Kematian Adalah Ketentuan Allah

DAN Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau ia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berpaling tadah menjadi kafir?) dan ingatlah, sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka ia akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun; dan sebaliknya Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu.) (Ali-Imran: 144)

HURAIAN

Setiap yang bernyawa pasti akan mati. Begitulah juga yang juga yang berlaku kepada Nabi Muhammad s.a.w., di mana baginda juga adalah seorang rasul yang sama seperti rasul yang sebelumnya telah mati atau terbunuh seperti Nabi Musa yang telah wafat dan Nabi Zakaria dan Isa yang telah dibunuh. Namun kita pasti berpegang teguh dengan agama walaupun rasul yang telah membawa risalah telah mati atau di bunuh kerana rasul juga manusia seperti nabi-nabi yang lain. Mereka ada tugas yang akan selesai sebelum meninggal dunia.

Namun orang-orang yang berpaling dengan kembali kepada kekufuran kerana kelemahan iman mereka, ia sedikit pun tidak memberi kesan atau mudarat kepada Allah s.w.t. dari tindakan itu. Bahkan ia akan memudaratkan dirinya sendiri kerana mereka akan dibalas dengan seksaan api neraka akibat perbuatan mereka itu.

Seterusnya Allah s.w.t. akan memberi balasan pahala kepada mereka yang syukur di atas nikmatnya. Iaitu mereka yang taat perintahnya, berjuang untuk agamanya dan pengikutnya samaada ketika baginda masih hidup atau telah wafat. Mereka ini di beri rahmat dan fadhilat-Nya di dunia dan di akhirat di atas kesyukuran dan amalan mereka.

KESIMPULAN

Nabi Muhammad merupakan seorang manusia yang juga wafat seperti mana semua makhluk yang bernyawa yang lain. Namun orang Islam ditentukan agar berpegang teguh dengan risalah Nabi Muhammad s.a.w. walaupun Baginda sudah tiada lagi. Dengan itu Allah akan memberi balasan sebaiknya kepada mereka yang sentiasa syukur di atas semua nikmat-Nya.

– Disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s