Ramai remaja Britain alami tekanan jiwa

LONDON: Gadis muda Britain mengakui mereka mengalami masalah kesihatan mental akibat tekanan supaya membesar lebih cepat daripada masanya.

Kajian dilakukan oleh Girlguiding UK mendapati remaja di bawah usia 14 tahun percaya pengaruh majalah, laman web dan rakan-rakan yang memberitahu supaya mereka kelihatan dan bertindak secara seksual menjadikan mereka tidak gembira, malah mendorong sebahagiannya mencederakan diri sendiri dan mengalami masalah pemakanan.

Dua daripada lima gadis yang ditemui berasa diri mereka teruk selepas melihat gambar model atau bintang pop seperti Kate Moss dan Cheryl Cole, dan ramai berasa wajib memakai pakaian yang membuatkan mereka kelihatan lebih berusia, menghilangkan berat badan, mengenakan mekap malah mempertimbangkan untuk menjalani pembedahan plastik.

Sementara yang lain berkata, mereka tertekan untuk memiliki wang bagi membeli fesyen terbaru dan peralatan seperti iPod dan telefon bimbit.

Ketua Eksekutif Yayasan Kesihatan Mental Dr Andrew McCulloch, yang menjalankan kajian berkata: “Gadis dan wanita muda dipaksa membesar pada tahap tidak normal dalam masyarakat yang kita, golongan dewasa, cipta dan ia merosakkan emosi mereka.

“Kita bertanggungjawab untuk membetulkan keadaan ini – perlu menangani punca kesukaran yang dihadapi remaja sekarang.” – Agensi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s