Petua Suami Isteri

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda.

4.. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja. I thought wives are only supposed to provide that service, bukannya jaga anak, masak, mencuci dan sebagainya!

5.. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga. Ada suami, isteri s eda ng makan disuruh cebok kencing dan berak anak s eda ngkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya.. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga s eda ngkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh. Frust, tau tak!

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak s eda ngkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan
perbelanjaan keluarga)

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda Cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya. Jangan sampai isteri nak mampus pun tak perasan.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya
dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. . Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang
perempuan ni enteng sahaja.
Oleh Dr Fadhilah Kamsah

23 thoughts on “Petua Suami Isteri

  1. Nama pun Petua Suami Isteri. Jangan baca seorang diri. Print bincang dengan pasangan. Kalau isteri je yang tahu suami tak tahu , tak jadi apa-apa juga. Itu yang jadi isteri mengutuk suami sendiri begitu juga sebaliknya. Jangan selalu cari salah pasangan kita. Sebab kita sendiri pun bukanlah insan yang sempurna.
    “Suami adalah cermin isteri dan begitu juga sebaliknya.”

  2. selalunya bila berlaku pertenkaran rumahtangga … mesti ada ungkit mengunkit .. yang banyak bercakap mestinya siisteri .. untuk meluahkan perasaan .. tapi yang diluahkan itu tidak mendapat jawapan .. malah jawapan yang dijawap adalah dirinya sendiri . Pastikan bila bertengkar , sama sama meluahkan perasaan .. beri peluang sisuami meluahkan isi hatinya .. pandang mukanya agar senang memahami .. sesi pertenkaran ni sebenarnya elok .. ialah untuk meluahkan segala yang terbuku dihati dan dapat perbetulkan apa yang dirasakan salah .Tapi .. biar sama sama bercakap ..

  3. memang betul pun en kebayan.seharusnya kedua-duanya meluahkan perasaan masing-masing…….x gitu kan….barulah bahagia….baru mudah untuk setel masalah….betul x????

  4. bagus sangat petua tu…tapi untuk suami yang prihatin pada isteri mudah terima bagi yang ego tu liat isteri juga kena banyak sabar dan didik suami juga…

  5. patutnya ditubuhkn satu badan/prsatuan yg wjb dianggotai para suami dan lokasinya mgikut mukim atau kg atau kwsn prumhan. Tujuannya utk mnyedarkn para suami ttg peranan mrk bkn shj diluar rumh malah yg paling byk tggjwb di dlm rmh agar istri tdk trbeban dn trtekan memikul tggjwb brseorgn krn kbykn suami brmslh spt yg disebut diatas.

  6. xman..masa tu tak kesah asal ado bakal..sebab kawan2 semua dah rmh/tangga..((contoh aje nie))…tak kan lah insan berketyap tu asik nak buat gitu..dah tentu penoh dada dgn keilmuan nya..pasti berkuda ke sorga,… bersama..tak kan nak jatuk di titian tu kot..tapi xman apa yg kita idamkan atau dgn perwatakan nyata tu tak bermakna ticket kegerentian membahagiakan kita ke sorga..kita idup di alaf baru nie ..macam2 bala pancaroba derita akan kita terima dan lalui..dah banyak yg beranak tampa disatukan..macam negara eropa atau amerika tu..skrg nie pun anak luar nikah pun dah belambak menjadu jadi..apa lah nak mengungkitkan dgn peraturan lagi ..terima aje keadaan..kdgkala kita yg tersalh memilih bagitu untok di merasai…kaitkan juga nisbah zaman skrg nie pun 50-1 (M-F)..zaman sekarang time table dah jadi basi..masing2 mengikut cita rasa diri sendiri..barangkali jua perasaan jugak selalu menjadi sangsi..mengikut hati naluri…alkisah dan tauladan ..aku dulu berketayap tak lekang lekang..byk orng keluarga sanjung aku..insan berkualiti baik punya..tapi demo tak tahu..aku ada pasang lagi..bila balik buat buta tuli..dgn duit dapat membeli mengatasi segala gala nya dlm idup ini..tampa duit ungkitan menjadi jadi..kesusahan di rasai..pergantungan idup perhatinan bersama antara satu diingini..dgn duit kesayangan kebahagiaan menjadi reality..tampa peraturan haluan..ia akn menjelma sendirian dipermikiran..mengatasi kerumitan diri..apa kah nak disesalkan lagi ..berdoa lah kepada illahi semoga diberkati..dlm idup ini. tq 4 reading..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s