Risiko Diabetik Neuropati

PERNAHKAH anda terfikir bahawa penyakit diabetes yang dialami dalam jangka masa yang lama boleh membawa komplikasi yang serius?

Jika anda penghidap diabetes, awasilah tahap kesihatan sepanjang masa, kerana anda berisiko untuk mendapat diabetik neuropati.

Diabetik neuropati merupakan kerosakan saraf yang disebabkan oleh penyakit diabetes yang dihidapi dalam jangka masa yang lama.

Semakin lama seorang individu menghidap diabetes, semakin tinggi risikonya untuk mendapat kerosakan saraf. Kombinasi beberapa faktor merupakan penyumbang kepada masalah ini. Faktor yang biasa dikaitkan dengan diabetik neuropati termasuklah paras gula darah yang tidak terkawal.

Paras gula yang tinggi dalam darah menyebabkan perubahan bahan kimia di dalam saraf dan seterusnya mengganggu keupayaannya untuk menghantar maklumat ke saraf.

Di samping itu, ia meningkatkan potensi kerosakan saluran darah yang membawa oksigen dan nutrien ke bahagian saraf.

Gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, pengambilan alkohol dan aktiviti fizikal yang tidak aktif akan memburukkan lagi masalah ini.

Simptom-simptom yang biasa dialami oleh penghidap diabetik neuropati adalah rasa kebas, mencucuk, lemah dan sakit pada bahagian kaki dan tangan. Jika dibiarkan berterusan, ia akan menyebabkan kehilangan deria rasa.

Keadaan ini amat berbahaya sekiranya seseorang itu mendapat luka, melecur atau mendapat jangkitan kulat. Ini disebabkan mereka tidak akan merasa sakit luka dan luka mengambil masa yang lama untuk sembuh.

Rawatan yang tertangguh menyebabkan jangkitan merebak dan seterusnya mengakibatkan pemotongan anggota terutamanya bahagian kaki dan tangan.

Kerosakan saraf juga boleh terjadi pada organ dalaman seperti saluran pencernaan, jantung atau organ seksual.

Apabila organ dalaman terganggu, masalah-masalah seperti ketidakhadaman, sembelit atau cirit-birit serta kehilangan berat badan mungkin berlaku.

Simptom-simptom lain yang mungkin berlaku termasuklah kemurungan, keletihan, pening kepala atau pitam dan mati pucuk.

Selain ubat-ubatan, penghidap diabetik neuropati boleh mengambil suplemen Asid Alfa-lipoik untuk membantu menurunkan paras gula dalam darah dan mengurangkan kerosakan saraf.

Asid Alfa-lipoik merupakan antioksida bersifat universal yang boleh larut di dalam kedua-dua lemak dan air. Dengan itu, ia boleh melawan radikal bebas dengan lebih berkesan berbanding antioksida lain.

Kajian menunjukkan Asid Alfa-lipoik dapat meningkatkan pengaliran darah ke saraf dan seterusnya meningkatkan kecekapan penghantaran maklumat saraf. Keadaan ini menjadikannya sesuai diguna untuk merawat kebas dan simptom kerosakan saraf yang lain.

Di samping itu, ia berupaya menstabilkan paras gula dengan meningkatkan kepekaan insulin serta keupayaan untuk menukarkan glukosa kepada tenaga. Asid Alfa-lipoik juga mempercepat penyingkiran glukosa dari salur darah.

Perubahan gaya hidup dan corak pemakanan turut memainkan peranan penting dalam merawat dan mencegah diabetik neuropati. Kurangkan pengambilan makanan proses, makanan berkarbohidrat ringkas dan minuman bergas.

Berhenti merokok serta pengambilan alkohol, menangani stres dengan berkesan dan mengekalkan berat badan yang ideal turut membantu mengawal paras gula dalam darah.

Dengan itu, ia mencegah dan memperlahan terjadinya komplikasi diabetes. Penjagaan anggota badan daripada kecederaan juga penting bagi pesakit diabetik neuropati.

Mereka seharusnya memeriksa kaki dan tapak kaki setiap hari. Gunakan cermin untuk memeriksa bahagian belakang kaki serta memberikan penjagaan yang terbaik pada bahagian kulit yang tercedera.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s