Penyakit Endometriosis

Penyakit endometriosis ini adalah satu keadaan luar biasa dimana tisu dari selaput dalam rahim yang digelar “endometrium” telah tumbuh di luar rahim. Selaput ini biasanya luruh bersama sama darah haid. Oleh itu campuran darah dari rahim dengan tisu yang telah berkecai daripada lapisan endometrium serta kuman kuman bacteria, menjadikan apa yang di gelar ‘darah kotor’ atau darah haid.

Tanda tanda Penyakit Endometriosis

Senggugut :

Kesakitan pada bawah perut dan pinggang. Kesakitan yang dialami biasanya berlaku sebelum datangnya haid yang biasanya berbentuk kesakitan yang amat kuat pada bahagian ari ari dan sering juga ke bahagian pinggang.

Ketidaksuburan dan kemandulan :

Ini adalah masalah besar di kalangan pengidap pengidap penyakit endometriosis. Mereka tidak sedar yang penyakit ini mungkin telah timbul, yang mereka tahu ialah mereka sukar untuk mengandong, samada buat kali pertama ataupun selepas melahirkan seorang anak ia tidak dapat hamil lagi beberapa tahun kemudian.

Keguguran :

Endometriosis juga boleh menyebabkan kehamilan gugur diperingkat awal. Ianya berlaku kerana ada kemungkinan endometriosis menyebabkan gangguan dalam hormon wanita ataupun ia menimbulkan keadaan keracunan yang boleh membunuh atau menganggu pertumbuhan janin. Kadangkala wanita yang mengidap penyakit endometriosis boleh gugur berulang-ulangkali.

Pengesahan Penyakit Endometrisis

Apa yang biasa di lakukan yang mempunyai tanda tanda ialah pemeriksaan kemaluan dan dari situ doctor dapat mengesan kedudukan rahim mungkin jatuh ke belakang (retroverted) dan bila disentuh bahagian belakang rahim ia akan merasa kesakitan. Ujian ultrasound melalui faraj (vaginal sonography) adalah sangat penting kerana ia boleh mengesan tumbuhan cyst pada bahagian kilang telor.

Pembedahan Membuang Endometriosis

Pembedahan membolehkan doktor membetulkan rahim dengan menjahit rahim ke otot perut di bahagian hadapan (ventro-suspension of the uterus). Setelah ini di lakukan, bahagian peranakan serta bahagian sekitarannya akan dibasuh dengan cecair untuk menghilangkan segala kotoran dan keracunan yang dikeluarkan oleh endometriosis. Jika terdapat kesumbatan pada saluran fallopian ketika pembedahan, keadaan ini juga boleh diperbetulkan sekali.

Selain daripada secara pembedahan, rawatan dengan ubat ubat sering juga dilakukan. Di pasaran terdapat banyak ubat ubat hormon yang digunakan diantaranya hormon hormon Progesterone yang mana di antara jenamanya ialah Primulut, Danazol, Norculut atau lainnya yang digunakan selama enam hingga sembilan bulan dengan tujuan untuk menghentikan haid dan mengurangkan tumbuhan endometriosis ini.

One thought on “Penyakit Endometriosis

  1. Saya mengalami endometrosis pd thn 2001, masa tu saya belum kawin lg baru bertunang….saya kena operate dan doctor beri suntikan selama 6 bulan untuk tidak period,tetapi doc suruh percepatkan kawin n segera mengandung…..alhamdulillah saya mengandung dan bersalin 2003…..selepas tu thn 2005 saya mengandung lg n bersalin……..saya plan thn nie……tetapi pd tahun 2008 period saya x betul….sehinggalah saya pergi scan pada 8/1/09 sbb period x dtg selama 2 minggu saya ingat saya mengandung….tetapi x der yg ada endometriosis, doc ckap kalau besar mcm nie kena operate……dlm 6 c.m…..14/1/09 period saya kuar gak…tetapi perut saya sakit belah kiri…endometriosis belah kiri…..sakit mcm nak bersalin contraction…….kejap sakit kejap ok….tuhan saja yg tahu…..saya nak mengandung….mcm masalah saya nie….endometriosis dah 6 c.m…….ada tak kaedah lain selain operate….seperti mengecutkan..nya…..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s