Senaman Warga Emas

BAK kata pepatah, kesihatan merupakan satu anugerah Ilahi yang tidak ternilai harganya serta tiada galang ganti. Bahkan, tidak boleh ditebus oleh wang ringgit mahupun intan berlian.

Menjadi tua merupakan satu proses semula jadi yang biasa dan berterusan. Tidak seorang pun daripada kita yang terkecuali darinya.

Namun begitu, cepat atau lambatnya seseorang itu menjadi tua adalah berbeza-beza bagi setiap individu.

Berdasarkan hasil penyelidikan yang didedahkan baru-baru ini oleh sekumpulan pakar dari University of Manchester, semakin ramai warga tua yang kini hidup lebih sihat, dengan kadar ketidakupayaan yang terus menurun.

Malah, berita baiknya adalah, trend itu yang disifatkan akan berterusan positif.

“Bagi majoriti warga tua menyifatkan hidup mereka tidak pernah bahagia. Bagaimanapun, itu semua bakal berakhir dengan kehidupan yang bertambah baik.

“Kebanyakan warga tua kini didapati berada di dalam keadaan yang lebih sihat dan gembira menikmati gaya hidup mereka yang tidak pernah dibayangkan beberapa dekad lalu,” kata pakar perubatan geriatrik yang mengetuai kajian itu, Prof. Raymond Tallis.

Cara yang baik untuk terus sihat walaupun usia telah meningkat adalah dengan menjaga badan dan pemikiran agar aktif selalu.

Hakikatnya, proses penuaan berlaku sejak kita dilahirkan lagi. Namun begitu, tidak ramai yang menyedarinya sehinggalah mereka mengalami proses perubahan fisiologi – fizikal dan pemikiran.

Walau bagaimanapun, tidak semua orang menjadi tua dengan cara dan kadar yang sama. Perhatikan sahaja di sekeliling anda. Ada orang yang kelihatan tua apabila berumur 60 tahun manakala sesetengahnya pula masih nampak sihat dan aktif walaupun telah mencecah usia 80 tahun.

Tidak kurang yang menyifatkan rahsia awet muda mereka itu disumbangkan oleh perasaan sentiasa muda atau berjiwa muda. Ini antara lain banyak disebabkan oleh faktor-faktor seperti cara hidup serta keturunan seseorang.

Perubahan yang biasa berlaku termasuklah tanda kedutan di muka dan kulit lebih kering serta mungkin juga bertompok; tulang mudah patah, otot menjadi lemah dan sendi kaku.

Menjadi kabur dan mengalami rabun dekat; kurang pendengaran terutama pada bunyi yang nyaring; deria rasa dan bau yang bertambah kurang.

Perubahan-perubahan lain yang berlaku adalah tindak balas dan penghadaman lebih lambat, saluran darah menjadi bertambah keras dan kurang kekenyalan manakala keupayaan jantung untuk mengepam semakin berkurangan.

Keupayaan mengawal kencing dan daya ingatan terutamanya peristiwa-peristiwa baru turut berkurangan di samping berlakunya kekeliruan.

Kehidupan pada usia tua boleh menjadi lebih menarik sekiranya perubahan-perubahan biasa yang berlaku sepanjang tempoh masa ini dapat diterima secara positif.

Pendek kata, usia anda lebih bermakna jika kesihatan anda terjaga. Ini boleh dicapai dengan mengamalkan cara hidup sihat seperti berikut:

* Mengekalkan berat badan unggul

* Mengamalkan pemakanan seimbang

* Bersenam secara tetap

* Berhenti merokok

* Melakukan pemeriksaan perubatan dan pergigian secara tetap

* Nikmatilah aktiviti bersama keluarga dan rakan-rakan

* Luangkan masa untuk beriadah.

Kebaikan senaman

* Meningkatkan kecergasan, keceriaan dan keyakinan diri

* Menguatkan otot-otot jantung dan paru-paru

* Memperbaiki sistem penghadaman dan selera makan

* Meningkatkan daya ketahanan badan

* Mengekalkan kekuatan otot dan tulang untuk memudahkan pergerakan

* Mencapai dan mengekalkan berat badan unggul

* Membantu tidur dengan lebih lena

* Memperbaiki peredaran darah dan melindungi dari serangan jantung.

Apakah senaman yang sesuai untuk warga tua?

* Berjalan perlahan atau berjalan dengan pantas; boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana jua tempat yang selamat

* Senaman yang menggunakan alat-alatan

* Mengayuh basikal; boleh dilakukan di dalam rumah dengan menggunakan basikal khas atau basikal biasa di luar rumah.

Contoh senaman

Regangan jari

* Pegang hujung jari dan tarik perlahan-lahan

* Genggam dan buka genggaman

* Pusingkan tapak tangan anda ke bawah

* Buka dan jarakkan ibu jari dan jari, kemudian tutup dan rapatkannya.

Perubahan penuaan yang biasa bukanlah suatu proses yang menakutkan. Lambatkanlah proses penuaan anda dengan mengamalkan cara hidup sihat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s