Orang bujang paling merana

CANBERRA: Satu kajian terbaru menyanggah kepercayaan ramai apabila mengesahkan golongan bujang yang ada kerjaya dan memiliki kewangan yang kukuh adalah kelompok masyarakat paling tidak bahagia berbanding mereka yang berumahtangga serta warga tua.

Kajian terbaru Jabatan Hal-Ehwal Kekeluargaan, Perkhidmatan Masyarakat dan Pribumi Australia sebaliknya menyenaraikan golongan pesara yang biar pun kesempitan wang, sebagai kelompok paling bahagia dan diikuti pasangan suami isteri yang bekerja dan cukup wang, lapor akhbar Britain, Daily Telegraph, semalam.

Golongan lain termasuk pasangan atau ibu dan bapa tunggal yang bekerja, mempunyai anak dan tertekan tetapi masih bahagia.

Namun, berbanding semua, kelompok bujang yang sihat, bekerjaya dan faktor kewangan yang kukuh terbukti paling tidak gembira.

Malah, mereka terbukti berada di kedudukan teratas carta mereka yang tidak bahagia, mengatasi kelompok penduduk miskin yang hidup tersisih dan tiada wang.

Kajian itu membabitkan 6,000 responden yang ditanya soalan mengenai kerjaya, perhubungan, kewangan, keadaan kesihatan dan perlakuan yang berisiko.

Kumpulan bujang yang rata-ratanya berusia 33 tahun, membabitkan mereka masih solo yang bertugas sepenuh masa, memperoleh pendapatan purata melebihi tahap sederhana dan berpuas hati dengan kerja mereka.

Malangnya, biarpun bermandikan kelebihan yang dianggap ramai sebagai resipi bahagia, golongan bujang ini terbukti berduka, khususnya mengenai status diri masing-masing serta mempunyai kepuasan diri dan hidup yang rendah.

“Hasil kajian itu hanya menambah berita buruk kepada golongan bujang, tetapi persoalannya mengapa nasib mereka sebegitu malang?” soal Pakar Kesihatan dan Kemasyarakatan Universiti Flinders, Britain, Profesor Carol Grbich.

“Hakikatnya, ada banyak kisah menarik mengenai golongan bujang ini. Merekalah golongan paling banyak tertekan atau murung dan membunuh diri,” tegasnya.

Pakar Psikologi, Evelyn Field, berkata majoriti golongan bujang ini berasa tertekan dengan kekurangan iaitu tidak mempunyai pasangan.

“Berikutan itu, mereka lazimnya gelisah, tertekan dan sentiasa murung.” – Agensi

17 thoughts on “Orang bujang paling merana

  1. begitulah pentingnya pasangan kita dalam hidup. saling perlu memerlukan. Jadi hargailah pasangan kita. Terima dan cintailah kekurangan pasangan kita. Kekurangan pasangan kita sebenarnya yang mencorak dan menceriakan rumah tangga kita.. Jangan nak komplen jer..hehehe

  2. masa aku kerja dulu aku ada seorang kawan baik .. dia dah ageing. Kasihan melihat dirinya.. tinggal seorang tanpa suami dan anak.Bukan dia memilih jodoh .. tapi .. jodohnya yang tak sampai.Puas jugaklah pergi berubat .. mandi air bunga .. mandi air tujuh masjid .. mandi air longkang aje belum lagi kata nya.Lama lama dia pasrah pada takdirnya.Memang sedih hidup kesaorangan .. tiada siapa yang peduli .. hidup kosong tanpa kaseh dan sayang… tambahan bila meniti hari hari tua esok ..

  3. Kebayan,

    Tanya la kat kawan kebayan tu, kalau2 dia rasa nak ambik anak angkat ke…
    mana la tau kan… At least ada gak teman untuk berbual masa kat umah….
    xdelah dia terlalu fikirkan pasal jodoh tu…. lagipun jodoh kan ketentuan Allah…
    Sebagai manusia kita merancang saja….

    Mana tau kan… berkat jaga anak-anak yatim tu Allah kurniakan pula wat kawan kebayan tu suami yang baik…. insyaAllah….

    Sekurang-kurangny kalau dididik anak angkat tu kejalan yang baik,
    Nanti masa dah tua2 nanti ada gak orang yang ambil berat pasal kita….
    Tak laaa rasa sunyi sangat…..

    Manja cadangkan je laaaa… sebab kawan manja penah wat camni untuk elak depression dan sunyi kat rumah…..

  4. kawan aku tu dah pasrah .. sekarang ni dia sibuk kan dirinya dengan ilmu ugama disurau surau .. dia pon dah malas nak pikir pasal kawin ..Pasal katanya kalau dia kawin masa ini pon .. jodohnya mesti dengan datuk yang title ada penyakit ..

  5. ” Dunia dah berubah, negara dah maju” Zaman sekarang semuanya dah berubah. Kalau dulu ramai yang berkahwin pada usia muda. Walaupun ilmu rumahtangga kurang tapi kebanyakkannya hidup bahagia hingga ke akhir hayat. Tapi sekarang umur 30’an masih dikatakan muda dan masih tidak berumahtangga. Alasan yang biasa belum bersedia dan mahu mengenali hati budi pasangan. Tapi bila dah kahwin banyak pula masalahnya walaupun dah bersedia dan kenal hati budi pasangan. Betullah ajal, jodoh dan pertemuan Allah yang menentukan tapi kalau dah banyak sangat kejadian yang sama terjadi tentulah ada yang tak kena dengan sikap dan budaya kita sekarang ini.
    Kadang-kadang terfikir juga alangkah baiknya jika kita dapat hidup dalam dunia yang serba moden tetapi dengan budaya lama.

  6. nek kebayan..
    kwn nek kebayan tu same dgn kwn farah..umo 4tahun lg nak 50..
    tp lom kawin..ari minggu sll gi surau dari pagi smpai ke malam..
    kasihan gak tp btul gak ckp nek kebayan..klu kawin pun mst dgn dpt yg berpenyakit..susah nak dpt yg berusia,single & sihat.

  7. betul kalam….ada tu yang kata….tunggu beli rumah baru nak kawin….takde lak
    aku rasa point ni dalam ugama kita…he he….ke ada yang kata..nanti bakal laki
    aku stabil dulu….he he….kang stabil angkat dua sekali lak bini baru tau…he he

    Salam sume

  8. tu la, sume tuh sibuk nak carik harta dunia, diorang tatau ke allah da ckp kalu kahwin tuh lagi bertambah2 rezeki die bg…

  9. Kita hidup ni mesti ada matlamat. Untuk capai matlamat kena ada perancangan. Saya dulu target umur 26 tahun nak kahwin. Walaupun masa tu bukan sahaja duit tak cukup, calon pun tak ada lagi. Tapi disebabkan nak capai matlamat kita kena ada usha. Walaupun sampai buat pinjaman tapi alhamdullilah rezeki murah lepas kahwin dapat anak dan hutang habis bayar. Rezeki anak lepas tu dapat beli kereta walaupun second hand je dan rumah walaupun pendapatan 12 tahun lepas tak banyak mana. Alhamdullilah sekarang ni nak kata senang tu tak la, tapi tak la meminta-minta.
    Pendek kata macam kata kayeye la jangan kejar sangat dunia ni. Memang kita tak akan pernah rasa puas dan cukup. Jadi hamba nafsu. Itu yang buat hidup kita jadi merana.

  10. x kira macam mana pun takdir hidup kita, solo ke..atau dah berumahtangga, kita kena sentiasa belajar bersyukur dgn apa yg dah diberi oleh Allah kepada kita. hargai setiap yg kita ada sebab orang lain mungkin x ada apa yg kita ada. bagi yg belum/lambat sampai jodoh, bersabar la banyak2. tapi usaha kena la juga buat & lastly tawakal je la kpdNya. kalau masih belum ada rezeki jgn bersedih. mungkin itulah kekurangan anda (lambat jodoh) tapi tentu Allah ada beri anda kelebihan di tempat lain (cth. sihat, cantik, murah rezeki dsb). selalu2 la fikirkan kelebihan2 yg anda ada tu supaya dpt menenangkan hati anda..

  11. “semua org tahu ckp…tp utk melaksanakn tsgt la sukar”
    begitula blaku pada ku..mencari jodoh bukan sesuatu yg mudah..
    walaupun umur ku masih dalam 20an. memang org cakap masih muda..tp bg ku masa itu pantas blalu.. dalam 5 r 6 tahun lagi aku da meningkat tua..tp segala-gala ku serah pa yg kuasa..penat sudah ku bercinta putus n cinta lg..putus lg..lastly ku fikir lebih baik berserah saja..bukan give up..tp buang masa untuk bercinta…biar masa yg bg jawapan..untuk semua..mengenali org biar berpada-pada..berkwn lebih2..akan membinasakn..akn mlukakn, dlukakn dan akhirnya smua tluka..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s