Fahami bahasa cinta suami

Memang sikap lelaki tidak suka menunjukkan sikapnya secara terang lebih-lebih lagi bersifat peribadi. Walaupun tidak mengungkapkan kata “I love you”, “kaulah kekasihku”, “Oh…my soulmate”, atau “You know how much I love you…” dan sebagainya, cinta mereka tetap ada pada anda. Ada beberapa tanda memberi maksud “Aku cinta pada mu” yang mungkin anda tidak perasan. Berikut antaranya:

1) Pandangan mata

Mata tidak hanya untuk memandang tetapi berfungsi sebagai penyampai maksud dan pesanan yang jujur. Lihat pada mata pasangan. Jika dia pandang terus kepada anda dan tidak terganggu dengan keadaan sekeliling bermakna anda adalah seorang yang bererti baginya.

2) Ingat makanan kegemaran anda

Mengingati makanan kegemaran anda adalah slah satu tanda cinta yang selama ini dipendamnya. Misalnya, anda gemar kek pisang. Si dia terlihat orang menjual kek pisang ketika pulang dari pejabat dan terus membelinya untuk diberikan kepada anda. Tidak salah lagi itulah cara dia menunjukkan perhatian.

3) Berbicara tentang masa depan

Si dia senang duduk berbincang dengan anda tentang masa akan datang. Mungkin soal rumah, kedudukan kewangan, hal anak-anak dan sebagainya. Jika ini tingkah laku yang ditunjukkan oleh suami bermakna dia ingin bersama anda selama-lamanya.

4) Menghargai hadiah anda

Dari dahulu hingga sekarang si dia tetap setia dengan dompet yang anda hadiahkan. Tidak pernah dia memilih dompet lain walaupun keadaan dompet pemberian anda itu kelihatan begitu ‘uzur’. Inilah tanda terima kasih dan sayang kepada anda.

5) Selalu di sisi

Ketika keluar berjalan-jalan, dia lebih senang berada dekat dengan anda. Bak pengawal keselamatan anda sentiasa dijaga. Ha… kini anda mulai sedar ya!

6) Lakukan bersama-sama

Si dia enggan keluar jika anda tidak ikut sekali. Si dia juga merayu supaya anda keluar dengannya, jika tidak dia tak berpeluang untuk keluar bersosial.

7) Rahsia

Pasangan tidak pernah berahsia tentang semua perkara sepanjang bergelar suami isteri. Apa sahaja cerita yang berlaku sama ada di pejabat, rumah dan sebagainya dikongsi bersama. Dan kisah anda berdua pula tidak diceritakan kepada orang lain. Inilah dikatakan cinta.

8 ) Rela menjemput

Anda berada dalam keadaan terdesak ketika pulang sendiri ke rumah dari pejabat. Dan suami anda tidak berlengah dan setuju untuk datang jadi penyelamat. Sikap si dia ini sebenarnya memberi tahu yang dia begitu ambil berat dan sayangkan anda.

3 thoughts on “Fahami bahasa cinta suami

  1. saya mempunyai suami yang muda setahun drp saya. Permasalahannya, kami sering bergaduh gara-gara sikapnya yang suka mementingkan kawan dan aktivit sukan. Kadang2 bila kami begaduh, dia lebih suka keluar bersama kawan2nya tanpa mempedulikan saya yg kesedihan. Selain itu juga, dia suka berteman rapat dengan perempuan terutamanya di ofis. Saya pernah melihat bil telefonnya yg setiap hari berhubung dgn kawan perempuannya. Setiap pagi, tengahari dan ketika ingin pulang ke rumah, dia akan menelefon temannya itu. Setiap pagi pukul 8.31am dia tdk lupa call utk breakfast, sedangkan bila saya telefon dia akan sentiasa bagitau yg dia asyik busy. Ini membuatkan saya selalu makan hati. Sedangkan sepanjang perkahwinan kami, saya banyak membantu dirinya terutama dari aspek kewangan. Saya sudah menempuh terlalu banyak dugaan dan kesusahan. Apa yang saya harapkan agar dia hanya mencintai saya sepenuh hati dan menjaga kebajikan anak-anak. Malah dulu dia selalu ber emel dgn perempuan lain dan ini amat menyakitkan hati saya. setelah apa yang berlaku sepanjang perkahwinan saya telah membuatkan saya sukar utk mempercayai segala tindak tanduknya dan sering syak wasangka. Saya kadang-kadang tidak percayakan dia lagi. tetapi saya amat mencintainya sepenuh hati dan saya juga tidak mahu anak-anak saya kehilangan bapa mereka. Bantulah saya agar saya boleh membimbing suami saya utk menjadi suami yang penyayang dan hanya menyayangi saya sahaja sbg isterinya.segala bantuan anda saya ucapkan ucapan jutaan terima kasih

  2. aishah .. boleh dikatakan suami anda ni jenis yang suka bergaul (sosial).Janganlah anda menaruh syak wasangka yang bukan bukan .Cuba fahami apa minat dan kegemarannya .Kalau boleh lakukan aktiviti kegemarannya bersama sama .Kenali rakan rakannya .Saya percaya suami anda ni seorang suami yang baik .. kalau tidak takkan anda mencintainya sepenuh hati dan tak sanggup kehilangannya .Janganlah selalu mencabar kejujurannya sehingga tercetusnya pertengkaran, ini membuat dia semakin bosan dan semakin menjauhkan diri dari anda .

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s