Angin Ahmar

PENYAKIT angin ahmar atau stroke, jika menyerang akan menyebabkan mangsa menjadi lemah, lumpuh sebelah badan atau keseluruhannya dan boleh membawa kepada kematian. Apa yang pasti serangan penyakit ini memang sukar diramal.

Ramai yang mengetahui kewujudan penyakit ini tetapi tidak ramai yang mengetahui sejauh mana ia boleh menyerang dan kekerapan serangannya terhadap mangsa. Faktor umum penyebab angin ahmar ialah apabila pembuluh darah diserang penyakit yang mengganggu pengaliran darah ke otak. Seterusnya bahagian tersebut akan terjejas dan berhenti berfungsi.

Serangan penyakit ini secara tiba-tiba membuatkan mangsa tidak mengalami sebarang tanda amaran kedatangan penyakit ini sehinggalah tiba waktunya dia mengalami rasa lemah-lemah dan lumpuh sebelah badan sama ada kiri atau kanan.

Lemah dan lumpuh akibat stroke ini akan menyebabkan mangsa mengalami kesukaran untuk bercakap atau kemungkinan kehilangan terus keupayaan bercakap atau dikenali sebagai aphasia. Antara masalah lain ialah kemungkinan berlakunya gangguan pada bahagian otak.

Apa pun, bukan semua jenis stroke akan menyebabkan lumpuh. Ini kerana gangguan saraf berlaku jauh daripada bahagian otak yang mengawal pergerakan. Bagaimanapun kes begini jarang berlaku dan hampir 85 peratus mangsa stroke akan mengalami masalah kekejangan saraf dan otot yang membawa kepada lumpuh sementara atau kekal.

Penyebab

SESETENGAH orang mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat stroke berbanding yang lain. Golongan manakah yang mempunyai risiko yang tinggi untuk diserang stroke? Selain pesakit jantung, mereka yang menghidap penyakit diabetis, tekanan darah dan kolestrol tinggi serta seorang perokok adalah mereka yang paling berisiko untuk mendapat stroke.

Ramai beranggapan faktor keturunan sebagai punca penyakit stroke tetapi ternyata masih tidak ada sebarang bukti tentang faktor ini.

Sama seperti bahagian tubuh yang lain, otak harus menerima bekalan berterusan melalui pembuluh darah dan arteri. Jika salah satu daripada arteri tersumbat, bahagian otak yang tidak mendapat bekalan darah akan mati kerana tidak mendapat bekalan oksigen dan pemakanan otak yang biasanya dibawa bersama di dalam darah.

Adakalanya keadaan stroke menjadi semakin serius apabila pembuluh darah yang berselirat di otak menyebabkan ia berkait antara satu sama lain. Ini menjadikan bahagian otak yang tidak mati turut mengalami kerosakan disebabkan perkara itu.

Terjadinya pembuluh darah di otak yang pecah juga penyebab kepada serangan stroke. Apabila ini berlaku, darah akan mengalir dalam tekanan yang amat rendah hingga merosakkan bahagian saraf yang seharusnya menerima oksigen secukupnya.

Tanda serangan

SESETENGAH pesakit akan mengalami petanda dan amaran beberapa minggu atau bulan sebelum diserang stroke yang serius. Biasanya tanda-tanda ini termasuklah rasa lemah anggota badan (sebelah kiri atau kanan badan) dan pandangan mata yang beransur kabur.

Bagaimanapun kebanyakan pesakit tidak mengalami sebarang tanda amaran bagi membolehkan mereka menjalani rawatan.

Cuma yang mungkin dapat dirasai pesakit ialah apabila mereka dapati sebelah badan terasa sakit dan lemah sehingga membawa kepada lumpuh. Begitu juga dengan kehilangan keupayaan bercakap dan apabila bertutur semakin sukar difahami.

Rawatan pemulihan

BIASANYA rawatan bergantung kepada sejauh mana seriusnya kerosakan otak yang dialami pesakit. Bagi pesakit stroke mereka biasanya akan menjalani beberapa siri rawatan untuk memulihkan anggota yang lemah atau lumpuh.

Ada yang menggunakan rawatan tradisional termasuk terapi. Sonotron adalah rawatan tanpa menggunakan sebarang ubat-ubatan. Sebelum ini kaedah sonotron hanya digunakan untuk mereka yang menghidap sakit sendi dan otot. Alat ini dikatakan mampu mengurangkan rasa sakit dengan cepat hanya dengan sekali rawatan.

FAKTA

Angin ahmar

Serangan angin ahmar berlaku secara tiba-tiba.

Pesakit darah tinggi, kencing manis dan mengalami masalah kolestrol mudah terdedah angin ahmar.

Rawatan fisiotrafi dilakukan kepada pesakit.

Pembuluh darah yang pecah juga penyebab angin ahmar.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s