Lari kerana diganggu hantu

LONDON – Seorang ahli perniagaan, Anwar Rashid semalam menyatakan bahawa dia dan keluarganya diganggu hantu sehingga terpaksa meninggalkan kediaman mewah mereka pada Ogos tahun lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

Jutawan itu dan isterinya, Nabila membelanjakan £3.6 juta (RM22.5 juta) untuk memiliki rumah mewah Clifton di Nottinghamshire tetapi setahun selepas mendiaminya, mereka menyerahkan semula hartanah tersebut kepada Bank Yorkshire.

Pasangan itu berpindah ke rumah tersebut bersama-sama tiga anak perempuan berusia tujuh, lima dan tiga tahun dan bayi lelaki mereka pada Januari 2007.

Sepanjang lapan bulan tinggal di rumah 52 bilik itu, pasangan itu berhadapan dengan beberapa kejadian misteri seperti terdapat beberapa tompokan darah pada cadar bayi mereka yang berusia 18 bulan.

Dalam satu kejadian lain, ketika isterinya ingin menyediakan susu kepada bayinya pada pukul 5 pagi, dia melihat anak sulung mereka sedang menonton televisyen.

Bagaimanapun, ketika isterinya memanggil nama anak perempuan mereka, dia tidak menyahut dan kemudiannya Nabila mendapati anak mereka sebenarnya sedang tidur di biliknya.

Rashid, 32 yang dianggarkan kekayaannya berjumlah £25 juta (RM156.3 juta) termasuk memiliki satu rangkaian rumah penjagaan, sebuah hotel di Dubai dan 26 hartanah lain menyamakan pengalaman itu seperti filem The Others lakonan Nicole Kidman pada 2001. – Agensi

One thought on “Lari kerana diganggu hantu

  1. KES FICTIONS……PERBUATAN NIAYA MANUSIA…MANA ADA HANTU…TIPU..KHAYALAN SEMATA MATA….SELAMAT BERHARI RAYA….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s