Cara baru ransang anak belajar

Pakar perkembangan bayi percaya tahun pertama ke hidupan bayi tempoh utama berlakunya proses pembe lajaran.

Tidak perlu muzik klasik, alat pembelajaran bahasa atau kad imbas untuk merangsang otak bayi atau kanak-kanak. Alat pembelajaran terbaik baginya ialah individu di sekeliling si kecil itu.

Bercakap, menyanyi dan ketawa bersama antara interaksi harian yang lebih penting. Namun, kadangkala memang sukar memikirkan cara baru merangsang anak kecil (terutama sekali apabila si ibu atau bapa tidak tidur malam kerana meredakan tangisannya).

Berikut antara aktiviti menarik (berdasarkan sains) yang disarankan:

1. Bertentang mata. Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah pada awal usia malah setiap kali dia merenung individu di hadapannya, dia sedang membina memorinya.

2. Bercakap-cakap dengannya. Walaupun reaksi yang di berikan rupa keliru dan hairan, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. La ma-kelamaan, dia akan dapat menangkap rentak perbualan dan mengisi ruang kosong yang dibiarkan senyap itu.

3. Jika boleh, beri susu badan dan lakukan selama mana yang anda boleh. Berdasarkan fakta, kanak-kanak yang diberi susu badan mempunyai tahap kecerdasan tinggi.

Tambahan pula, susuan badan dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya.

4. Jelirkan lidah. Kajian menunjukkan bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah – ia menandakan kaedah penyelesaian masalah pada awal usia.

5. Hasilkan buku binatang. Sekiranya melawat taman haiwan atau zoo, ambillah gambar haiwan kesukaannya untuk di jadikan album.

Kemudian, baca buku itu bersama si kecil sambil me namakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi dan cerita haiwan.

6. Geletek si bayi pada keseluruhan tubuhnya. Ketawa langkah pertama dalam perkembangan humor bayi. Per mainan seperti ‘cak cekur’ dan ‘labah-labah panjat perigi’ dapat mengajar anak menjangka apa yang bakal berlaku.

7. Tunjukkan perbezaan. Pegang dua keping gambar be berapa meter dari muka si kecil. Gambar itu seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin satu ada pokok dan satu lagi tiada).

Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dan pembacaan apabila dia besar kelak.

8. Berkongsi pandangan. Bawa bayi berjalan-jalan dan beritahu semua perkara yang dilihat padanya. Cara itu boleh menyediakan bayi dengan sebanyak mungkin perbenda haraan kata.

9. Nyanyikan lagu untuknya. Kajian menunjukkan mem pelajari ritma muzik ada kaitan dengan pembelajaran ma tematik.

10. Gunakan masa menukar lampin sepenuhnya. Gunakan waktu itu untuk mengajar bahagian badan atau pakaian.

11. Beri kata kunci. Jika anda berkata; “Mak nak buka lampu ni,” sebelum menekan suis, si kecil itu diajar sebab dan akibat sesuatu perkara.

12. Beri kejutan. Sesekali, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan sambil melihat reaksinya.

13. Sediakan banyak tisu. Jika bayi suka bermain dengan tisu, biarkan. Dengan hanya beberapa sen, ia boleh dijadikan alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil pada bawah tisu dan biarkan dia mencari.

14. Baca buku berulang kali. Saintis mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan serta mem bantunya mempelajari bahasa.

15. Main sorok-sorok yang boleh membuatkannya ketawa. Bayi belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kem bali.

16. Main dengan warna. Pilih satu warna dan suruh si bayi cari objek lain yang sama warna sewaktu berjalan atau menaiki kereta bersama. Kemudian, suruh dia memilih warna untuk anda pula mencarinya.

17. Biarkan dia bermain dengan makanannya. Apabila anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur berbeza termasuk kacang pis dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.

18. Jangan lupa rehat. Luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk atas lantai bersama bayi tanpa muzik, cahaya terang serta mainan. Biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda.

6 thoughts on “Cara baru ransang anak belajar

  1. Anak-anak sekarang bertuah, lepas lahir saje ada peluang untuk belajar. Petua diatas banyak dilakukan oleh orang-orang tua dahulu cuma ianya tidak ditafsirkan sebagai satu langkah mengajar anak. Pada ibu bapa dan bakal ibu bapa gunakan ilmu ini supaya menjadi bapa yang lebih berkualiti.
    Namun zaman sekarang harapan dan tuntutan ibu bapa kepada anak-anak untuk berjaya dalam pelajaran terlalu tinggi sehingga kita tidak terfikir kesan yang lebih buruk akibat tindakan ini. pada pandangan saya anak-anak sekarang tidak lagi berkembang mengikut norma sebagai seorang kanak-kanak. Sebagai contoh masa mereka dipenuhi dengan belajar dan belajar. Tiada lagi masa untuk bermain yang merupakan satu bentuk keperluan bagi anak-anak kita. Akibatnya kebanyakkan perkara dibuat secara main-main tanpa menunjukkan kesungguhan. Pelajaran memang penting tapi adakah patut kita mendesak, memaksa dan memberi tekanan pada anak-anak kita?

  2. mmg la tips ni… dah jd ibu ni macam2 kna blajar, so aper salah nyer utk kebhgiaan umah tangga n mmdpt anak yg smart

  3. masa anak aku kecil kecil .. berbagai bagai buku dan permainan yang berminda aku beli .Aku hantar kesekolah tadika seawal lima tahun .Tapi .. bila dah dewasa semuanya berubah .. mereka lagi pandai dari aku .. sepatah aku kata .. berpatah patah dia jawab.Menjadi ibu kepada anak remaja ni .. memang banyak makan hati .Kita hanya jadi pemantau atau pemerhati saja .Kalau rasa salah .. kita tegur dan kena cakap baik baik .. kalau tidak hati kita yang sakit nanti .Tapi .. aku faham sifat remaja ni .. sebab satu ketika dulu .. aku pun pernah jadi remaja .Semuanya bersifat sementara saja .Bila tiba waktunya mereka akan jadi dewasa dan boleh berfikir sendiri ..

  4. tp kalu anak dah 2 tahun macam mana plak nak rangsang dia supaya bercakap??anak sulung saya lelaki dah 2 tahun 2 bulan…cakap yang asas sgt2..bila aja bunyi hanyala tutitut…macam mana yek??

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s