Tiga Doa Mustajab

Rasulullah saw bersabda;
“Tiga jenis doa yang sangat mustajab, doa orang yang berpuasa, doa orang yang dizalimi dan orang yang bermusafir.”

(Hadith riwayat Ahmad, Bukhari, Abu Dawud & Tirmidzi)

Pengajaran daripada maksud hadith:

Kita manusia terlalu banyak keperluan, hanya Allah swt sahaja satu-satunya tempat untuk kita mengadu, maka pergunakanlah saat ini sebaik-baiknya untuk berdoa, semuga segala hasrat baik kita akan tercapai.

Ketiga–tiga situasi di atas memerlukan ketahanan fizikal dan kekentalan spiritual yang tinggi dan Allah swt membalas lantaran sabar kerananya dengan anugerah yang setanding kehebatannya iaitu ‘kemustajaban doa’.

Sekiranya segala permintaan kita masih juga belum termakbul, cuba muhasabah diri kemungkinan kita masih belum menyempurnakan syarat-syarat kemakbulan doa atau permohonan kita tidak benar-benar jitu (yakin) terhadap Allah swt. Awasi diri daripada menzalimi orang lain dengan apa cara sekalipun, bimbang mereka termasuk di dalam golongan yang dinyatakan dalam hadith ini.

Sekiranya kita berada dalam situasi tidak tenteram, menghadapi musibah bersilih ganti, pekerjaan tidak menjadi, yang dikejar tak dapat yang dipegang lari, antara muhasabahnya ialah dengan merenung jauh ke lubuk hati berkemungkinan ia kesan doa orang yang teraniaya lantaran usaha kita sendiri.

Jika kita termasuk dalam golongan orang–orang yang dizalimi, berdoalah agar Allah swt memberikan taufik dan hidayah kepada mereka, bukan mendoakan keburukan sebagai membalas dendam sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Baginda saw kepada penduduk Taif. Bagi mereka yang sentiasa atau selalu keluar bermusafir, pergunakanlah senjata ampuh kalian di tempat yang sepatutnya.

Antara golongan yang sangat rugi ialah mereka yang berpuasa, dizalimi dan bermusafir tetapi tidak berdoa bersungguh-sungguh untuk mendapat keampunan Allah swt serta kebebasan daripada api neraka.

3 thoughts on “Tiga Doa Mustajab

  1. ya allah..ampunila dosa2 ku,bukakn hati org yg menzalimi aku,aku mengaku..dan aku bertaubat atas nama mu Ya Allah…kalau dia ciptakn utk ku..kau dekati ia kepada ku..jikalau dia bukn diciptakn utkku..kau butakn hati ku..mngingtinya..dan kau jauhkn yer dr ingtnku..AMIN..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s