Makan tempe boleh ‘mandul’

BOSTON: Lelaki mengamalkan diet sayur-sayuran berasaskan soya dinasihatkan mengurangkan pengambilan makanan itu apabila penyelidik mendapati ia berisiko menjejaskan kesuburan golongan itu dengan mengurangkan bilangan sperma.

Kajian mendedahkan, lelaki yang makan purata separuh makanan berasaskan soya menghasilkan bilangan sperma kurang berbanding mereka yang tidak memakannya. Di kalangan lelaki yang memiliki berat badan berlebihan atau obes, kesannya lebih nyata.

Kurang bilangan sperma diketahui menyukarkan lelaki menghamilkan isteri atau pasangannya.

Menurut penyelidik, bahan digelar isoflavones dalam soya yang menyerupai hormon seks wanita, oestrogen, dipercayai menjadi punca. Kajian ke atas haiwan mengaitkan pengambilan tinggi isoflavones dengan masalah ketidaksuburan.

Dalam kajian terbaru, penyelidik Amerika Syarikat mendapati lelaki yang mengamalkan pengambilan tinggi makanan berasaskan soya memiliki bilangan sperma jauh lebih sedikit berbanding lelaki yang tidak memakannya langsung.

Diketuai Dr Jorge Chavarro dari Jabatan Kesihatan Awam Harvard di Boston, mereka menyoal lelaki mengenai pengambilan 15 jenis makanan berasaskan soya. Ia termasuk tofu, tempe, sosej soya, burger, susu soya, keju, dadih dan ais krim, hasil soya seperti kacang panggang dan minuman.

Lelaki dalam kumpulan mengamalkan pengambilan paling tinggi diberi makanan berasaskan soya secara purata setengah hidangan sehari.

Kaitan antara pengambilan soya dan bilangan sperma lebih kuat di kalangan lelaki obes atau memiliki berat badan berlebihan, kerana tubuh mereka mengeluarkan lebih banyak oestrogen berbanding lelaki kurus, kata penyelidik. – Agensi

4 thoughts on “Makan tempe boleh ‘mandul’

  1. mmg diakui kajian yg diaorg buat tu ade btolnye….

    tpi, ape pula kesnye ngan org cine and org jawe yg mengambil tempe sebagai makanan sajian mereka….

    org cine mkn tofu… (tofu dibuat drpd kacang soya)

    tpi, masi juga ade rmi anak…..

    so, punca kemandulan tersebut bukanlah berpunca daripada satu faktor je…. ade byk lg…

  2. juz kurangkan aje, bukan nye melemahkan sperma…

    kalu sperma yang kuat n aktif, walaupun dalam kuantiti yang sedikit, still leh menghasilkan zuriat jika dengan izinNya….

  3. Kacang soya dalam keadaan asal yang tanpa proses penapaian (fermentation) adalah tidak sesuai sebagai pemakanan kesihatan. Produk kacang soya tanpa penapaian mengandungi asid phytik, yang mengandungi sifat anti-nutrisi. Asid phytik mengikat dengan beberapa nutrien , seperti zat besi , dan menghalang penyerapan ke sel dan darah.

    Apabila kacang soya ditapai , ia menjadi produk sepeti tempeh dan natto, kesan asid phytik terhapus. Penapaian juga menghasilkan probiotik – iaitu bakteria baik yang badan sangat memerlukannya, seperti laktobacilli – yang meningkatkan kuantiti, penghadaman dan asimilasi nutrien di dalam badan. Proses penapaian menyahkan kesan negatif soya dan menukarkan ia kepada makanan kesihatan yang “power”.

    Orang Asia makan soya yang telah ditapai seperti tempe, nato, kicap dan sebagainya. Orang barat pula makan produk soya bermacam cara yang baru tanpa tapaian.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s