Jenayah Siber – Doktor rugi RM18,700 ditipu kenalan Internet

Seorang doktor wanita kerugian RM18,700 apabila terpedaya dengan tipu helah teman lelakinya yang baru sebulan dikenali melalui Internet.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Deputi Supritendan Abdul Rahim Abdul Razak berkata, dalam kejadian awal September itu, mangsa yang berumur 32 tahun berkenalan dengan seorang lelaki warga Britain dan dijanjikan dengan hadiah perkenalan.

”Mangsa dijanjikan wang tunai kira-kira RM3,000, sebuah komputer riba dan juga bunga sebagai tanda perkenalan mereka,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.

Menurutnya, selang beberapa hari berkenalan, mangsa mendapat panggilan daripada temannya itu yang menyatakan hadiah berkenaan telah diposkan menggunakan sebuah syarikat penghantaran laju.

Abdul Rahim berkata, selepas dua hari, mangsa mendapat panggilan kononnya dari syarikat berkenaan yang memberitahu barang-barang tersebut terpaksa ditahan kerana masalah cukai.

”Tidak sabar untuk mendapat hadiah berkenaan, mangsa yang juga seorang doktor perubatan di Jerteh telah memasukkan wang tunai RM700 ke dalam akaun yang diarahkan pada 14 September lepas untuk membayar cukai tersebut,” ujarnya.

Jelasnya, tidak cukup dengan wang tersebut, mangsa turut diminta memasukkan lagi duit sebanyak RM14,000 untuk membayar cukai perkhidmatan.

Terkejut dengan permintaan tersebut, mangsa memasukkan wang sebanyak RM2,000 pada 17 September lalu diikuti RM12,000 keesokan harinya ke dalam akaun yang diarahkan.

”Curiga kerana kiriman tersebut tidak juga sampai dan terbaca laporan akhbar mengenai penipuan menggunakan modus operandi yang serupa, mangsa menghubungi syarikat kiriman tersebut untuk bertanya perkara sebenar semalam.

”Syarikat itu memberitahu mereka tidak pernah meminta bayaran tersebut dan menyatakan ramai yang bertanyakan perkara serupa dipercayai menjadi mangsa penipuan kenalan melalui Internet,” ujarnya.

Menurutnya, selepas mengetahui kejadian sebenar, mangsa terus membuat laporan di Balai Polis Jerteh.

Beliau memberitahu, polis turut menerima dua lagi laporan mengenai penipuan oleh kenalan melalui Internet semalam iaitu melibatkan seorang peniaga dari Chabang Tiga di sini dan seorang suri rumah di Chendering.

”Mereka menggunakan modus operasi yang sama melibatkan perkenalan melalui Internet dan menabur janji melalui hadiah-hadiah lumayan menyebabkan mangsa tertipu ,” katanya.

Dalam kes melibatkan peniaga itu, dia kerugian RM5,460 apabila dijanjikan hadiah perkenalan oleh seorang kenalan wanita kononnya warga Britain, manakala suri rumah itu kerugian RM3,480 apabila ditipu kenalan lelaki melalui Internet.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai supaya berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan kenalan baru melalui Internet.

Utusan Malaysia KUALA TERENGGANU 8 Okt.

11 thoughts on “Jenayah Siber – Doktor rugi RM18,700 ditipu kenalan Internet

  1. Tak paham betul. Nak kata bodoh, cerdik tp yg senang2 nak bagi duit kat org tu apasal? Tak denya org nak bg benda free just like that!

  2. tu yang heran….aku tak nak aku gi jumpa doktor camni….nak laser je aku hari ni….bodoh piang betul….doktor pun camni ke…kang gi kat dia salah check di potong nye anu aku kang….dah bodoh lah katakan….yang sebenarnya ni dia..

    TAMAK
    ………….

  3. Ntah!! Blajar tinggi-tinggi tp bangang
    Ada ker org nak bagi barang free 2 jer…
    Dah tu kena plak bayar sampai berbelas ribu hinggit…
    Hadiah ape ke namanye tuh….

  4. Belajar tinggi-tinggi tapi tak khatam mengaji kot….jangan kata kat depa…takut kita yang kena nanti..

    tapi ada tak pukau through internet…apa ayat power yang depa pakai no….

    kena balik…abang dah call kata nak ambik…bye

  5. Saya rasa semua orang mungkin boleh terperangkap dengan perkara macam ni. Cuma kita perlu teliti betul-betul sebelum membuat sebarang transaksi kerana kita tidak tahu siapa mereka ni…. Saya dengar pusat operasi mereka ni di Nigeria, tapi mungkin mereka dah ada kat KL sbb no telefon dan no akaun semuanya di sini M’sia. So berhati-hatilah

  6. boleh katakan i dah berapa bangsa afrika nak tipu i dah i dah kenal mereka melalui perkataan boleh katakan laki afrika ini cerdik dlm profile mereka letak gambar kacak lelaki orang putih konon berasal dari u.k england…merka ini pandai mereka pakai simkad england..tapi mereka sebenarnya kat malaysia.merka meluahkan janji manis serta dengan bungkusan nak diberi kepada saya..saya fikir kenapa baru 1 bulan dah nak bgi hadiahdan i cakap tak mau terima..dia orang macam paksa kita aja…lalu dia orang minta alamat lalu bagi alamat i…dia cakap sapai kat sarawak 3 hari aja..i pikir dalam mana ada barang cepat sampai ke malaysia sekurangnya sapai pun ambil 2 minggu…sebab dulu pelancong orang england ada kirim barang 2 minggu tiada minta apa2 bayaran sebab melalaui pejabat post..

  7. boleh dikatakan semua ruangan dating website orang africa banyak join sana.mungkin dia orang pikir kita orang mudah terpedaya..memang betulsuara mereka sama saja…dan mereka berikan banyak nama..dulu ada laki ini call saya dia cakap barang dah sapai tapi ditahan kat airport saya da masalah kah dia jawap msalah mau duit rm4.700 untuk menebus..tapi saya tau orang ini memang penipu….suara macam negro…tapi dia bijak dia suruh wanita malaysia agaknya wanita itu melayu..mengaku kastam .negro ini untuk menyakin saya tapi dah tau awal pikir orang macam ini..lalu negro tadi sumpah seranah..lalu saya sumpah dia balik.

  8. perkara ni pernah berlaku juga pada aku..yang dalam gambar serta cam tu bukan orang sebenar..dia tu menyamar dan punyai ramai ahli..kat malaysia ni pun dorang ada link yang buat panggilan mengatakan barang atau hadiah tu dah sampai..tapi dorang tu satu geng.. dasar lahanak betul puak puak ni..ni semua orang kulit hitam.. dengar suara pun aku dah tau..entah mana punca datang nye..tak bunyi britian langsung.. nasib baik aku cerdik berbanding doktor ni.sangup bayar beribu-ribu.. haha.. aku first first orang call suh bayar rm700 tu pun aku dah say gubye dah.. pandai giler edit bill nak bagi yakin nye kat kita..padahal edit..ingat bodoh ke apa.. neraka la puak puak yang buat kerja banggang ni..

  9. aku pun sama doe..hampir la terkena.. ayat punya la manis siot.. ingat dapat la mat salleh.. janji punya janji.. tiba tiba nak hantar hadiah..katanya manager kat company besar kat U.K..beli hadiah mewah giler kat aku..shial je.. pun hantar bill jugak.. bill airways..nak menyakinkan aku.. siap kasi website courier services lagi.. bila aku track barang tu ada ke tak.. ‘no found’ padahal website tipu!!..dah timbul syak wasangka..dapat call dari seorang perempuan cina.. office kat sabah bha.. suh aku masukkan duit sebab dalam hadiah tu ada duit 6000 pound.. dan meyalahi undang-undang.. jadi kena lah bayar RM700.. untuk dihantar ke KLIA barang tu.. itu cerita aku je.. setakat 700..kawan aku lagi dasyat.. dah masukkan duit 700..lepas tu katanya lagi barang dah sampai kat KLIA.. tapi kena bayar cukai apa tah.. RM2500.. mak gampang ehy.. cukai dari luar negara.. wtf!!..banyak nak mmpus kena bayar setakat barang pos je.. bodoh punya olang.. barang tak sampai2x.. kekasih gelap dalam internet tu terus lesap..haha.. kena tipu siot.. bodoh betul..sia sia je.. ingat la korang.. jangan tertipu la dengan manusia..lagi lagi kat U.K… hati hati lah

  10. Hahaha… rupanya ramai yang jadi mangsa. Ini pula kisah aku, Berkenalan dengan mat salih konon, baru sebulan. Mulanya nampak baik. Suami aku juga tahu tentang perkenalan itu, bila kami chating suami aku yang bantu untuk aku menjawab mesej dia sebab aku nie tidak pandai dalam bahasa inggeris…hehehe. Bila hampir sebulan si mat salih tu hendak bagi hadiah konon sebagai tanda persahabatan hahaha… Dah orang hendak bagi aku terima aje lerrr… siap hantar websie courier servis lagi,.. Katanya juga dalam parcel tersebut ada duit pound konon. Hadiah yg dihantaq punya la banyak… kemudian dia minta aku bayar baki duit lagi katanya duty kastam dalam rm2300. Dah nk bagi hadiah kat aku nk suruh aku pula bayar kastam duty… Sorry laaa hai..hai…bye..! bye

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s