Isteri Nampak Cepat Tua Dari Suami – Antara Sebabnya

Ada segelintir kaum suami mudah mencari perempuan lain kerana menganggap isteri mereka sudah tidak cantik, nampak tua, gemuk.. Tapi tahukan anda semua wahai kaum suami sebab-sebab yang menjadikan para wanita khususnya isteri & ibu cepat nampak tidak menarik di mata anda?

1. Tahukah anda, jika kita makan dengan perlahan dan mengunyah makanan sehingga benar2 hancur, itu akan membantu proses penghadaman kita, sekaligus mengelakkan kita gemuk.. tetapi kasihan kaum ibu ni, terpaksa makan laju2, telan terus tanpa sempat dikunyah kerana nak memujuk anaknya yang menangis. Tapi si suami.. layan jer sambung makan, buat2 xdengar anaknya menangis. So, wanita pun mudah jadi gemuk sebab makanan x sempat nak hadam betul2.

2. Wanita juga mudah gemuk kerana sifat mereka yang tidak suka membazir. Makanan yang tidak habis dimakan oleh anaknya, maka dialah yg akan menghabiskannya pulak. Sayang katanya… takut membazir. Membazir tukan amalan syaitan. Si suami pulak dengan riaknya mengatakan “kau ni kuat betul makan!”

3. Bila anak menangis tengah malam nak minum susu, bapaknya akan tido mati terus.kalau yang dengar pun buat2 tido lena sbb malas nak bangun, malas nak ganggu tido nya.wanita lah yang dalam semalam, berapa puluh kali terpaksa bangun membuat susu utk anak. Bila x cukup tido, mulalah muka nampak letih dan cepat nampak tua. Kedut2 pun mula wujud. Masa tu guna Total Effect ker, aper ker… xkan nak hilangnya. Petua utk cantik kan ada dua yang penting, minum air banyak & TIDUR SECUKUPNYA.

4. Dan bagi wanita yang berkerjaya, sudahlah penat bekerja utk membantu menambah pendapatan keluarga, bila balik rumah, semuanya dialah yang kena uruskan. Dengan perangai anak2, perangai bapaknya… nak itu, nak ini.. So, wanita pun membebel, marah2… dan bila marah2, banyak leter, so cepatlah jadi tua..

Kesimpulannya…wanita cepat tua & cepat gemuk adalah disebabkan LELAKI atau lebih tepat lagi SUAMI.. Oleh itu, hargailah segala pengorbanan isteri anda. Mungkin sekiranya sehari sahaja isteri anda tiada, dan anda perlu memikul tanggungjawab dia sementara, anda mungkin tidak mampu melakukan seperti dia..

~ Sebagai renungan suami isteri
~ Dipetik dari internet

36 thoughts on “Isteri Nampak Cepat Tua Dari Suami – Antara Sebabnya

  1. bukn geram tp realiti nye camtu la…

    lelaki makin tua makin tggi sahamnyer…lelaki xperlu cucuk botox,mkn vitamin, make up sna sni nak nmpk muda..

    tukar style, fesyen dah leh nmpk muda…alkisahnye…
    😉

  2. byk faktor sbnrnye yg wat laki makin tua makin tinggi sahamnye…

    bile laki makin tua, diorang makin matang..
    bile laki makin tua, diorang lagi paham..
    bile laki makin tua, diorang makin stabil..

  3. wajah adalah gambaran hati … kalau selalu susah hati .. asyik nak marah marah aja .. memanglah cepat tua .Belajarlah untuk mengawal emosi .. agar hati kita selalu ceria , dan terpancar sinarnya ke muka kita …

  4. kalau tua ‘tok mau mau ” dah menyembah bumi nak buk apo lagi, walau saham menjunam naik sekali lagi,kalau tongkat langit atau ali dah tidak memberi erti lagi,(effa sonyap ajo,dah hilangkan diri ko budak ni..tak do promosi ke) buek implant ajo,tentu mak we tak lali..tak payak panggil adek mali sini atuk mau kasi lagi..bondo menggojar ajo kesini.(perigi cari tnba lah).;;tapi yg tua menjaga diri tu maseh berkualiti lagi,boleh pakai hinga ke pagi…

    Implant: cara teahkir -hanya untok kes2 yg amat rumit atau teruk samsekali-implant tidak di perlukan kan lagi sekarang ni -sebab terdapat ubat ubatan yg canggih senang di perolehi..dlm selidikan hari2….kalu abang dah tak mau ‘berdiri’ lagi,,,,kata A kat aku,..bayangkan lah,nak makan ayam tergolek atas meja,keinginan berapi2,ayer liur meleleh hingga kepipi,laksana mimpi disiang hari.. sayu sepi menghayatkan sanubari hingga tercucuk di hati.nak makan tak do gigi…tak po lah jang..kou jilat2 ajo ..cucuk ajo dgn jari. oh tuhan amat pahit sama sekali,,,raso2 nak terjun keperigi..membawa diri.

    Mana tak nampak tua nya , asik basah sejuk aje kena tongkat ali…tak de can nak hiaskan diri…abe kata mali mali sini mali ..syok siok aje lah

  5. aku laser lagi…he he

    bagi isteri2….kalau tanya aku….camni prioritynya
    1) Laki dan anak2 (satu level ni)
    2) Kemas Diri
    3) Kemas rumah

    aku selalu cakap bini aku….meh kemas abang ni…baru kemas rumah…he he

    bagi lelaki jantan miang sume….

    1) Kemas kini…he he..ni dia…
    ..kalau dah kat luar asik tengok muka perempuan muda aje..dah tentu lah balik
    umah tengok bini jadi tua muka dia….

    tip utk lelaki/laki2 yang dah macam nak bosan tengok bini….

    hari isnin – tengok muka
    hari selasa – tengok leher
    hari rabu – tengok dada
    hari khamis – tengok sume
    hari jumaat – tengok punggong lak
    …and so on….jangan lah tengok muka aje…dah tentu bosan..alah takkan camni pun nak kene ajar……(psstttt..sebenarnya kau dan miang tul tak…sian bini yang jadi mangsa)

    ini tip aku main music….kalau nak main pancaragam kat function mana2..pasti kan
    organiser tu takde jemput kugiran lain yang lagi handal dari kita..kalau tak kita nampak bodoh yang amat…

  6. lupa satu bende…..kalau ada org lain yang cakap kat kita bahawa bini kita nampak
    tua dari kita….jangan peduli…yang penting kita suka bini kita…

    kalau tak tahan cakap balik kat dia…takpe….bini aku nampak tua dpd aku tu kira ok…
    tapi bini kau nampak cam beruk lak kat aku…he he

    pas tu kene tempeleng lah kan…tanggung lah…ha ha ha

  7. ek ele,

    isk cian lak kalu ckp kat diorang camtuh haha…

    bab2 main muzik nih, aku kalu ngan band aku dulu, kalu kene perform ke, selalu wat biase2 je, sbb xnak nnt nampak gah sgt huhu..

    low profile selalu huhu…

    aku windu band muzik aku waaa….

  8. Nasib baik kirana kawin ngan org yg lebih byk tua dr kirana, kalu sama baya, tentu ada masalah bila dah berumur… silap2 org kata kita jln ngan adik…

  9. aku tak kesah sangat . poket berisi,bondo maseh berfungsi ,tak bergigi pun tak po, asal puas di selami,yg dah tua tu..raso macam anak daro ..agak nya..kotat..kemut kuat lagi-semula jadi ..gak nya ajo..den tak do experiences..maseh original lagi

  10. kalau takut nampak tua…petuanya…..

    1. setiap pagi…basuk muka dengan air sambil selawat..

    2. hati mesti ingat benda yang baik-baik…jangan bersikap buruk sangka

    3. senyum sokmo

    4. pakai bedak sejuk..heheh (tunggu laki tak dak rumah…baru pakai)

  11. bagi laki2 yg kurang iman memang penglihatanye lemah hari2 tengok pompoan dahi licin kat luar jd wife yg duk umah pun jd tua….huhuhu…

  12. Piah….kalau setakat selawat x sembahyang x de gunanye…bersihkan rohani nurani kita dulu …muka seseorang itu akan bersih dan seri jika selalu beramal ibadah mengerjakan solat barulah air wuduk tu jadi berkat menyerikan muka..

  13. kebanyakan muka org x beriman memang nampak cepat tua….sbb x pernah sembahyang ada gak sampai x tahu camna nak ambik wuduk..cam mane muka nak seri…masy’allah…

  14. riez79,

    x jugak..

    member aku, semayang x pernah, juz semayang jumaat je, muka nampak muda jek…

    tp mmg muka tgk je da tau muka xde iman la huhu..

  15. riez79…aku rasa apa yang piah cakap tu adalah extra kepada apa yang dah sepatutnya
    wajib kita lakukan…..sembahyang wajib….dah tentu….berwuduk,,…dah di tambah
    dengan tips piah tu…berseri2 lah muka….

    tang comment kayeye….tidak dapat di nafikan bahawa muka berseri bila org kuat iman…logiknya…berwuduk membersih muka selalu…..bezanya dgn org yang tak sembahyang tapi berseri gak muka….dia guna cara lain lah….make up ke..botox ke…apa2 lah…..yang nyatanya….cara Islam tak kuar duit …dan natural….
    dan secara rohani nya org kuat iman ni tenang hati nya….so di gambarkan kat
    mukanya yang dah memang nya bersih…

  16. kan sekarang ini.. zaman saku penoh..muka berseri le..kan skg ni ada boktok….leh make up….jamu sinali..pun ado..plastik segery pun ado..klu muka berseri bondo tidoq nak buat apo…tapi tapi klu poket berisi tak po lah..boleh beli

  17. xkan sb mkn tempe pun bleh dpt pinky face..blushing pipi dia.. ni mst bende alah tox u kan…cam nash penyayi tu..mase kawin dgn pengasas NV..berseri gak muke dia..pink gitu..hehehehe

  18. ala cakap aje dia org ni…tengok tu yang penyanyi yang dah tua tu…anu Sarawak tu…tau kan sapa…kata kononya petua air suam…muka tegang macam plastic..
    nak senyum nak menyanyi pun muka macam beruk aje dah rupa…

  19. ek ele..janganlah kutuk orang…hehehe…tak kesah lah awet muda ke awet tua ke..yang penting..hati mahu baik dan jangan menyusahkan orang…pasal rukun Islam tu…sendiri mahu ingatlah…

  20. pandangan saya,

    tua kah atau muda kah isteri anda. mata dan hati anda yang tentukan.
    jika mata kata tua, tua lah isteri anda…
    jika hati kata tua, tualah isteri anda….

    hakikatnya kehidupan,

    kita perhatikan emak2 kita (majoriti), walau pun tua….. ayah tetap setia. walaupun masa kahwin tak kenal siapa dia.

    kenapa kita mesti tua kan isteri….. (kecuali dapat isteri dah tua….ho ho ho)

    kita sebenarnya buta hati, sebab tak kenal siapa (luar & dalam) isteri kita, jika kita nampak isteri kita dah tua….

    teringat kata2 kawan saya… bila tengok anak orang, teringat anak kita.
    tapi…. bila tengok isteri orang, lupa isteri kita…. kenapa? (mungkin isteri kita dah tua)

    anda fikirkan lah sendiri.

  21. oyor takungan lah tu..yg buat dio boroi kot..boroi asal benda hidup dah lah..kalau kempis..benda lena aje ,lagi memilukan…

  22. bIOR NAMPAK TUA,TAPI PADAI AMBIL HATI SUAMI ALL RIGHT LAH TU,PANDAI MASAK,PANDAI MENGAJI,OK LAH TU.JGN Cantik rupa – sedap di mata,tapi tingkah laku menyakitkan hati..nak buat apa..

  23. KESIAN LELAKI YANG DIKHIANATI.TP JGN LA TERLALU BERSEDIH.INGATLAH JODOH LELAKI YG BAIK UNTUK PEREMPUAN YG BAIK DAN BEGITU SEBALIKNYA JUGA.ADA HIKMAH DI SEBALIK YG BERLAKU

  24. appearance memang penting sebenarnya…jangan sampai suami atau isteri malu berjalan bersama-sama dengan pasangannya..udah le..
    tapi you all perasan tak…kalau dapat pasangan yang berumur..kekadang tu appearance yang dibawa pun turut ikut lebih berumur dari usia

    tapi rata-rata sekarang ni..ramai pasangan isteri lebih tua dari suami…normal lah tu…kebanyakkan nya tua dalam 3 – 5 tahun aje….tapi jarang jumpa isteri tua lebih 10 tahun dari suami…

  25. kalau nak lepas geram pun cepat tua jugak.. tak gitu.. Semuanya bergantung kepada kecerian, kesenangan hati dan terlebih lagi kaum wanita yang dah expired sebab tak datang haid. Lagi cepat tua.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s