Petua cari calon suami terbaik

LONDON – Sebuah buku kontroversi di Britain menyatakan cinta dan tarikan merupakan perkara terakhir yang perlu dipertimbangkan apabila seseorang ingin berkahwin, lapor sebuah akhbar semalam.

Penulis buku berkenaan, Reva Seth memberitahu dia mengahwini suaminya sekarang, Reva, seorang perunding perniagaan, selepas berpuas hati lelaki itu memenuhi semua ciri penting yang disenaraikannya.

“Kami bertemu hanya sebanyak tujuh kali, jadi saya tidak fikir kami memiliki masa untuk bercinta. Namun, kami memiliki banyak persamaan dan saya yakin cinta akan datang kemudian,” kata wanita itu yang pernah menjadi seorang peguam.

Walaupun caranya memilih calon suami dianggap klinikal dan manipulatif, Reva menyatakan kaedah tersebut lebih proaktif, praktikal dan memberikan banyak kelebihan kepada wanita.

“Apabila anda membeli sebuah rumah, anda akan membuat senarai apa yang perlu ada dan kenapakah kita tidak melakukan perkara sama terhadap perkahwinan yang merupakan keputusan paling penting yang anda buat dalam kehidupan?,” soalnya.

“Saya sedar adalah tidak seksi untuk bertanya pada diri sendiri adakah saya mahu hidup selama 20 tahun dengan orang ini,” kata Reva.

Namun katanya, seseorang wanita perlu berbuat demikian dan tidak membuat keputusan berdasarkan fantasi romantik dan tidak berpijak di bumi nyata.

Kini, Reva dan Rana hidup bahagia selepas lima tahun membina rumah tangga dan mereka turut dikurniakan seorang anak lelaki berusia dua tahun setengah.

Tegasnya, ketika mereka berkahwin di London pada Mei 2003, dia mula jatuh cinta dengan suaminya dan kasih sayang mereka semakin mendalam tahun demi tahun dan semua itu berlaku kerana dia begitu berhati-hati memilih calon yang sesuai.

Berdasarkan pengalaman sendiri, Reva ingin berkongsi rahsia kejayaan perkahwinannya dalam buku First Comes Marriage yang tanpa berselindung, memaparkan tradisi perkahwinan Asia secara positif.

Jelasnya, dia percaya cara orang Asia memilih pasangan boleh diubah suai oleh wanita Barat untuk melindungi mereka daripada terkena jerat cinta di zaman moden dan kepahitan perceraian.

Bagaimanapun, menurut wanita itu, dia tidak menyarankan supaya wanita Britain memilih sebarang model perkahwinan Asia yang bertentangan dengan kemahuan wanita.

“Saya bukan mempromosi perkahwinan yang diatur dan tentunya tidak menyokong kahwin paksa yang dilakukan oleh ibu bapa,” katanya.

Maksud yang ingin disampaikan jelas Reva, adalah perkahwinan Asia berdasarkan ciri-ciri perkongsian budaya dan matlamat hidup yang serupa antara kedua-dua belah pihak.

Ia berbeza dengan ramai wanita muda Britain yang didorong oleh seks dan nafsu apabila memilih calon suami mereka.

Menurutnya, buku tersebut memaparkan ciri-ciri yang terdapat dalam sesebuah rumah tangga bahagia di mana wanita-wanita berasa gembira dan ia dapat dijadikan teladan.

“Fakta menunjukkan perkahwinan gaya Asia memiliki kadar perceraian kecil berbanding perkahwinan konvensional atau kahwin atas dasar cinta,” ujarnya.

Berdasarkan penyelidikannya sendiri, kadar perceraian bagi perkahwinan seperti itu adalah antara lima dan tujuh peratus, berbanding kadar kegagalan 40 peratus di Britain.

Negara Eropah itu juga memiliki ramai selebriti yang mengalami kegagalan rumah tangga selepas berkahwin atas dasar cinta.

Contoh paling jelas ialah bekas anggota kumpulan The Beatles, Paul McCartney yang terpikat kepada bekas model Heather Mills ketika mereka bertemu.

Selepas empat tahun berkongsi hidup, akhirnya pasangan tersebut bercerai pada tahun ini.

Beberapa sumber pula menyatakan rutin senaman tegas Madonna menjadi punca perkahwinan selama tujuh tahun antaranya dengan pengarah filem, Guy Ritchie, gagal walaupun mereka saling mencintai antara satu sama lain.

Anak perempuan penyanyi Bob Geldof, Peaches yang berusia 19 tahun mengaku dia terburu-buru berkahwin dengan kekasihnya, Max Drummey dan sedar rumah tangga mereka akan gagal.

Sebelum menulis bukunya, Reva menemu bual lebih 300 wanita Asia di Eropah dan Amerika Utara yang menyatakan bahagia dengan perkahwinan mereka.

Penulis itu turut mendedahkan tujuh rahsia ke arah rumah tangga yang bahagia dan berkekalan.

Antaranya ialah lelaki pilihan anda tidak semestinya menjadi kawan karib anda (kerana itu kawan rapat anda selama ini ialah seorang wanita.

Tidak mengapa jika dia tidak pandai menari (minat sama kurang penting berbanding persamaan prinsip hidup) dan tarikan seksual bukan selalunya spontan (daya tarikan boleh dipupuk jika anda pandai meluahkan keghairahan anda).

“Jika anda mahu perkahwinan anda berkekalan hingga ke anak cucu, buang elemen-elemen rambang dan melakukan perancangan awal merupakan cara terbaik untuk memperolehnya. – Agensi

2 thoughts on “Petua cari calon suami terbaik

  1. mungkin benar apa yg dikatakan oleh Reva ini. Selalunya kita akan selesa dengan orang yg mempunyai persamaan prinsip dengan kita.Walaupun kurang cantik tapi kalau kita mempunyai prinsip dan pendapat yg sama dalam menjalani kehidupan seharian tak mustahil pasangan akan selesa dan tak mudah bosan dengan kita. Contohnya kalau kita suka buku kita sepatutnya cari pasangan yg suka buku juga.. taklah bosan bila kena menemani kita berjam-jam di kedai buku…
    Walaupun jodoh di tangan di tangan tuhan tapi kita juga berhak menentukan dengan siapa yg kita rasa serasi bersama..

  2. mungkin benar apa yg dikatakan oleh Reva ini. Selalunya kita akan selesa dengan orang yg mempunyai persamaan prinsip dengan kita.Walaupun kurang cantik tapi kalau kita mempunyai prinsip dan pendapat yg sama dalam menjalani kehidupan seharian tak mustahil pasangan akan selesa dan tak mudah bosan dengan kita. Contohnya kalau kita suka buku kita sepatutnya cari pasangan yg suka buku juga.. taklah bosan bila kena menemani kita berjam-jam di kedai buku…
    Walaupun jodoh di tangan di tangan tuhan tapi kita juga berhak menentukan dengan siapa yg kita rasa serasi bersama..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s