Tips Penjagaan Motosikal

PENJAGAAN motosikal sebenarnya tidaklah begitu sukar seperti yang mungkin dianggap sesetengah orang. Ikuti manual penjagaan yang diberikan pengeluar motosikal.

1. Jadual penukaran minyak pelincir dan servis perlu diikuti secara tepat untuk memastikan tahap perlindungan enjin secara maksimum.

2. Gunakan minyak pelincir yang terbukti keberkesanannya seperti minyak pelincir Shell yang dicipta khas untuk motosikal.

3. Pastikan juga motosikal anda sentiasa dibersihkan dan seperti yang pernah diperkatakan, basuh sendiri motosikal dan teliti setiap bahagian sambil memeriksa setiap komponen untuk mengenal pasti kerosakan kecil yang mungkin dialami.

4. Tukar bahagian yang rosak sebelum ia merebak dan menyebabkan kerosakan lebih teruk serta menjejaskan prestasi motosikal.

5. Berikan lebih tumpuan pada bahagian motosikal yang membabitkan keselamatan penunggang seperti brek, tayar dan pengendalian.

6. Dapatkan nasihat rakan berpengalaman dan pelajari cara mengenal pasti tahap kehausan. Sebagai contoh, tayar mempunyai penanda tahap kehausan untuk memberi panduan bilakah tayar perlu ditukar. Bateri pula perlu diperiksa tahap elektrolit dan selalunya tahan sehingga dua tahun.

7. Penelitian adalah penting untuk memastikan motosikal sentiasa berada dalam keadaan baik. Hantar motosikal untuk diperiksa mekanik bertauliah seandainya dirasakan perbezaan sewaktu mengendalikan motosikal anda. Ini menjamin tahap keselamatan jentera dan menjanjikan kepuasan jangka panjang.

5 thoughts on “Tips Penjagaan Motosikal

  1. kpda saudara…
    saya ader sebuah honda wave 125 2nd… saya sekarng sedang mula belajar mengenai motor dan explore mengenai cara2 untuk menjaga motor… ini adalah berpunca apabila saya kurang berpuashati dengan prestasi motor saya… sy mendapati terdapat bunyi spt kpingan besi yg jatuh dan ianya berpunca di bawah enjin… tpi sy buntu bila sy periksa tiada ape2 pun yg mencurigakan…selain itu… bunyi beboola besi didalam tangki minyak juga mengaanggu sy apabila menunggang motor.. apekah benda tu sebenarnyer??/ dan perlukah ia berada didlam tngki tersebut…

    • sebenarnya…jika anda ingin tahu tahap enjin mana yang lebih baik…anda hendaklah memiliki kedua dua jentera tersebut lalu anda tunggang dan buat perbandingan…tanpa disedari, anda mengalami masalah kewangan apabila,kedua dua jentera itu mula meragam ..kesimpulannya bli je kete x yah pakai mto… kete ade bumbung..huhuhu sekian wabilahitofik walhidayah assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatu….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s