Atur belanja dengan bijak

Oleh Noriah Idris

SALAH satu punca berlakunya perceraian adalah apabila ekonomi rumah tangga tidak kukuh. Malah, ia sering menjadi punca berlakunya pergaduhan dalam rumah tangga.

Ia bukan disebabkan gaji tidak mencukupi, tetapi ketidakpuasan hati ke atas cara pasangan membelanjakan wang gaji, kata Shamsuddin Abdul Kadir.

Beliau yang juga perunding kewangan berkata, pasangan yang baru berkahwin perlu memulakan perancangan mengenai gaji yang mereka terima sejak hari pertama mereka diijabkabulkan atau bergelar suami isteri.

Saranannya supaya pasangan yang baru mendirikan rumah tangga mendalami ilmu dalam pengurusan wang gaji supaya mereka dapat mengatur perbelanjaan dengan bijak.

“Bukan saja peniaga yang terpaksa melalui tempoh sumpahan maut, pasangan baru berkahwin juga perlu memastikan mereka dapat melepasi tempoh lima tahun pertama hidup berumah tangga.

“Jika ketua keluarga iaitu suami gagal menunjukkan kebolehan merancang wang dengan betul, sudah pasti isteri tidak lagi menaruh harapan pada suami bagi menjamin masa depan yang selamat,” katanya.

Untuk memastikan ekonomi keluarga terus mantap, menurutnya, setiap pasangan baru perlu memastikan mereka mengamalkan gaya hidup bersesuaian dengan pendapatan mereka.

Menurut Shamsudin, ramai yang menganggap mempelajari kaedah merancang kewangan keluarga adalah tidak penting.

“Mereka percaya mengurus kewangan semudah dua campur dua bahagi dua, sedangkan jawapan bagi persoalan matematik itu bukan dua seperti yang mereka sangkakan.

“Mengurus kewangan tidak rumit apabila pasangan yang baru berkahwin melengkapkan diri dengan kemahiran dalam kewangan peribadi.

“Pasangan yang mempunyai kelulusan dalam bidang perakaunan tidak menjamin dirinya dapat mengurus kewangan peribadi dengan betul.

“Akaun syarikat yang dipelajari tidak sama dengan pengurusan akaun wang masuk dan keluar untuk dirinya sendiri. Ini bererti, semua pasangan walaupun berkelulusan dalam bidang perakaunan sekalipun perlu melengkapkan diri dengan selok-belok pengurusan kewangan peribadi,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s