Pilih tumit kasut paling ideal

Musim datang bersilih ganti sekali gus pantas menukar gaya rumah fesyen terkemuka. Perhatikan koleksi kasut jenama terkenal seperti Jimmy Choo, Sergio Rossi, Giuseppe Zanotti atau jenguk ke butik Vincci atau Nose, mainan warna, ketinggian serta bentuk tumit sangat ketara.

Daripada serendah kasut leper ‘ballerina’ atau flat hingga pilihan kasut baji dan stiletto bertumit enam inci, memang semuanya menjadi kegilaan wanita. Tanpa sedar, kegilaan terhadap kasut kadangkala tidak menepati kehendak individu yang akhirnya bukan hanya merugikan wanita tapi turut menjejaskan kesihatan tulang belakang mereka.

Pereka kasut, Rozeeyadi Abdul Manan, berkata mereka kasut bukan hanya difokuskan terhadap keindahan rekaan serta mengikut gaya semasa tapi sebagai pereka, mereka juga tidak meminggirkan soal keselesaan kepada pemakai.

“Bagaimanapun, penting bagi seorang pembeli mempunyai pengetahuan asas mengenai kasut untuk dijadikan panduan ketika membeli. Ada yang mengandaikan bertumit tinggi boleh membuatkan anda kelihatan seksi tapi elakkan memilih kasut terlalu tinggi kerana ia akan memberi kesan pada tumit kaki.

“Jika anda tidak mahu tumit kaki anda pecah dan merekah, tumit kasut paling ideal adalah dua setengah inci hingga tiga inci dan mungkin ia dapat membantu mengekalkan kehalusan kulit kaki anda,” katanya.

Tapi jika anda tetap mahu bertumit tinggi, pastikan ia tidak disarung melebihi enam jam sehari. Jadi, simpanan sandal leper atau selipar wajib ada di pejabat atau di dalam kereta.

Selain masalah tumit, ada individu mempunyai kaki berbentuk lebar sehingga menyukarkan mereka memilih kasut.

Rozeeyadi berkata, mereka yang berkaki lebar perlu memilih kasut dengan bukaan depan yang lebar.

“Memilih kasut bertali juga kadangkala mengundang masalah. Seelok-elok ketika memakai kasut bertali pastikan tiada satu pun jari kaki yang terkeluar di antara tali terutama jari paling kecil.

“Jika ingin membeli kasut bertutup, beli satu saiz lebih besar daripada saiz yang selalu dipakai atau cuba berjalan dulu sebelum membeli. Kaedah ini sangat penting bagi mereka yang mempunyai kaki yang lebar serta agak berisi kecuali jika kaki anda bersaiz biasa,” katanya.

Rozeeyadi berkata, tidak semua kasut sesuai dengan semua jenis kaki. Ada wanita yang mempunyai masalah gerbang kaki (arch) tinggi dan mereka disarankan supaya tidak memakai kasut bertumit tinggi kerana ia akan memberi kesan pada tulang.

Justeru, jika anda menggilai kasut, teliti dulu adakah kemahuan dan kehendak berbaloi dengan apa yang bakal anda terima di kemudian hari.

INFO

Jenis kasut dan fungsi

  • Kasut sandal tumit tinggiIa boleh dipakai siang dan malam. Kegunaannya boleh dibezakan mengikut material yang digunakan. Satin, sutera atau material polos dikategorikan sebagai ‘evening shoes’, kulit dan PU untuk kegunaan harian.
  • Kasut bertutup (court shoes)Ia biasanya lebih sesuai digayakan untuk ke pejabat. Selain kelihatan formal ia juga boleh menyerlahkan keyakinan pemakai.
  • Peep-toeIa bersifat dua fungsi. Sesuai untuk ke pejabat dan boleh juga dikenakan ketika bersantai.
  • Kasut tapak rata (flat)Kasut ini lebih sesuai untuk bersantai dan ia juga digemari remaja kerana memudahkan pergerakan selain sesuai dipadankan dengan pelbagai jenis baju.
  • Ballerina, flat court shoesKasut jenis ini menyerlahkan keremajaan pemakai. Ia juga tidak terlalu menyerlah kerana rekaannya lebih ringkas dan sederhana.
  • Kasut baji (wedge)Ia sesuai untuk dikenakan mereka yang banyak berjalan. Tidak sesuai untuk dipakai ketika menghadiri majlis formal. Ia juga selesa kerana mempunyai tumit penuh yang boleh menampung berat badan.
  • PlatformMereka yang suka kasut bertumit tinggi digalakkan mencuba kasut jenis ini. Lapisan tambahan di bahagian hadapan kasut menjadikan ia lebih seimbang dengan ketinggian tumit kasut. Jadi risiko untuk tergelincir adalah kurang.Kasut baji untuk si badan gempalSoalan

    Saya wanita bekerjaya berusia 34 tahun dengan berat badan 68 kilogram, tinggi 148 sentimeter. Saya boleh dikategorikan sebagai berbadan gempal dan doktor juga mengatakan bahawa saya mengalami obesiti. Justeru, apakah jenis tumit kasut yang sesuai untuk menampung berat badan saya kerana saya gemar mengenakan kasut bertumit ketika keluar bekerja.

    Norashidah Norkhalid, melalui emel.

    Jawapan

    Saya cadangkan supaya anda mencuba kasut jenis baji kerana tapak yang penuh mampu menampung berat badan anda. Jika anda tetap mahukan kasut bertumit, cuba kasut bertumit lebar. Sesetengah orang yang mempunyai masalah berat badan juga sering mengadu kesakitan di bahagian tumit ketika berjalan, jadi saya sarankan anda membeli pelapik khas (sebaiknya yang berupa gel) untuk ditampal di bahagian atas tapak.

  • 2 thoughts on “Pilih tumit kasut paling ideal

    Tinggalkan Jawapan

    Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

    WordPress.com Logo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

    Twitter picture

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

    Facebook photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

    Google+ photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

    Connecting to %s