorang kena pandai mainkan peranan. Barulah boleh berkomunikasi dgn baik. Aku pun mcm abg bulu tu. Laki aku pendiam, jadi aku kena start cari topik.

  8. saya pulak terbalik…suami jenis sangat-sangat-sangat banyak cakap! saya kurang sikit…kalau dlm kereta pjalanan 6 jam, mulut dia non-stop bercaaaakap & bercerita aje! he..he..saya sampai letih dengar + layan, so tak tido langsung le spjg jln spt yg dilakukan utk sesetengah wife lain…
    kalau kat rumah pun, dia lah banyak cakap itu ini…
    tapi yg best bila jumpa sedara mara senang..dia pandailah bawak diri dibandingkan dengan saya ni..sampaikan sedara mara saya sendiri pun rapat sgt dgn dia dek kerana keramahan…
    cuma yang ‘tak best’ time bergaduh pun dia banyak sgt cakap serupa tak mahu mengalah..bila saya senyap, dia marah pulah..adui…macam2…
    tapi, rasanya better jugak dpt suami peramah, senang dibawa berbincang, luah hati ke hati dan senang dibawa ke majlis! he…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s