Lelaki abai mukadimah seks

Secara klinikal, ramai di kalangan lelaki negara ini dikesan tidak mengetahui teknik sebenar semasa bersama pasangan masing-masing. Kegagalan mereka dengan mengabaikan aspek kemesraan sewaktu memulakan hubungan seks menyebabkan pasangannya bosan lantas mengakibatkan masalah kedinginan hubungan seksual.

Percaya atau tidak, ramai juga lelaki yang dikesan tidak mengetahui cara sebenar hubungan seksual dan hanya terikat kepada satu posisi, walaupun telah mempunyai ramai anak.

Kebanyakan mereka hanya melakukan hubungan seks mengikut cara tersendiri termasuk melalui pembacaan tanpa mengambil kira kepuasan pasangan termasuk terlalu cepat sampai kemuncak.

Mengikut fakta klinikal juga, ramai yang berhadapan dengan masalah seksual ini terdiri daripada golongan yang aktif melakukan hubungan seks, termasuklah mereka yang ramai anak tanpa mengira usia dan latarbelakang.

“Ramai yang anggap teknik mereka berkesan, tetapi hakikatnya tiada buku panduan tepat dalam hubungan seks kerana ia terikat dengan pelbagai faktor. Selain setiap individu mempunyai titik kepuasan tersendiri, faktor kesihatan juga memainkan peranan utama,” ujar Profesor Madya Dr. Shamsul Bahri Ismail.

Pakar Kesihatan Lelaki Jabatan Perubatan Keluarga Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan itu turut menegaskan kedangkalan pengetahuan lelaki terhadap seks dan naluri wanita selain ego menyebabkan pasangan lelaki sering bersikap dominan semasa melakukan hubungan seks tanpa mengambil kira kepuasan pasangan masing-masing.

“Tindakan mereka mengabaikan kepentingan bermesra sebagai mukadimah sebelum meneruskan aksi seterusnya dikira sebagai kegagalan kerana tidak mengambil kira teknik hubungan seks sebenar,” ujarnya kepada Kosmo!.

Menurut beliau, masih ramai lelaki yang beranggapan aspek kemesraan sewaktu bersama sebagai isu remeh, membebankan lantas ada yang menganggapnya tidak perlu.

Katanya, Klinik Kesejahteraan Lelaki (KKL) HUSM mengesan terdapat sebahagian daripada lelaki tidak mempedulikan perasaan pasangan, asalkan diri sendiri mencapai kepuasan.

Menurut beliau, suami pula kerap menyalahkan isteri jika tidak lagi terangsang tetapi keupayaan mereka sebenarnya dilemahkan oleh pelbagai penyakit.

“Tidak ramai lelaki yang bersedia bercerita masalah seksual mereka dan menjalani pemeriksaan kerana bersikap ego.

“Sebaliknya, mereka lebih gemar mencari jalan keluar dengan mengunakan ubat-ubatan kampung dan kaedah yang lebih membahayakan kesihatan,” ujarnya yang telah merawat lebih 100 pesakit yang menghidap pelbagai masalah berkaitan seksual.

“Bilangan anak dan teknik hubungan merupakan dua perkara berbeza,” jelasnya yang juga konsultan di Klinik Kesejahteraan Lelaki (KKL) HUSM.

Ujarnya, hubungan seks bukan sekadar ‘masuk dan lepaskan’ sahaja dan kegagahan seseorang lelaki juga tidak diukur daripada faktor fizikal.

Ini kerana katanya, ramai lelaki yang nampak gagah serta mengaku mampu bertahan lama di ranjang tetapi sebenarnya tidak memberi kepuasan yang maksimum kepada pasangannya seolah-olah beraksi seorang diri sahaja.

“Kebanyakan lelaki hanya mengetahui masalah ini semasa mendapatkan rawatan di KKL apabila dikesan secara tidak langsung ketika mendapatkan rawatan untuk penyakit-penyakit lain selepas melakukan saringan darah.

“Melalui saringan ini, kita boleh kesan pelbagai masalah seperti jantung, kolestrol dan hormon memberi kesan kepada kemampuan seks, penyakit mati pucuk, masalah saiz zakar serta testis.

“Sesetengahnya dikesan tidak mengetahui cara sebenar teknik seks berkesan walaupun telah mempunyai ramai anak,” ujarnya sambil memberitahu KKL ditubuhkan sejak Mac tahun lalu.

Katanya, pada sesi rawatan pesakit akan menceritakan masalah seks mereka yang tidak pernah dibincangkan sebelum ini kerana menganggapnya sulit.

“Mereka yang ingin mendapatkan rawatan, perlu mendaftar di Unit Rekod HUSM sebelum dirujukkan di Klinik Perubatan Keluarga untuk mendapatkan temujanji KKL yang diadakan pada setiap Khamis.

“KKL ditubuhkan di HUSM bertujuan untuk menarik pesakit lelaki yang dikendalikan sepenuhnya warga kerja lelaki,” ujarnya mengakhiri perbualan.

Oleh HAPIZAH AZIZ

~ Kosmo

Teknik Pancutkan Isteri. Keterangan lanjut, sila klik sini.



Seni Melambatkan Pancutan. Keterangan lanjut, sila klik sini.

14 thoughts on “Lelaki abai mukadimah seks

  1. kdg2 aku fikir ..diorang lelaki ni bila bersama ngan isteri mcm satu tanggungjawab saja. x ada mukadimah. ..hanya melepaskan batuk di tangga aja..x tau nak menghargai hati kecil isteri yang melibatkan kepuasan sebelah pihak saja.

  2. time nih la kene open minded untuk mengetahui cara2 yg terbaik untuk bermesra..

    da nama hidup bersama, hati kene jaga woo…

  3. Suami dan isteri saling memerlukan, saling memberi dan juga menerima setiap apa juga kekurangan dan kelebihan pasangan masing-masing..selalunya wanita disifatkan sebagai pemalu tapi suami kena bijak memainkan peranan..

  4. Kalau seorang suami itu memang benar-benar bertanggungjawab, dia tak akan buat begini. Alasannya kerana perbuatan ini dibenci oleh Rasulullah saw. Rasulullah saw mengutuk perbuatan ini.

    Jika mahu jadi umat Rasulullah saw, maka amalkanlah sunnah Baginda dengan baik. InsyaAllah banyak keberkatannya.

  5. lelaki memberi perempuan menerima…..Berjuta tahun perkara ini sudah terjadi.Ini adalah fitrah alam. Tujuan utama….untuk menambahkan zuriat.Kenalah ada kerjasama dari sebelah pihak kalau tidak……merogol namanya

  6. tapi rasanya kalau cerita tanggung jawab…selalunya si isteri yang melayan suami kerana tanggung jawab….by right,,,,hubungan sex ni adalah satu perkara yang dua
    belah pihak suka melakukannya…sesuatu yang kedua2 belah pihak tertunggu2 untuk
    melakukannya….dan bukan kerana TANGGUNG JAWAB……TANGGUNG JAWAB untuk melayan sex suami atau isteri adalah tahap paling minima dalam requirement utk
    melakukan sex….dan bila dah di tafsirkannya sebagai tanggung jawab…lalu..terjadi lah sex tanpa mukadiman lah….paksaan lah….apa lah……

    tiada mukadimah sex secara basic bleh di katergori sebagai dua sebab…
    1) tak tahu.,….
    2) Tak mahu…

    di amana sebab no 2..kritikal?..kenapa terjadi?..ada awek lain?..jantan lain?…tak minat
    kat partner dah?….

    sebab no satu..sandiri mau ingat….kene belajarlah…bincang dengan partner….dan sebagusnya kita ikut sunnah Nabi di segala segi…..tapi jangan lak main ikut sunnah
    dan partner tak puas…tapi lain ikut setan…..

    get my point?…mukadimah tak ikut sunnah…tapi tak haram….

    salam sume

    fikir-fikirkan lah

  7. jie…bagi saya yang cetek pengetahuan agama ni…..rasanye apa saja yang kita org
    Islam buat patutnya mesti kerana Allah…itu kira primary …dan di bawah primary
    ni ada detail components….tu yang kita kupas ni…

    my point is….kadang-kadang ada org yang bermasalah ni…menggunakan alasan agama
    untuk tidak melakukan sesuatu yang dia tahu dalah lubuk hatinye dia tak buat sebenar
    nya bukan kerana Allah..tapi sebenarnya dia tak mahu….cuma mencari alasan takmo buat……kalau lah indahnya betul2 kalau dia tak mau buat sesuatu genuinely kerana
    Allah….hati2..jangan sampai menjual nama Allah utk di jadi kan alasan

    dan….di sebelah sananya…activity lain dia sume tak berlandaskan sunnah…sume
    berlandaskan setan……lagi terang camni lah….bila nak main ikut sunnah……pastu abg kuar jap ye yang jumpa kawan kat pub….member ajak minum beer…

    Salam

  8. salam semua.. Pada pendapat saya.. pujuk rayu is da best way untuk mengeratkan keintiman pasangan suami isteri… selain itu, perempuan sendiri akan mudah meluahkan kehendak mereka… memendam rasa hanya akan menyusahkan kedua dua pihak.. Tanpa kita sedari sebenarnya…kebanyakan kes kes cerai adalah berpunca daripada hubungan seks.. mungkin kerana kejahilan pasngan atau kedua-duanya.. Namun, hal ini tidak dibawa ke depan untuk dibicarakan kerna tidak mahu mengaibkan pasangan.. Maka mereka terpaksa berselindung disebalik hakikat yg sebenar. Seks yg halal merupakan terapi minda dan jiwa.. Apa salahnya jika sunnah ini dilakukan mengikut ajaran yang sepatutnya.. Salam…

  9. Tidak semua pasangan boleh membincangkan isu ini dari hati ke hati. Mungkin seorang agresif dan seorang lagi pasif. Bersyukurlah jika pasangan kita boleh meluahkan kehendak masing-masing demi keharmonian bersama.

  10. Salam sume

    Indah rasa org lelaki memang ego dan x ramai yg nak bincang pasal kepuasan pasangan masing2. Indah dah kawin 20 tahun…anak 2 dah remaja.. beza umur pun agak jauh ngan hubby 15 thn. Nak kata puas tu entah ler….tapi Indah terima hubby seadanya dan pk hanya nak bahagiakan dia saja. Selalu nya pura2 puas supaya hubby x rasa rendah diri…itu ler nasib kaum hawa. Bila Indah banyak membaca…cuba2 ler bagi artikel pasal lelaki…belikan dia krim n supplement for men…..sumenya ngan niat baik untuk baiki hubungan suami isteri…ckp baik2 ngan dia….tapi tu ler org lelaki..ego sgt….lain pula penerimaan….sudah ler x di hargai..sebaliknya menjadi sbb pertengakaran…Indah sedih sgt….Indah bukannya x cantik lagi…n ramai men yg cuba nak goda….tapi Indah masih ada iman lagi….entah ler…kalau x kuat iman…mcm nak cari lain je. Tapi yg menguatkan hati Indah ni hanyalah takut dosa dan balasan Allah walaupun jiwa ni merintih sgt. Wahai teman2 yg budiman berilah Indah ckit nasihat ke buat hilangkan stres ni. tima kasih n wasalam

  11. indah .. sepatutnya memiliki anak anak yang sudah remaja .. hubungan suami isteri makin rapat dan intim kerana sudah tiada lagi gangguan .Kemana saja pergi berdua dan sudah boleh jalan berpegangan tangan dan sudah boleh agak manja dengan suami .Maka bila sudah mesra dan romantik .. hubungan atas katil akan menjadi satu bilik yang indah untuk beradu kasih ..
    Indah kena membangkitkan suasana kaseh sayang seperti ketika masa bercinta dahulu .. maklum lah bila dah lama kawin perasaan itu telah hambar .. sebagaimana hambarnya hubungan kita diatas katil .. kadang kadang masaalah diatas katil ini , kita selesaikan dengan cara saikologi .. berterus terang akan memburukan keadaan ..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s